Monday, February 14, 2011

Saya sayang mak saya

Hati aku rapuh. Bila disuakan kepada aku bahawa seorang kawan aku yang aku selalu bergurau ini ditinggalkan ibunya menghadap Ilahi, aku tergamam. Dan semakin aku cuba menasihati, aku pula yang jadi sedih.
Kau tak rasa beruntung ke masih punya ibu?

Dia, dah tak dapat nak rasa masakan ibu dia lagi.
Tak sempat berkahwin di hadapan ibunya.
Tak dapat cium tangan ibunya.
Tak dapat tengok senyuman ibunya.
Tak dapat belikan ibunya hadiah dengan gaji pertamanya.
Tak dapat.

Kita tak sedar semua ini kan? Bilamasa kita buka blog, main game, sms, tengok tv. Kita tak pernah fikir yang apa yang kita buat harini barangkali yang terakhir. Kita selalu lupa dan leka. Kita tak pernah fikir sama ada kita dapat tak cium lagi tangan mak kita esok hari. Tak pernah.

Airmata aku selalu murah bila menyentuh bab ibu. Entah kenapa.

Memang aku selalu terpesona dengan hakikat kita membesar dalam tangan ibu kita. Sampaikan kita sendiri pun dah lebih besar daripada mereka. Tapi, kita berubah menjadi manusia yang berbeza-beza sesudah dewasa.

Mak tak pernah ajar kita merokok. Tapi dibuat juga.
Mak tak pernah ajar kita mencarut. Tapi dibuat juga.
Mak tak pernah ajar kita melawan. Tapi dibuat juga.
Mak tak pernah ajar kita satu pun benda jahat. Tapi ke situ juga condongnya kita.

Astaghfirullahalazim~

Subhanallah. Aku bersyukur masih punya ibu

4 comments:

  1. saya sayang Allah, Nabi, Ibu, Ayah dan kawan2

    ReplyDelete
  2. Ya, sayang sementara anda masih boleh merasakan sayang itu.

    ReplyDelete
  3. sayang semua org... haha, doakan mreka panjang umur

    ReplyDelete
  4. Doa sihat lah. panjang umur tak efektif sangat. ;)

    ReplyDelete

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..