Tapi hal yang paling penting yang mesti kau ada ialah,
KEBERANIAN.
Kita selalu sedar, perbuatan kita salah. Dan perhatikan di sini aku sebut 'KITA'.
Sedar perbuatan kita salah tetapi,
adakah kita cukup keberanian untuk berubah? Untuk meninggalkan sesuatu yang sudah terbiasa kita lakukan?
Contoh 1,
"Cik X tak pakai tudung, kemudian suatu hari, dia sedar sungguh-sungguh bahawa menutup aurat itu wajib dan dia MESTI berubah dan mula memakai tudung. Tetapi persoalannnya di sini, kiranya dia sungguh-sungguh sedar dan sedih akan kesalahannya pun, apakah dia cukup BERANI untuk mula memakai tudung? Untuk menelan mata-mata yang memandang skeptik? Untuk menahan panas telinga yang barangkali dikutuk mulut-mulut manusia sekelilingnya?"
Contoh 2,
"Encik Y tak pernah solat. Tak pernah ke surau. Selama balighnya dia tak pernah kenal pun apa itu sejadah. Tetapi suatu hari, dia tersedar dengan sungguh-sungguh. Allah menyuluh hatinya dengan hidayah petunjuk dan dia pun merasakan keinginan yang cukup besar untuk bertaubat serta menunaikan kewajipannya sebagai umat Islam. Tetapi persoalannya, adakah dia cukup BERANI untuk ke masjid dan meminta diajar cara bersolat dengan betul? Untuk mengambil wuduk bersebelahan imam dan barangkali dipandang aneh oleh mata-mata sekitarnya? Untuk berhadapan dengan mulut-mulut yang tertanya-tanya APA yang merasuk kau sehingga tiba-tiba kau hendak berubah?"
Hakikatnya, kesedaran itu perlu. Malah, jika diminta-minta selalu dan diusahakan, insyaAllah, akan diberi petunjuk dan kesedaran itu. Tetapi hanya satu persoalannya.
Adakah kita cukup BERANI mengambil langkah pertama seterusnya mengekalkan gaya hidup baru itu??
Sesungguhnya, kadangkala telah disuluhkan jalan yang benar untuk kita. Hanya tinggal untuk kita memilih, mengambil langkah pertama, dan tegar dengan keputusan itu.
muda mudi mesti berani untuk perubahan..
ReplyDeleteberapa ramai yang berani berubah?
ReplyDeletemungkin ramai.
tapi persoalannya, berapa ramai yang cukup keberanian dan kekentalan hati untuk kekal dengan perubahan?
peroalan itu letak tepi sebentar,
ReplyDeletetp bagaimanakan untuk mencari keberanian tersebut.?
itu juga persoalan yang saya fikirkan. Mungkin kena cari dalam diri sendiri. Siapa lagi yang boleh menjadikan kita berani kalau tidak kita sendiri.
ReplyDeletesenang caranya, kembali kepada Allah dan ikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat sebagai contoh berani seperti saidina umar al-khatab
ReplyDeleteya, tapi untuk mencontohi mereka dan merubah diri kita mengikuti mereka perlukan kekentalan hati yang kuat.
ReplyDelete