Tapi, hari demi hari aku fikir kata-kata dia, dan membelek semula 'ketiadahalatujuan' blog ini, aku tersedar sesuatu.
Tak semua akan suka apa yang kau buat. Apa yang kau tulis. Atau apa kau nak perkatakan sekalipun. Aku tahu hakikat itu. Dan kerana itu aku wujudkan blog ini. Blog yang tak punya identiti. Blog di mana aku dapat suarakan apa yang AKU mahu. Apa yang AKU suka.
Tapi manusia kan tinggi rasa ingin tahunya. Maka identiti aku terbongkar sedikit demi sedikit. Dan kebelakangan ini aku sendiri yang membongkarnya. Untuk itu, aku kesal. Sampaikan suatu tahap yang aku rasa aku patut buat blog baru atau dedahkan saja siapa aku seluruhnya.
Tak semua akan baik sentiasa. Tak semua akan suka. Tak semua. Tapi aku rasa cukup puas dan memadai bila aku sukakannya. Sentiasa. Dan hati aku pun tak resah.
Blog ini, terlalu dekat dengan aku. Terlalu dekat dengan hati aku. Ia seluruhnya datang daripada bisik hati aku sendiri. Maka jika ada yang tak berkenan, bermakna dia tidak berkenan dengan yang sebenarnya aku.
Kata rahsia yang selama ini aku hanya fikirkan dalam hati, dimuatkan di sini. Dan semua ini sebenarnya yang tersirat di sebalik aku.
Ya, aku berbangga untuk mengaku yang aku minat puisi. Aku minat bunga-bunga kata. Aku paling suka mendengar metafora dan aku mudah teruja bilamasa terdengar atau terbaca satu ayat yang memang berbeza daripada biasa iaitu sangat kreatif.
Aku memang agak skema. Aku suka buku. Aku suka Discovery Channel. Aku suka bila adik aku buka TVIQ. Aku suka rancangan Clever yang baru itu. Dan aku akan punya rasa untuk membuka kamus setiap kali aku jumpa perkataan yang aku tak fahami.
Aku juga gembira untuk mengakui bahawa, aku suka bahasa inggeris. Aku suka bahasa inggeris. Aku suka bahasa inggeris. Sejak kecil lagi aku sukakannya.
Haha. Aku rasa, kita semua akan sampai satu tahap di mana kita akan berhenti peduli apa yang orang lain fikir. Dan merasakan gembira dengan siapa kau yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment
Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..