Thursday, February 17, 2011

Had Berkawan Dalam Internet

Assalamualaikum...

Berapa kenal anda dengan manusia yang anda jumpa di internet? Anda tahu adik beradik mereka berapa ramai? Tahu sedikit sebanyak daripada kisah silam mereka? Atau barangkali tahu butir diri dan sifat-sifat mereka daripada apa yang ditulis dalam blog. Tapi, cuba kita renungkan. Berapa kenal sebenarnya kita dengan mereka?

Hakikatnya, kau hanya akan tahu banyak mana butir yang hendak didedahkan individu itu sahaja. Walau berapa lama pun kalian berkawan, kiranya dia tidak benarkan kau mengenalinya lebih daripada bulatan itu, maka banyak itu sajalah yang kau akan tahu tentang dia.

Andaikan mereka berbohong. Apalagi yang boleh kita lakukan selain percaya? Kalau kau buat keputusan untuk tidak percaya, masakan semua manusia berbohong berkenaan diri mereka?

Nama pun alam maya. Alam yang tergantung daripada realiti. Tempat di mana kebenaran itu tak dapat dikenalpasti.

Kau kenal dia setakat mana yang dicerita sahaja. Kalau dia cerita pernah jatuh basikal, maka tahulah kau dia pernah jatuh basikal. Tapi, kau tak akan tahu berapa teruk lukanya jika dia tidak menceritakan bahagian itu. Setuju?

Berkawan dalam internet mudah. Tiada risiko yang tinggi. Kau tak akan boleh diapa-apakan orang di talian yang satu lagi. Tapi, liciknya penjahat alam maya ini barangkali tidak kau ketahui. Mereka mampu membuat lubang-lubang kecil untuk menyelinap masuk dalam bulatan yang kau sempitkan itu.

Misalnya, diberi nombor telefon. Macam-macam yang boleh diperolehnya melalui maklumat sekecil itu jika orangnya hebat dalam kemahiran teknologi komputer. Kiranya diberi gambar pula, lebih banyak lagi perkara yang buruk boleh berlaku dek pemberian yang satu itu.

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..