Sunday, February 13, 2011

Perempuan

Akhirnya, aku rasa aku sudah tahu apa yang perempuan nak. Aku rasa kita semua tahu, cuma antara pasti dengan tidak. Tapi pada pandangan aku, inilah dia perkara yang perempuan nak. Dan minta ditekankan di sini. Pada pandangan AKU. A.K.U.

Pada pandangan aku, perkara yang perempuan nak sangat mudah. Mereka macam kanak-kanak. Mahukan perhatian. Mahu rasa yang hanya mereka saja yang penting dalam hidup kau. Kerana itu perempuan mudah terpikat dengan lelaki yang manis mulutnya. Yang memberi. Kerana, apa yang perempuan mahukan hanyalah untuk rasa istimewa.

Dan kerana itu juga mereka mudah cemburu bilamasa orang kesayangan mereka bermesra dengan perempuan lain. Hakikat itu membuat mereka merasakan tergugat dan keistimewaan tadi terhapus.

Tak susah untuk memikat hati perempuan. Apa yang kau perlu lakukan, hanya buat mereka rasa istimewa.

Mesej ini ditujukan buat suami-suami atau bakal-bakal suami di luar sana. ;)

6 comments:

  1. nanti beri bakal suami baca ya cik cindir rela?

    ReplyDelete
  2. lelaki barangkali nak....perempuan yang sentiasa mampu buat dirinya kagum. Pendapat saya lah.

    ReplyDelete
  3. jadi laki mat kagum.. haha, mungkin lah.. tp x semua kot.. Sbb laki ini ego, sbb itu nak org rasa kagum dgn lepa.. tp syawal tak suka, nak lepa rasa kagum deNgan Allah. baru bagus

    ReplyDelete
  4. harap macam itulah semuanya. Fitrah susah nak diketepikan. Tapi, eloklah kalau ada lelaki yang boleh tawaduk macam itu.

    ReplyDelete

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..