Monday, February 28, 2011

Undefined

Come on. Stop being so cute.

You're killing me. Seriously.

Hati dan Perasaan

Umi cakap, aku takut bagi hati pada orang. Ahah. Manakan tidak? Orang yang terdekat dengan aku, semuanya kecewa tak bersudah.

Aku mudah jatuh hati pada orang sebenarnya. Kagum. Minat. Suka. Tapi semuanya akan berhenti sehingga tahap 'suka'. Aku tak pernah berani pergi lebih jauh.

Kenapa?

Kerana aku selalu risaukan banyak hal. Sampaikan aku akan begitu cepat meninggalkan perasaan itu apabila berlakunya sesuatu yang tidak kena di mata aku.

Tapi jujur aku katakan, dalam apa yang telah aku perhatikan sama ada melalui pengalaman sendiri mahupun orang lain, cinta nafsu itu tak kekal. Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan lebih jelas lagi. Sudah aku jelaskan dalam entri hubungan berpasangan.

Pernah ada manusia katakan kepada aku. "Enjoy it while it lasts". Hahah. Aku cukup terkejut dengan ayat itu. Dan mahu saja aku hamburkan pada muka dia bahawa aku tak mahu bazirkan waktu dan maruah aku hanya untuk dicuba-cuba dan di'enjoy' sementara ada.

Sunday, February 27, 2011

Keberanian tulen

Aku rasa, untuk berubah, kau bukan saja perlukan kesedaran.

Tapi hal yang paling penting yang mesti kau ada ialah,

KEBERANIAN.

Kita selalu sedar, perbuatan kita salah. Dan perhatikan di sini aku sebut 'KITA'.

Sedar perbuatan kita salah tetapi,

adakah kita cukup keberanian untuk berubah? Untuk meninggalkan sesuatu yang sudah terbiasa kita lakukan?

Contoh 1,

"Cik X tak pakai tudung, kemudian suatu hari, dia sedar sungguh-sungguh bahawa menutup aurat itu wajib dan dia MESTI berubah dan mula memakai tudung. Tetapi persoalannnya di sini, kiranya dia sungguh-sungguh sedar dan sedih akan kesalahannya pun, apakah dia cukup BERANI untuk mula memakai tudung? Untuk menelan mata-mata yang memandang skeptik? Untuk menahan panas telinga yang barangkali dikutuk mulut-mulut manusia sekelilingnya?"

Contoh 2,

"Encik Y tak pernah solat. Tak pernah ke surau. Selama balighnya dia tak pernah kenal pun apa itu sejadah. Tetapi suatu hari, dia tersedar dengan sungguh-sungguh. Allah menyuluh hatinya dengan hidayah petunjuk dan dia pun merasakan keinginan yang cukup besar untuk bertaubat serta menunaikan kewajipannya sebagai umat Islam. Tetapi persoalannya, adakah dia cukup BERANI untuk ke masjid dan meminta diajar cara bersolat dengan betul? Untuk mengambil wuduk bersebelahan imam dan barangkali dipandang aneh oleh mata-mata sekitarnya? Untuk berhadapan dengan mulut-mulut yang tertanya-tanya APA yang merasuk kau sehingga tiba-tiba kau hendak berubah?"

Hakikatnya, kesedaran itu perlu. Malah, jika diminta-minta selalu dan diusahakan, insyaAllah, akan diberi petunjuk dan kesedaran itu. Tetapi hanya satu persoalannya.

Adakah kita cukup BERANI mengambil langkah pertama seterusnya mengekalkan gaya hidup baru itu??

Sesungguhnya, kadangkala telah disuluhkan jalan yang benar untuk kita. Hanya tinggal untuk kita memilih, mengambil langkah pertama, dan tegar dengan keputusan itu.

Cinta sebenar


Ya Azzizul Jabbarul Mutakabbir

Ya Azzizul Jabbarul Mutakabbir

Ya Azzizul Jabbarul Mutakabbir

Baiklah...entri ini sebenarnya entri khas untuk seseorang yang aku tak pasti jika hatinya masih peduli untuk baca blog aku mahupun tidak. Semoga dia membacanya kerana aku sungguh-sungguh tak akan mampu biarkan satu haripun berlalu tanpa merasakan risau akan dia. Ya, awak. Awak yang ada perkataan 'GAIN' tercoret di bahu kiri.

Baik, mari mula.

Kita selalu fikir dan diingatkan tentang azab kubur, azab neraka, azab orang-orang yang melakukan kemungkaran. Seperti yang aku perkatakan, dalam hati semua ada Islam. Maka, bohong jika rasa takut tidak menyusul sesudah mendengar yang sedemikian. Tetapi, perasan atau tidak, bimbang itu tidak kekal. Semua ini kerana Syaitan membisikkan gula-gula kata bahawa umur kau masih panjang, bahawa hidup kau masih lama dan jauh. Justeru, hatipun mudah mengabaikan peringatan-peringatan yang telah diberi kepada kita. Walhal jika dikira, terlalu sekejap masa berlalu. Dan hari ini pun telah menjadi esok. Dan 2 bulan telah pun berlari meninggalkan kita dengan sebegitu pantas.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari, aku dinasihati dengan kata-kata yang begitu lembut sehinggakan aku merasakan malu serta sebak menghayati bait-bait hurufnya. Kata-katanya ringkas tapi cukup bermakna dan benar keseluruhannya.

Allah sayangkan kamu lebih daripada sayang kamu akan diri sendiri.

Fikirkanlah. Sesungguhnya kuasa Allah tak akan berkurang kiranya kau enggan menunaikan ibadat kepada-NYA. Sesungguhnya, jika mahu maka boleh diberinya kita sakit yang tak tertanggung oleh diri kita. Sesungguhnya, kiranya mahu, boleh dibuangnya kita kaki dan tangan yang ada. Tapi tidak, Allah sayangkan kita. Diberinya pancaindera sempurna. Diujinya kita dengan pening dan sakit secara berkala. Dimurahkan rezeki agar boleh kita mengisi perut setiap hari. Pakaian pun boleh ditukar ganti. Ibu bapa pun dipanjangkan umurnya lagi. Maka betapa hinanya kita di sisi-NYA? Sedangkan apa yang Allah minta sebagai balasnya, hanya mengaku DIA sebagai Allah dan 5 waktu penuh solat sehari-hari. Maka kenapalah kita tidak bersyukur?

Kita gagal untuk sedar. Allah MAMPU menarik semuanya daripada kita baik secara tiba-tiba mahupun perlahan-lahan. Tetapi tidak diariknya. Mengapa? Kerana sungguh. Percayalah. Allah SAYANGKAN kita lebih daripada sayangnya kita kepada diri sendiri. Sedangkan untuk membelikan hadiah untuk diri sendiri pun masih kita berkira-kira. Tetapi Allah... MasyaAllah... Dia memberi dan memberi dan memberi dan hanya sedikit yang diminta daripada kita.

Dan Allah juga berfirman,

"Allah tidak memberati seseorang melebihi yang terdaya olehnya"
-surah Al-Baqarah, ayat 286-

Pernah Umi berkata kepada aku, jika Allah mengenakan cas wang untuk setiap nafas yang kita tarik ini, bagaimana agaknya? Kiranya begitu, kau berani untuk menghela dan menghembus nafasmu? Kiranya begitu, apa kau rasa kau masih mahu hidup lagi? Sesungguhnya telah Allah permudahkan banyak hal untuk kita. Bilamasa panas, diberiNYA kita tempat untuk berteduh. Bilamasa sakit, diberiNYA kita ubat untuk membantu sembuh. Malah, tanpa izinNYA tak akan kita sembuh. Dan bilamasa kita sedih, diberiNYA hal-hal yang boleh membuat kita kembali gembira. Subhanallah... Maka kenapalah tidak kita bersyukur?

Sesungguhnya terlalu benar kenyataan itu. Allah menyayangi kita. Sangat. Terlalu. Sungguh-sungguh. Tak akan ada lagi manusia yang mampu menyayangi kita melebihi daripada sayangnya Allah kepada kita. Diberinya kita peluang kedua, ketiga sehingga yang ke seratus pun. Dan semuanya langsung tak akan mempengaruhi berapa besarnya kuasa DIA. Dan tidak pula mendatangkan kebaikan yang lebih kepada-NYA melainkan hanya syurga yang dijanjikan untuk kita. Lihatlah. Untuk semua kebaikan yang KITA lakukan. Dan dengan mematuhi suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA, natijahnya adalah kembali kepada kita. SYURGA ganjarannya.

Kalau kau mencuri, apa kuasa Allah akan berkurang?

Tidak...

Kalau kau merokok, apa hebat Allah akan pudar?

Tidak...

Malah, kiranya kau murtad sekalipun, Allah dan kuasa-NYA tak akan tergerak. Langsung.

Dan jika kau menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa, menunaikan zakat dan haji, ia tak akan langsung menambah atau mengurangkan kuasa Tuhan yang maha pengasih itu. Tetapi ganjaran yang dijanjikan, berbalik kepada diri ENGKAU sendiri. Syurga. Rezeki. Hati yang tenang.

Sungguh. Terlalu benar. Allah menyayangi kita lebih daripada sayangnya kita terhadap diri sendiri. Maka tidakkah kita merasakan walau sekelumit malu?

Astaghfirullahalaziim Allazilaailaahaillahuwalhaiyulqayyum wa atubuilaik....

Astaghfirullahalaziim Allazilaailaahaillahuwalhaiyulqayyum wa atubuilaik....

Astaghfirullahalaziim Allazilaailaahaillahuwalhaiyulqayyum wa atubuilaik....

Saya menulis ini bukan untuk marah awak. Sungguh, bukan niat saya macam itu. Saya menulis juga sebagai peringatan kepada diri sendiri. Allah sayangkan kita. Setiap satunya. Jangan sekali-kali putus asa daripada rahmat Allah. DIA maha pengasih. Dan DIA maha pengampun.

Ada Naga Biru pernah beritahu saya, mahu kerja di pelantar minyak. Saya harap, naga itu kejar impian dia. Semua orang boleh bermimpi, tapi untuk menjadikan mimpi itu kenyataan, hanya orang tertentu saja boleh melakukannya. Saya harap, awak akan jadi antara orang tertentu itu. :)

Thursday, February 24, 2011

Bongkar rahsia

Aku ingat nak buat poll. Sama ada aku patut bagitahu saja siapa aku pada semua.

Tapi aku tak reti nak buat bendalah itu semua.

Jadi kau rasa patut ke?

Kalau aku...

Aku tak tahu nak rasa apa.

Cepat sangat keliru dengan apa yang aku fikir.

Kejap nak ini, kejap lagi nak itu.

Dah, dah.

Kauorang fikir lah untuk aku ya?

Filem

Kalau boleh sebenarnya, aku tak mahu tulis bila masa tak ada ilmu untuk dikongsi.

Tapi entah kenapa. Tak tahan.

Ahah.

Pernah aku cakap dengan kakak sewaktu menonton sebuah cerita berbahasa inggeris di televisyen.

"Kenapa cerita ini pelik rasa macam lain sikit ya?"

*diam

"Sebab tak ada babak cium"

*senyum

Kita semua tahu. Serius mana pun satu cerita berbahasa inggeris itu, babak tak elok mesti ada diselitkan di mana-mana. Macam tak sah kalau tak ada. Mungkin itu yang difikirkan sebagai pelaris cerita wayang.


Naik angin

Kau pernah tak marah sehingga perkataan naik angin benar-benar menjunjung maksudnya?

Orang kata, marah itu daripada api.

Tapi entah kenapa, pernah aku menahan marah, dan dalam dada aku terasa dingin.

Dan waktu itu aku fikir. Barangkali kerana inilah wujudnya peribahasa naik angin.

Wednesday, February 23, 2011

Errr...

Siapa kambing dalam Formspring aku?

Masa Depan

Kenapa walaupun aku dah tetapkan hala tuju aku di masa depan, hati aku asyik terpanggil nak jadi cikgu?

Tapi melihatkan pengalaman kakak aku. Isy, lebih kerja pejabat daripada mengajar.

Haih~ Tengoklah takdir aku esok macam mana.
Susah nak tinggalkan benda yang kita dah selalu buat. Susah nak berhenti fikir tentang benda yang aku selalu fikir. Susah. Tapi aku sedang cuba. Waktu cepatkan berlalumu... Aku tak tahan begini hari-hari.
Patut ke... Aku masuk tingkatan 6 untuk isi masa lapang?

Haha.

Nak kena beli baju sekolah pulak nanti.

Tuesday, February 22, 2011

Kau rasa, boleh tak pukul orang tanpa tinggalkan kesan? Aku pernah dicubit cikgu sampai melecet. Kakak aku pernah dicubit cikgu sampai luka. Mak aku pernah pukul aku sampai berbirat belakang badan aku. Tapi aku masih sayang mereka. Aku tahu. Mereka buat itu semua sebab aku yang nakal. Aku yang tak dengar cakap.

Tapi dalam Islam, lelaki tak dibenarkan pukul perempuan sampai meninggalkan bekas. Maka dapat kau bayangkan betapa perlahannya kau dibenarkan untuk pukul isteri. Itupun untuk tujuan mengajar, bukan melampiaskan marah.


Takdir

Atok tanya sama Wan. "Duit cukup tak nak bawa mayat balik?". Wan memberitahuku dengan ketawa yang dibuat-buat. Umi kata, "Awak tak nampak mata Wan dah merah itu?". Aku terkedu.

Diamku di malam hari memandang siling. Terlalu banyak yang bermain di minda hingga aku sukar untuk lena. Telefon bimbit aku pun dibukak tutup berkali-kali tanpa sebab.

Ya. Kita semua impi untuk mati dalam keadaan husnul khatimah(kesudahan yang baik). Kita semua FIKIR akan mati dalam keadaan husnul khatimah. Tapi baru saja aku terlihat akhbar Kosmo yang muka depannya memaparkan seorang peragut mati tertonggeng di dalam longkang semasa melarikan beg tangan mangsanya.

Sesungguhnya, kiranya tak mahu diberi kita peluang untuk bertaubat, maka tak akan kita peroleh. Dan siapa sangka hari ini adalah hari terakhirnya. Mati sewaktu sedang berbuat dosa.

Saturday, February 19, 2011

Soal Hati

Hal yang membimbangkan sesiapapun yang membacanya.

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa maka terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan menghentikan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar kembali. Dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik hitam itu hingga hatinya akan TERTUTUP"
(Nasa'i dan Tarmizi, hadis hasan sahih)

Thursday, February 17, 2011

Google Translate

Haha. Serius aku katakan. Terlalu kelakar. Terlalu kelakar sehinggakan aku terpaksa menggigit bibir untuk menahan ketawa.

Suatu malam yang larut, aku saja mahu cuba menggunakan Google Translate untuk blog aku. Buat kerja yang kosong untuk sengaja menghiburkan hati. Lantas, aku memilih entri Secebis Silam untuk diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris.

Setelah usai diterjemahkan, aku amati satu persatu. Aku baca. Dan aku tersengih-sengih sendirian kerana hasilnya yang sangat menggelikan hati.

Rupa-rupanya, Google pun rojak juga bahasanya. Haha.

Evolusi

Aku fikir. Aku belum masuk 18 tahun lagi, dah ada televisyen LCD yang senipis-nipisnya. Malah boleh digantung-gantung lagi. Padahal, waktu aku umur 10 tahun dulu, TV sebesar-besar alam. Nak alihkan pun payah.

Aku fikir. Aku belum masuk 18 tahun lagi, Ding Dang dan Tora dah tak menjadi tumpuan kanak-kanak. Padahal, waktu aku 6 tahun dulu, setiap kali mak aku keluar aku minta dibelikan. (walaupun tak dapat sebab mak aku cakap, "ingat umi cop duit ke?")

Aku fikir. Aku belum masuk 18 tahun lagi, dah ada telefon bimbit 3G. Boleh tengok muka orang di talian yang lagi satu. Padahal, masa aku 5 tahun dulu, ayah pakai telefon siap dengan antenna lagi. Skrin pun hitam putih je.

Aku fikir. Aku belum masuk 18 tahun lagi. Dunia semacam berevolusi terlalu pantas. Dan aku pun masih terpinga-pinga tengok budak 4 tahun main PSP. Padahal masa aku kecil dulu, main basikal. Main teng-teng. Paling siber pun main permainan komputer menggunakan CD. Kena install dulu.

Tapi, sekarang, semua main dalam internet saja. Budak-budak pun ada Facebook. Main Farmville, Lucky Train, macam-macam lah.

Entah macam mana nanti, kalau umur aku dah meningkat 30. Evolusi apa yang akan dunia bawa dalam 10 tahun itu? Dan barangkali, aku akan semakin terpinga-pinga.

Had Berkawan Dalam Internet

Assalamualaikum...

Berapa kenal anda dengan manusia yang anda jumpa di internet? Anda tahu adik beradik mereka berapa ramai? Tahu sedikit sebanyak daripada kisah silam mereka? Atau barangkali tahu butir diri dan sifat-sifat mereka daripada apa yang ditulis dalam blog. Tapi, cuba kita renungkan. Berapa kenal sebenarnya kita dengan mereka?

Hakikatnya, kau hanya akan tahu banyak mana butir yang hendak didedahkan individu itu sahaja. Walau berapa lama pun kalian berkawan, kiranya dia tidak benarkan kau mengenalinya lebih daripada bulatan itu, maka banyak itu sajalah yang kau akan tahu tentang dia.

Andaikan mereka berbohong. Apalagi yang boleh kita lakukan selain percaya? Kalau kau buat keputusan untuk tidak percaya, masakan semua manusia berbohong berkenaan diri mereka?

Nama pun alam maya. Alam yang tergantung daripada realiti. Tempat di mana kebenaran itu tak dapat dikenalpasti.

Kau kenal dia setakat mana yang dicerita sahaja. Kalau dia cerita pernah jatuh basikal, maka tahulah kau dia pernah jatuh basikal. Tapi, kau tak akan tahu berapa teruk lukanya jika dia tidak menceritakan bahagian itu. Setuju?

Berkawan dalam internet mudah. Tiada risiko yang tinggi. Kau tak akan boleh diapa-apakan orang di talian yang satu lagi. Tapi, liciknya penjahat alam maya ini barangkali tidak kau ketahui. Mereka mampu membuat lubang-lubang kecil untuk menyelinap masuk dalam bulatan yang kau sempitkan itu.

Misalnya, diberi nombor telefon. Macam-macam yang boleh diperolehnya melalui maklumat sekecil itu jika orangnya hebat dalam kemahiran teknologi komputer. Kiranya diberi gambar pula, lebih banyak lagi perkara yang buruk boleh berlaku dek pemberian yang satu itu.

Wednesday, February 16, 2011

Perkara-perkara yang baru selalunya mengujakan dan menyeronokkan. Suasana baru yang kita tak pernah kenal. Perkara baru yang kita tak pernah buat. Tapi, aku terlalu cepat menyesuaikan diri dengan keadaan. Sekejap saja aku dah mulai biasa. Baru dua hari duduk rumah orang dah terasa macam rumah sendiri.

Monday, February 14, 2011

Had Berkawan Dalam Internet

Tajuk memang macam nak suruh kau jaga-jaga ke apa kan? Tapi aku menulis entri ini bukan untuk bebelkan tentang hal itu. Pagi-pagi lagi buka TV ada cerita berkenaan ditipu cinta internet. Tapi bukan itu yang aku mahu bincangkan hari ini.

Had berkawan dalam internet di sini bermaksud, sampai bila kau boleh kawan dengan mereka yang kau kenal dalam internet. Kecuali kau berkahwin dengan manusia itu, atau jantina beliau sama dengan kau, aku rasa, berkawan dalam internet memang berhad.

Aku ada seorang kawan yang lain jantinanya dengan aku. Lama sudah kami berkawan dan aku betul-betul maksudkan K.A.W.A.N. Dia memang penuh dengan hujah agama. Dan aku pula, bilamasa ada masalah atau kemusykilan, akan merujuk padanya. Persahabatan ini berlanjutan sehingga beberapa tahun dan aku memang akan cari dia dulu untuk beritahu apa-apa masalah yang aku hadapi.

Walaupun begitu, suatu hari aku dikejutkan dengan berita yang tak disangka-sangka. Berita yang sepatutnya gembira tapi telah membuat aku kehilangan mood sepanjang hari. Kawan baik aku itu bakal melangsungkan pernikahan pada bulan 6 nanti, InsyaAllah.

Memandangkan dia berlainan jantina dengan aku, aku sangat faham akan perasaan pasangannya kelak jika aku terus menghubungi beliau meskipun setelah diijabkabulkan. Biarpun hanya bertanyakan hal agama atau permasalahan biasa, aku percaya, cemburu itu wujud. Maka seharian aku memujuk diri aku untuk menerima hakikat tersebut. Aku tak akan boleh menghubunginya lagi.

Meskipun dijemput ke majlis kendurinya, aku terpaksa menolak. Dan aku akur akan hakikat, macam mana rapat pun kau dengan dia dalam konteks berkawan. Kalau bukan kau yang kahwini dia, maka sampai situ sahajalah had berkawan kalian.

Dan hal inilah yang aku ingin sampaikan dalam entri kali ini. Justeru, aku rasa, lepas kau, kau, dan kau kahwin. Atau aku sendiripun barangkali. Hubungan berkawan akan terputus begitu sahaja. ;)

Saya sayang mak saya

Hati aku rapuh. Bila disuakan kepada aku bahawa seorang kawan aku yang aku selalu bergurau ini ditinggalkan ibunya menghadap Ilahi, aku tergamam. Dan semakin aku cuba menasihati, aku pula yang jadi sedih.
Kau tak rasa beruntung ke masih punya ibu?

Dia, dah tak dapat nak rasa masakan ibu dia lagi.
Tak sempat berkahwin di hadapan ibunya.
Tak dapat cium tangan ibunya.
Tak dapat tengok senyuman ibunya.
Tak dapat belikan ibunya hadiah dengan gaji pertamanya.
Tak dapat.

Kita tak sedar semua ini kan? Bilamasa kita buka blog, main game, sms, tengok tv. Kita tak pernah fikir yang apa yang kita buat harini barangkali yang terakhir. Kita selalu lupa dan leka. Kita tak pernah fikir sama ada kita dapat tak cium lagi tangan mak kita esok hari. Tak pernah.

Airmata aku selalu murah bila menyentuh bab ibu. Entah kenapa.

Memang aku selalu terpesona dengan hakikat kita membesar dalam tangan ibu kita. Sampaikan kita sendiri pun dah lebih besar daripada mereka. Tapi, kita berubah menjadi manusia yang berbeza-beza sesudah dewasa.

Mak tak pernah ajar kita merokok. Tapi dibuat juga.
Mak tak pernah ajar kita mencarut. Tapi dibuat juga.
Mak tak pernah ajar kita melawan. Tapi dibuat juga.
Mak tak pernah ajar kita satu pun benda jahat. Tapi ke situ juga condongnya kita.

Astaghfirullahalazim~

Subhanallah. Aku bersyukur masih punya ibu

Sakaratul Maut

Umar r.a berkata kepada Ka`b Al-Ahbar,
“Wahai Ka`b, berbicaralah kepada kami tentang kematian!” “Baik, wahai Amirul Mu’minin,jawabnya. “Kematian adalah sebatang pohon berduri yang dimasukkan ke dalam perut seseorang. Kemudian seorang laki-laki menariknya dengan sekuat-kuatnya, maka ranting itu pun membawa serta semua yang terbawa dan meninggalkan yang tersisa.”

Diriwayatkan tentang Musa a.s bahwa ketika ruhnya akan menuju ke hadirat Allah SWT, DIA bertanya kepadanya, “Wahai Musa, bagaimana engkau merasakan kematian?” Musa menjawab, “Kurasakan diriku seperti seekor burung yang dipanggang hidup-hidup, tak mati untuk terbebas dari rasa sakit dan tak bisa terbang untuk menyelamatkan diri.” Diriwayatkan juga bahwa dia berkata, “Kudapati diriku seperti seekor domba yang dipanggang hidup-hidup.”

Diriwayatkan bahwa ada seseorang yang gemar bertanya kepada sejumlah besar orang sakit mengenai bagaimana mereka mendapati (datangnya) maut. Dan ketika (pada gilirannya) dia jatuh sakit, dia ditanya, “Dan engkau sendiri, bagaimana engkau mendapatinya?” Dia menjawab, “Seakan-akan langit runtuh ke bumi dan ruhku ditarik melalui lubang jarum.”

Syaddad bin Aus berkata, “Kematian adalah penderitaan yang paling menakutkan yang dialami oleh seorang yang beriman di dunia ini atau di akhirat nanti. Ia lebih menyakitkan daripada dipotong-potong dengan gergaji, disayat dengan gunting, atau digodok dalam belanga. Seandainya seseorang yang sudah mati bisa dihidupkan kembali untuk menceritakan kepada manusia di dunia ini tentang kematian, niscaya mereka tidak mempunyai gairah hidup dan tidak akan bisa merasakan nikmatnya tidur.”

Sunday, February 13, 2011

Perempuan

Akhirnya, aku rasa aku sudah tahu apa yang perempuan nak. Aku rasa kita semua tahu, cuma antara pasti dengan tidak. Tapi pada pandangan aku, inilah dia perkara yang perempuan nak. Dan minta ditekankan di sini. Pada pandangan AKU. A.K.U.

Pada pandangan aku, perkara yang perempuan nak sangat mudah. Mereka macam kanak-kanak. Mahukan perhatian. Mahu rasa yang hanya mereka saja yang penting dalam hidup kau. Kerana itu perempuan mudah terpikat dengan lelaki yang manis mulutnya. Yang memberi. Kerana, apa yang perempuan mahukan hanyalah untuk rasa istimewa.

Dan kerana itu juga mereka mudah cemburu bilamasa orang kesayangan mereka bermesra dengan perempuan lain. Hakikat itu membuat mereka merasakan tergugat dan keistimewaan tadi terhapus.

Tak susah untuk memikat hati perempuan. Apa yang kau perlu lakukan, hanya buat mereka rasa istimewa.

Mesej ini ditujukan buat suami-suami atau bakal-bakal suami di luar sana. ;)

Friday, February 11, 2011

Dosa 24 jam di facebook.

Kalau anda boleh buka vidoe Sam Tsui tempoh hari, saya pasti anda boleh buka yang ini juga.

Diambil daripada Facebook

(bukan tulisan saya yakni burung hantu. Diulangi BUKAN)

(1) “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”

Yang dimaskudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik didalam internet samada dalam frienster atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.

Menyertai frienster tidak semestinya perlu menonjokan kecantikan wajah atau tubuh badan.

Menulis dengan tulisan2 yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah dan mengembangkan tali persahabatan diantara sesama manusia.

(2) wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

lagipun wanita adalah fitnah trbesar bagi lelaki.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)

(3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”

(4)Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”

Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.

(5)sabda RASULULLAH S.A.W.;

Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)

(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:

Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita

Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya

Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya

Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya

Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik2 jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.

Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semu alasan semata2 untuk membenarkan apa yang kita buat.

Thursday, February 10, 2011

Raut

Aku selalu berkerut dan buntang mata bilamasa aku baca satu blog ini. Semacam dahsyat sangat apa yang tertulis. Ya, kebanyakannya mengerikan, menyentap dan seakan-akan menampar muka aku. Aku akan leka membayangkan situasi yang diberitahu sehingga aku lupa nak kawal otot di wajah supaya tak mempamerkan raut yang tak menyenangkan dan barangkali aneh di mata orang.

Cuba bayangkan aku menghadap komputer riba dengan raut wajah yang masam, berkerut dan seperti terkejut.

Haha.

Bukan satu permandangan yang indah.

Dan mak aku pernah menegur, "Apa yang awak baca sampai macam itu sekali?".

Sebab itu aku tulis ini. ;)

Truth

Actually, nothing beats humor. A funny guy or a funny girl can always win a heart. A smile is most important. If you could make them smile, then, you're already halfway there. ;)

Lately

It occurred to me today. That I am wasting my time these days. I even wish they could fly faster. Most of them was probably because I was unable to sleep.

Almost everyday, I sit around and text people in the middle of the night - or should i say, morning. I do this and I wait. I wait with thoughts wondering if whether they're already asleep. I am not really good with loneliness. First, I might get goosebumps. Besides that, I just feel... uncomfortable. I don't like it. The feeling of when I am alone. Be it in a room or anywhere.

I don't like what I am turning myself into. I really don't.

And for some reason, I really feel the urge to want to go to the zoo. Probably because the zoo reminds me so much of my childhood days.

Tidak~

Nampaknya latar belakang aku sudah tak ada.

Dan aku rasa seperti kehilangan. Sangat kehilangan.

Rasa seperti bukan 'burung hantu' yang dulu.

Boleh ke kalau aku nak buang yang ini dan buat blog baru pula?

Membesar

Pernah suatu ketika, Umi cakap pada aku, satu ayat yang asyik bermain dalam minda aku sampai sekarang. Katanya,

"Awak kena belajar jadi dewasa"

Hal ini langsung tak menyentuh konteks lesen atau kerja. Tapi, tanggungjawab.

Dan bila fikir tentang menjadi dewasa ini, terlintas dalam minda aku. Besar mana dugaan yang Allah pernah beri pada aku?

Aku cuba teliti semula kesukaran yang aku pernah lalui. Dan yang aku jumpa, semuanya ringan-ringan. Maka, kenapa harus dirungut-rungutkan bilamasa datang yang besar? Satu saja. Hanya satu. Malah yang aku dan keluarga sedang lalui ini pun, tak sebesar mana.

Maka, aku fikir, aku mahu sahut kata Umi. Untuk belajar jadi dewasa. ;)

How Come?

Why am like this? Like who I am today? I found out one sentence to sum up myself. That is, I have loud opinions.

And all these are probably because my whole life, I am surrounded with people like this.

Secebis silam

Aku agak terpukul bila seseorang ini mengatakan bahawa blog aku ini seperti tak punya hala tuju. Haha. Tersentap aku dengar. Lebih-lebih lagi, dia memainkan watak yang penting dalam kisah silam aku.

Tapi, hari demi hari aku fikir kata-kata dia, dan membelek semula 'ketiadahalatujuan' blog ini, aku tersedar sesuatu.

Tak semua akan suka apa yang kau buat. Apa yang kau tulis. Atau apa kau nak perkatakan sekalipun. Aku tahu hakikat itu. Dan kerana itu aku wujudkan blog ini. Blog yang tak punya identiti. Blog di mana aku dapat suarakan apa yang AKU mahu. Apa yang AKU suka.

Tapi manusia kan tinggi rasa ingin tahunya. Maka identiti aku terbongkar sedikit demi sedikit. Dan kebelakangan ini aku sendiri yang membongkarnya. Untuk itu, aku kesal. Sampaikan suatu tahap yang aku rasa aku patut buat blog baru atau dedahkan saja siapa aku seluruhnya.

Tak semua akan baik sentiasa. Tak semua akan suka. Tak semua. Tapi aku rasa cukup puas dan memadai bila aku sukakannya. Sentiasa. Dan hati aku pun tak resah.

Blog ini, terlalu dekat dengan aku. Terlalu dekat dengan hati aku. Ia seluruhnya datang daripada bisik hati aku sendiri. Maka jika ada yang tak berkenan, bermakna dia tidak berkenan dengan yang sebenarnya aku.

Kata rahsia yang selama ini aku hanya fikirkan dalam hati, dimuatkan di sini. Dan semua ini sebenarnya yang tersirat di sebalik aku.

Ya, aku berbangga untuk mengaku yang aku minat puisi. Aku minat bunga-bunga kata. Aku paling suka mendengar metafora dan aku mudah teruja bilamasa terdengar atau terbaca satu ayat yang memang berbeza daripada biasa iaitu sangat kreatif.

Aku memang agak skema. Aku suka buku. Aku suka Discovery Channel. Aku suka bila adik aku buka TVIQ. Aku suka rancangan Clever yang baru itu. Dan aku akan punya rasa untuk membuka kamus setiap kali aku jumpa perkataan yang aku tak fahami.

Aku juga gembira untuk mengakui bahawa, aku suka bahasa inggeris. Aku suka bahasa inggeris. Aku suka bahasa inggeris. Sejak kecil lagi aku sukakannya.

Haha. Aku rasa, kita semua akan sampai satu tahap di mana kita akan berhenti peduli apa yang orang lain fikir. Dan merasakan gembira dengan siapa kau yang sebenarnya.

Thursday, February 3, 2011

;)

Awak ingat, orang yang indah parasnya saja ke yang boleh berkeyakinan tinggi?

Cuba

Aku cukup tak suka, bila perkataan 'cuba' dikaitkan dengan tidak berusaha. Selau juga aku ke kem motivasi, dan mereka mengatakan bahawa 'CUBA' itu bukan suatu bentuk usaha. Bila kita berkata 'CUBA' bermakna kita meniatkan kegagalan.

Bohong!

Perkataan 'CUBA' itu pada aku bermaksud kita benar-benar ingin lakukannya tetapi bimbang. BIMBANG tidak mampu.

Contohnya: Saya akan cuba untuk melunaskan janji itu.

Apa yang dapat kita lihat? Apakah dia berniat untuk tidak melunaskan janjinya?

Cuba adalah satu perkataan yang menggantung harapan tetapi tidak terlalu tinggi. Cuba adalah satu perkataan yang menggambarkan bahawa kita sedar, bahawa kemampuan kita adalah setakat hanya mencuba. Dan yang melaksana, yang membenarkan, hanya DIA. Allah s.w.t.

'CUBA' bukan satu perkataaan yang meniatkan kegagalan. Kerana kita akan melakukannya. Cuma kita tidak pasti sama ada kita mampu atau tidak. Cuba adalah suatu bentuk usaha. Cuba digunakan bilamasa sesuatu hal itu terasa sukar hinggakan kita tidak berani untuk menyombong dengan memberi pateri kata 'SAYA AKAN' atau 'PASTI'.

Contoh: Saya pasti akan melunaskan janji itu.

Kalau tidak termakbul kata-katanya? Apakah bukan sudah menjadi dusta ayat itu?

P/s: Cuba kau sebut cuba banyak-banyak kali. Pasti akan terasa seperti bahasa asing perkataan itu. ;)