Had berkawan dalam internet di sini bermaksud, sampai bila kau boleh kawan dengan mereka yang kau kenal dalam internet. Kecuali kau berkahwin dengan manusia itu, atau jantina beliau sama dengan kau, aku rasa, berkawan dalam internet memang berhad.
Aku ada seorang kawan yang lain jantinanya dengan aku. Lama sudah kami berkawan dan aku betul-betul maksudkan K.A.W.A.N. Dia memang penuh dengan hujah agama. Dan aku pula, bilamasa ada masalah atau kemusykilan, akan merujuk padanya. Persahabatan ini berlanjutan sehingga beberapa tahun dan aku memang akan cari dia dulu untuk beritahu apa-apa masalah yang aku hadapi.
Walaupun begitu, suatu hari aku dikejutkan dengan berita yang tak disangka-sangka. Berita yang sepatutnya gembira tapi telah membuat aku kehilangan mood sepanjang hari. Kawan baik aku itu bakal melangsungkan pernikahan pada bulan 6 nanti, InsyaAllah.
Memandangkan dia berlainan jantina dengan aku, aku sangat faham akan perasaan pasangannya kelak jika aku terus menghubungi beliau meskipun setelah diijabkabulkan. Biarpun hanya bertanyakan hal agama atau permasalahan biasa, aku percaya, cemburu itu wujud. Maka seharian aku memujuk diri aku untuk menerima hakikat tersebut. Aku tak akan boleh menghubunginya lagi.
Meskipun dijemput ke majlis kendurinya, aku terpaksa menolak. Dan aku akur akan hakikat, macam mana rapat pun kau dengan dia dalam konteks berkawan. Kalau bukan kau yang kahwini dia, maka sampai situ sahajalah had berkawan kalian.
Dan hal inilah yang aku ingin sampaikan dalam entri kali ini. Justeru, aku rasa, lepas kau, kau, dan kau kahwin. Atau aku sendiripun barangkali. Hubungan berkawan akan terputus begitu sahaja. ;)
No comments:
Post a Comment
Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..