Thursday, February 17, 2011

Evolusi

Aku fikir. Aku belum masuk 18 tahun lagi, dah ada televisyen LCD yang senipis-nipisnya. Malah boleh digantung-gantung lagi. Padahal, waktu aku umur 10 tahun dulu, TV sebesar-besar alam. Nak alihkan pun payah.

Aku fikir. Aku belum masuk 18 tahun lagi, Ding Dang dan Tora dah tak menjadi tumpuan kanak-kanak. Padahal, waktu aku 6 tahun dulu, setiap kali mak aku keluar aku minta dibelikan. (walaupun tak dapat sebab mak aku cakap, "ingat umi cop duit ke?")

Aku fikir. Aku belum masuk 18 tahun lagi, dah ada telefon bimbit 3G. Boleh tengok muka orang di talian yang lagi satu. Padahal, masa aku 5 tahun dulu, ayah pakai telefon siap dengan antenna lagi. Skrin pun hitam putih je.

Aku fikir. Aku belum masuk 18 tahun lagi. Dunia semacam berevolusi terlalu pantas. Dan aku pun masih terpinga-pinga tengok budak 4 tahun main PSP. Padahal masa aku kecil dulu, main basikal. Main teng-teng. Paling siber pun main permainan komputer menggunakan CD. Kena install dulu.

Tapi, sekarang, semua main dalam internet saja. Budak-budak pun ada Facebook. Main Farmville, Lucky Train, macam-macam lah.

Entah macam mana nanti, kalau umur aku dah meningkat 30. Evolusi apa yang akan dunia bawa dalam 10 tahun itu? Dan barangkali, aku akan semakin terpinga-pinga.

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..