Wednesday, March 23, 2011

Sesungguhnya Islam itu lengkap lagi sempurna

Diambil daripada email seseorang. Maaf jika tidak meminta izin dahulu.

JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya...
dan Al-Quran sudah menjawabnya. ....

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'

- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?
QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'

- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
-Surah Al-Imran ayat 200

'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'

- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...

- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya.. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '

- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'

- Surah Yusuf ayat 12

Ibarat kata-kata seorang sahabat aku. La Tahzan. Allah berkata jangan bersedih.

Dan Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda,

"(setiap) orang akan diuji sesuai dengan (kuat/lemahnya) agama (iman)nya, kalau kuat agamanya maka besarlah ujiannya, kalau lemah agamanya maka dia akan diuji sesuai dengan (kelemahan) agamanya, dan akan terus-menerus ujian itu (Allah Ta’ala) timpakan kepada seorang hamba sampai (akhirnya) hamba tersebut berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak punya dosa (sedikitpun)”
(HR At Tirmidzi no. 2398, Ibnu Majah no. 4023, Ibnu Hibban 7/160, Al Hakim 1/99 dan lain-lain, dishahihkan oleh At Tirmidzi, Ibnu Hibban, Al Hakim, Adz Dzahabi dan Syaikh Al Albani dalam Silsilatul Ahaadits Ash Shahihah, no. 143)

Dan dalam pada itu, renungkan nasihat ini yang walaupun lihatnya seperti ringaks dan biasa. Ia telah mampu buat aku menitiskan air mata.

Quote:
"Kenapa awak tak bersyukur? Allah dah jaga awak cukup sempurna.. Baju awak pakai, siapa bagi? Ilmu awak belajar, siapa ajar? Makanan awak makan dari kecil sampai besar, siapa kasi? Pernah tak, tak makan setiap hari? Kaki yang awak guna berjalan, siapa bagi? Dan yang paling penting, akal yang awak guna untuk fikir itu, siapa kurniakan? Janganlah putus asa. Allah sayang awak melebihi awak menyayangi diri awak sendiri."

Keputusan

Alhamdulillah. Allah sayang aku. Aku tahu itu.

Keputusan aku barangkali tak seberapa di mata orang lain, tapi, cukup baik di mata aku.

Tak ramai yang tahu apa jadi sewaktu peperiksaan tersebut. Aku juga tak mahu sebut selalu kerana bimbang mengundang rasa tak redha.

Tapi, hari ini, terbukti. Allah bersama aku bilamasa aku sabar. Dan aku gembira memberitahu manusia lain keputusan aku yang tak seberapa ini bukan kerana bangga. Tetapi kerana aku mahu cerita, boleh terlihat kebesaran Allah di situ. Subhanallah. MasyaAllah... Sungguh. Aku dapat lihat betapa keputusan itu seperti diatur untuk menjadikan ia terbaik untuk aku. Agar tidak timbul rasa riak dan ujub. Dan tidak pula rasa marah dengan takdir.

Dengan keputusan serupa ini, Allah berjaya membuat aku sekali lagi, mengakui kebesarannya. Sesungguhnya Dia Maha mengetahui. Allahuakbar.

Terima kasih Allah. Terima kasih. Alhamdulillah. Segala puji bagi Engkau.

Tuesday, March 22, 2011

Cuak

Keputusan SPM belum sampai. Rumah dan sekolah sangat dekat maka aku tak mahu pergi awal-awal. Masih berkira-kira sama ada aku patut pergi dengan umi atau tak. Bimbang aku tak bersedia untuk melihat wajahnya nanti.

Sabar wahai aku. Sabar dan redha. Itu sahaja kuncinya. Dan tawakallah dengan sebenar-benar tawakal. Allah hanya akan beri yang terbaik untuk kau. Apa yang kau peroleh, itulah yang terbaik. InsyaAllah, ada yang lebih baik akan menyusul. Buangkan rasa bimbang kau.

Allah sayang kau lebih daripada kau sayang diri kau sendiri. Dia akan beri kau yang terbaik. Kalau bukan hari ini, barangkali pada waktu kau perlu melanjutkan pelajaran ke Universiti kelak.

Percayalah wahai aku. Allah telah mengatur semuanya.

Baru

Kanak-kanak...Mereka ada cara sendiri untuk buat kita maafkan kenakalan mereka.

Cukup dengan memanggil kita dengan suara yang comel macam kucing dan mata sebulatnya. Aduh~ cair.

Kerja pertama aku, gajinya tak seberapa. Tapi aku rasa, pengalaman ini tak mungkin dapat dibayar dengan apa-apa pun.

Senyuman mereka, boleh membuat kau lupa apa yang dibuatnya 5 minit yang lepas. Sungguh...

Saturday, March 19, 2011

Ayah aku bukan seorang graduan yang keluar saja keputusan SPM, dapat tawaran ke Universiti dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan sebagainya. Ayah aku, dia ambil sijil. Kemudian diploma. Dan dia bekerja sambil belajar. Masa aku kecil-kecil dulu, ayah aku masuk ke Universiti untuk mendapatkan Ijazah. Maka, hidup kami memang tak mewah. Kami jarang berpeluang jumpa ayah. Rumah yang kami diami itu pun syarikat pekerjaan ayah aku yang beri. Alhamdulillah~ Kami ada bumbung untuk berteduh.

Masa berlalu. Tahun demi tahun. Ayah sudah naik pangkat. Dia dipindahkan ke cawangan di petaling jaya. Pada umur aku menganjak 6 tahun, ayah bawa kami pindah ke kawasan tempat tinggal yang lebih dekat dengan tempat kerja ayah. Masa itu sudah lebih berduit barangkali. Kami sudah mampu bayar sewa sendiri. Malah, rumahnya dua tingkat. Kalau dulu cuma satu. Tapi aku ingat lagi, tandasnya buruk sedikit. Tapi kami tak kisah sebab budak-budak mana fikir tentang semua itu. Pernah sekali aku terjumpa cacing pada lantai tandas. Geli tapi mandi juga. Di rumah itu, aku membesar sehingga darjah 3. Aku masih ingat ayah selalu bawa surat yang mengandungi berita gembira mengatakan bahawa dia telah dinaikkan pangkat. Hidup kami bertambah selesa.

Umur aku menganjak 11 tahun, kami pindah ke suatu kawasan perumahan yang lebih dekat lagi dengan pejabat ayah di petaling jaya. Kalau masa aku 5 tahun dulu ayah hanya kerja sebagai pembantu teknik, sekarang, ayah sudah ada pejabat sendiri. Di sini hidup kami bertambah selesa. Tahun demi tahun berlalu, pangkat ayah juga semakin meninggi. Dek kerana asthma, doktor tidak membenarkan ayah bawa motor pergti dan balik daripada kerja. Sejuk. Kalau ayah balik sewaktu hujan, tangan ayah mesti sejuk macam ais bila aku pegang dan salam. Maka ayah beli sebuah kereta saga 2nd hand yang tak seberapa. Sehingga aku tingkatan 5, gaji ayah saban tahun semakin tinggi.

Dah menganjak ke tingkatan 5, kami pindah lagi. Kali ini ke Seremban. Di sini dapat rumah lot tepi. Ada tanah. Harganya hampir sama dengan rumah tengah di Kuala Lumpur, jadi, aku rasa ianya berbaloi. Kalau diikutkan kronologi hidup aku, kita dapat nampak yang ayah aku bermula daripada bawah. Daripada kerja sebagai pembantu teknik sampai dapat jadi pengurus. Orang-orang yang kenal aku sekarang mungkin rasakan aku jenis bandar. Dan semua nampak kami seperti orang yang berduit.

Jujur aku katakan, kami bukan ada rumah banglo atau kereta Ferrari 2 biji. Tapi, untuk usaha ayah aku yang begitu keras, ku menulis entri ini sebagai satu tanda hormat. Kerana aku dapat lihat bagaimana jauh jurang hidup kami yang dulu dengan sekarang.

Masya Allah.

Melalui ayah aku, Allah mengajar aku sesuatu. Dan Alhamdulillah, Allah bantu keluarga kami agar mampu hidup selesa.


Kau Prihatin?

Jujur aku katakan di sini, aku bukan jenis yang membaca surat khabar. Tapi ada masa aku terlihat juga muka depannya dan mendapat informasi daripada sekilas pandang.

Di blog, aku tiba-tiba terbaca satu artikel yang Encik Syawal iklankan. Iaitu ini. Aku baca sehingga ayat terakhir dan bila hampir kepada penghujungnya, aku tertangkap ayat ini,

"...apakah kamu merasa aman akan azab Allah..."

Memang sudah banyak kali aku terbaca ayat itu. Dan setiap kali aku diselimuti perasaan yang sama. Persoalan yang sama. Dan aku akan berulang-ulang bertanya soalan itu kepada diri sendiri. Apakah aku merasa aman daripada azab Allah?


Peluk

Senang saja nak tahu seseorang itu sayang kucing atau tidak. Lihat bajunya. Ada tak bulu kucing.

Kalau ada lebih daripada sehelai dua, sah lah itu. ;)

Saturday, March 12, 2011

Alladin dan Lampu Ajaib

Tajuk entri macam tajuk buku cerita kanak-kanak kan? Aku pasti ramai yang tahu mengenai cerita Alladin di mana bila digosok lampu ajaibnya, akan keluar satu makhluk yang mampu memakbulkan 3 permintaannya.

Aku tak teruja.

Dan aku tak harap diketemukan dengan lampu ajaib sebegitu rupa. Kenapa? Sebab aku ada medium dan cara lebih berkesan dan efektif daripada lampu ajaib itu.

Lampu ajaib Alladin boleh dicuri dan macam-macam hal lain boleh berlaku hingga membantutkan 3 permintaanya.

Dan lagi, 3 sahaja. Hanya 3 permintaan yang boleh diminta.

Apa barang 3 je.

Aku tak teruja. Sungguh tidak. Kenapa? Kerana... aku ada Allah. Tuhan yang MAHA berkuasa ke atas segala sesuatu. Dan Dia menjanjikan sesuatu yang berbunyi seperti ini,

Bersabda Rosulullah SAW :
“ Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat ( waktu. ). Seandainya seorang Muslim meminta suatu kebaikan didunia maupun diakhirat kepada Allah SWT, niscaya Allah SWT akan memberinya. Dan itu berlaku setiap malam.” ( HR Muslim )

Nabi SAW bersabda lagi :
“Pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun ( ke langit dunia ) ketika tinggal sepertiga malam yang akhir. Ia berfirman : “ Barang siapa yang menyeru-Ku, akan Aku perkenankan seruannya. Barang siapa yang meminta kepada-Ku, Aku perkenankan permintaanya. Dan barang siapa meminta ampunan kepada-Ku, Aku ampuni dia.” ( HR Bukhari dan Muslim )

Subhanallah...


Mudah bukan? Kau tak perlu merisikokan nyawa kau untuk mencari harta karun bagi mendapatkan 3 permintaan. Allah menjanjikan seberapa banyak pun yang kau minta. Apa yang kita perlu lakukan, hanyalah meminta pada 1/3 malam iaitu daripada pukul 3-5 pagi. Sebaik-baiknya kau mintakan dengan doa dalam tahajud. InsyaAllah, akan dimakbulkan.


Dan janji siapa yang lebih wajar kau percaya jika bukan janji pencipta kita sendiri? Allah maha berkuasa terhadap segala sesuatu. Dia mengetahui apa yang di belakang dan di depan kamu. Dan yang paling penting, Dia sayang kepada kita lebih daripada sayangnya kita terhadap diri sendiri.


Maka, perlukah lampu ajaib yang hanya boleh memakbulkan 3 permintaan sedangkan kita punya Allah yang mampu memakbulkan setiap satu daripada permintaan kita? Seribu pun seribulah. InsyaAllah, kiranya Allah kata jadi maka jadilah. Malah, tiada apa yang boleh menghalang ketentuan itu kiranya telah Allah sebutkan.


Kita ada lampu ajaib sendiri, tapi kita tak sedar. Sejadah kau itu. Itulah kau punya 'magic carpet'. Subhanallah... Tidakkah kita mahu untuk permintaan kita di makbulkan?? Maka aku seru kalian. Tak usahlah berharap kau akan ketemu lampu ajaib kerana kau punya sesuatu yang lebih hebat daripada itu - kau ada sepasang tangan. Dua tapak tangan yang bila ditadah doanya, insyaAllah akan makbul. InsyaAllah...


Islam itu indah. Sangat indah... Cuma kadangkala, kita yang buta untuk melihat keindahannya.

Wednesday, March 9, 2011

Hakikat yang Pahit

Ada seorang kenalan perempuan aku ini, aku akan gelar dia dengan huruf X. X merupakan seorang wanita moden yang berpakaian agak sendat menampakkan lekuk tubuh perempuannya. Dia menyuakan masalahnya kepada aku berkenaan lelaki yang disukainya. Lelaki itu pada mulanya menunjukkan minat terhadap X ini. Meskipun rupanya tak semegah, lelaki itu berjaya menambat hati X dengan lembut tutur dan manis kata serta perbuatannya. Batas pergaulan mereka tidak dijaga. Hal ini berterusan sehingga sebulan dan hati X sudah benar-benar terpaut kepada lelaki berketurunan jawa itu. Malang bagi X, minat yang lelaki itu tunjukkan hanya sekadar untuk memuaskan nafsu lelakinya sahaja. Lelaki tersebut hanya mahu bergurau senda, berpegang-pegang dan barangkali menatap wajah comel X sahaja. X tidak tahu hal itu. Dia masih naif dan teguh dengan perasaannya terhadap lelaki itu. Suatu hari, disuakan kepadanya bahawa lelaki itu telah mempunyai teman wanita lain di kolej dan wanita itu comel bertudung dan bajunya juga longgar serta terjaga. X tak mahu percaya pada mulanya maka X membuat langkah berani untuk mengakui perasaannya pada lelaki itu dan bertanyakan status dirinya dalam hidup lelaki tersebut. Dalam ketawa, hati X terluka. Dia memberitahu kata-kata lelaki itu mengakui bahawa dia telah mempunyai teman wanita lain dan dia hanya menganggap X sebagai adik(alasan tipikal). Maka terhentilah di situ hubungan mereka yang ibarat 'teman tapi mesra' itu.

Daripada kisah benar ini, dapat kita lihat betapa niat seorang lelaki wajar diragui. Kerana dalam setiap diri manusia punya nafsu. Maka tidak hairan jika lelaki akan memandang wanita tidak bertudung sebelum yang bertudung. Atau perempuan yang seksi dan berpakaian menampakkan bentuk tubuh berbanding yang berjubah. Manusia mempunyai nafsu.

Tetapi, berdasarkan cerita ini kita juga dapat lihat, bahawa apabila mencari calon isteri, lelaki akan beralih pandangan dan mencari wanita-wanita yang sopan pakaian serta akhlaknya. Macam juga dalam cerita khurafat. Lelaki itu tak mahu memperisterikan perempuan yang kaki disko, berpakaian sendat dan tidak elok akhlaknya meskipun sebelum itu DIA yang beriya mahukan perempuan sebegitu sebagai teman wanita.

Maka aku kategorikan di sini, ada dua jenis wanita di MATA LELAKI. Jenis yang boleh dijadikan isteri(B.D.I). Dan wanita yang boleh dijadikan teman wanita(B.D.T.W). Kedua-dua jenis ini KEBANYAKAN masa tak akan tercampur. Lelaki itu akan hanya memilih wanita yang B.D.T.W bilamasa dia mahu berhibur dan bersuka-suka keluar berdua dan berpegangan tangan. Dia tak akan mahu memilih perempuan yang B.D.I untuk melakukan kerja-kerja berunsur kemaksiatan ini kerana jelas sekali wanita tersebut tak akan mahu dan akan memprotes sekerasnya. Tetapi, bilamasa lelaki tersebut mahu berkahwin, dia akan terus berubah arah dan memilih serta mencari perempuan yang B.D.I. Kenapa? Kerana wanita sebegini yang sesuai dan boleh dibawa jumpa ibu bapa. Malah mereka tahu bahawa wanita sebegini boleh menjadi isteri dan ibu yang baik.

Jadi ingin aku ambil kesempatan ini untuk bertanya kepada kaum hawa. Untuk apa sebenarnya kamu berhias dan berpakaian yang tidak mengikut syariat Islam itu? Dan tak perlu tipu diri sendiri. Hakikatnya, wanita berpakaian yang cantik-cantik dan berhias segala bagai dengan make-up di muka semuanya punya niat kecil atau besar untuk menarik perhatian lelaki. Ya. Jika hanya mahu kelihatan kemas dan cantik untuk diri sendiri atau tak mahu dipandang selekeh, perhiasan yang berlebihan amatlah tidak perlu. Malah, bertambah-tambah pula usaha mereka ke arah penampilan yang menarik perhatian dan hebat bilamasa ada temujanji dengan kaum adam. Wahai kaum hawa, kalau kau tak pakai gelang tangan, adakah kau akan nampak buruk dan selekeh? Kalau kau tak pakai make-up, adakah kau akan nampak buruk dan selekeh? Kalau kau tak pakai baju yang menampakkan bentuk tubuh kewanitaan kau, adakah kau akan nampak buruk dan selekeh? Malah, jika kau bertudung dan menutup rambutmu, adakah kau akan nampak buruk dan selekeh? Tidak, tidak dan tidak sama sekali. Jadi KENAPA sebenarnya kau buat semua itu? Jawapannya sangat jelas hanya kepada perempuan yang berani untuk mengakuinya. Hati anda sedang membisikkan jawapan itu. Tapi ego dan nafsu banyak mencantas kebenaran yang hakikat.

Maka kenapa kau bazirkan waktu, tenaga, usaha dan maruah kau hanya untuk menjadi wanita kelas kedua? Yang hanya dimahu bilamasa mahu bersuka? Seperti X, kau akan kecewa tak bersudah. Aku juga kasihan padanya. Tapi, memang begini lelaki. Mereka hanya mahu wanita 'moden' ini pada masa mahu bersuka. Dan bila masa tiba waktu untuk mencari teman hidup, akan bermain dalam fikiran mereka, berapa tidak sesuai untuk dijadikan isteri seorang wanita yang suka akan baju berjenama. Wanita yang suka berhias berlebihan. Wanita yang suka bercakap dengan nada yang sebegitu manja ia dapat menggetarkan iman di dada. Kerana wanita yang sebegini memerlukan bak kata orang putih, 'high maintenance'. Maka, bagi seorang bujang yang baru mahu memulakan hidup berkeluarga dengan poket yang nipis serta hati yang masih ada Islam dan punya impian kecil untuk ke syurga, mereka tak akan berani menanggung risiko mengahwini wanita 'moden' ini.

Aku tulis panjang lebar. Jadi kemungkinan besar orang tak akan dapat apa yang aku nak sampaikan sebenarnya. Aku nak beritahu, dan seru para lelaki dan perempuan di luar sana. Baik perempuan mahupun lelaki, kedua-duanya akan cari suami dan isteri yang beriman. Serius. Kita nak yang satu pakej lengkap. Hati semua orang yang masih ada Islam ini akan secara tak langsung memujuk diri kita mencari suami dan isteri yang boleh bimbing kita ke jalan yang benar. Sebab sedikit atau banyak, percayalah. Tengok dalam hati kita, semua orang pasang impian ke syurga. Maka marilah kita sama-sama betulkan diri sendiri dan menegur orang lain secara berkala dan berhikmah. InsyaAllah... Bahagia.

Sunday, March 6, 2011

Pada hari aku rajin, dan aku pergi siram pokok-pokok di rumah aku, selalu terlintas di kepala. Kenapa tak kita tebang je semua? Korek sampai akar, dan buang. Laaaagi senang. Tak perlu siram dan tak perlu susah dengan daun kering yang gugur daripada pokok-pokok ini.

Hahah.

Dan sambil fikir itu, tanpa sedar, air daripada hos itu tersembur ke muka aku sekaligus menyedarkan aku daripada lamunan. Aku pun senyum sendirian.

Tapi cuba fikir. Kita tak pernah sedar daun-daun kering yang bersepah di atas jalan. Tahu-tahu je dah bersih dan ada plastik kuning di tepi-tepi jalan. Kan? Kan? Kan?

Kita cukup suka tengok pokok besar-besar, tinggi-tinggi, daun banyak. Cantik. Bagi tempat berteduh pula itu.

Tapi kita tak pernah nak sedar dan hargai kepayahan manusia yang menjadikan pemandangan itu sedap untuk dipandang. Malah, kita anggap mereka seperti lebih rendah darjat daripada kita. Kenapa?

Saturday, March 5, 2011

Baitul Firdaus

Bagi yang dah bekerja atau berduit, aku mohon. Kiranya mahukan pahala, kau bantulah mereka yang memerlukan ini. Sungguh.. Aku cukup terharu. Tapi apakan daya? Aku cuma pelajar yang makan pakaiku juga masih ditanggung mak dan ayah.

Kau tak perlu beri sampai ribu-ribu atau juta-juta. Cukup sekadar menaja Rm200 sebulan. Aku pasti mereka sudah cukup gembira.

InsyaAllah, ikhlas pemberian itu akan menjadi batu loncatan membantu kau di akhirat kelak.

Fikirkanlah. Hanya sedikit yang kita beri, mampu mengukir senyuman di wajah ramai manusia lain. Apakah kita tidak mahu jadi punca kegembiraan manusia lain?

Cuba bayangkan, katakanlah kau menaja sekampit beras setiap bulan. Berapa harga sekampit beras? Lebih kurang RM30. Dan berapa ramai yang dapat makan daripada sekampit beras ini? Ramai kan? Malah, untuk berhari-hari.

Rumah baitul firdaus ini bukan sahaja menempatkan anak-anak yatim yang tak pernah dapat kasih sayang ibu bapa, yang mak mereka tak sempat nak pukul bila mereka nakal. Yang ayah mereka tak sempat nak tengok keputusan ujian mereka yang memberangsangkan. Yang ibu bapa mereka tak sempat nak peluk cium mereka pada hari raya. Tapi rumah ini juga menempatkan fakir-fakir miskin dan ibu-ibu tunggal yang tak punya kemampuan.

Maka aku seru kalian. Siapa yang mampu. Bantulah mereka. InsyaAllah, kebaikan ini akan dibalas dengan pahala yang dapat membantu kalian di akhirat kelak.

Sesungguhnya, selagi derma itu bermanfaat ke atas orang yang kau dermakan sesuatu itu, selagi itu pahala akan mengalir dalam tabung kamu. Tidakkah kita mahu?


Friday, March 4, 2011

Bacalah. Entri ini sedikit panjang tetapi dijamin berguna buat kau.

Oleh: DR. SIDEK BABA

SETIAP manusia biasa melakukan dosa. Para remaja juga melakukan dosa. Ada yang sifatnya dosa besar dan ada yang bentuknya dosa kecil. Sifat manusia itu ialah nisyan atau lupa dan ghaflah atau lalai. Di peringkat umur remaja kelalaian dan kelupaan lebih ketara. Mereka perlu diingatkan selalu. Kadang-kadang leteran juga berlaku. Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan remaja silap dan salah. Kelupaan menyebabkan remaja melanggar pedoman Allah. Kelalaian menyebabkan remaja melampaui batas.

Mengulangi melakukan dosa ia ibarat titik-titik hitam di hati. Terlalu banyak titik hitam menyebabkan warna hati bertukar. Secara rohaniahnya, titik-titik hitam yang tidak dibersihkan akan menyebabkan lebih banyak kelupaan dan kelalaian. Ia boleh mendorong ke arah tabiat keji dan mungkar. Hati remaja diibaratkan seperti cermin. Cermin yang baik ialah cermin yang ada kilauan. Cermin yang jernih memantulkan imej wajah yang jernih. Bila cermin terkandung banyak titik hitam, titik itu ada melitupi cermin dan cermin akan kehilangan daya pantulan.

Cermin yang hilang daya pantulan ibarat hati yang hilang sensitivitinya terhadap perkara baik dan mungkar. Bila hati tidak lagi ada daya pantulan remaja akan mengalami penyakit mati rasa. Penyakit mati rasa menyebabkan perlanggaran dosa dianggap perkara biasa. Melakukan kesalahan dan kemungkaran dianggap lazim. Dan akhirnya apabila dosa terus dilakukan cermin hati akan dilitupi ibarat hijab menutup wajah.

Sifat ibadah khusus dalam Islam dilakukan berulang-ulang. Tujuan dihantarkan Nabi dan Rasul pun antaranya ialah membawa khabar gembira dan peringatan. Perulangan dalam ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, zikir dan lain adalah proses tazkiah an nafs iaitu latihan rohaniah untuk membentuk nilai-nilai baik dan murni supaya jiwa kehambaan yang tinggi wujud pada diri insan. Jiwa kehambaan yang membawa sifat patuh, taat, akur dan tunduk boleh membentuk watak remaja menjadi orang-orang yang sentiasa berfikir untuk mendapat reda Allah.

Manifestasi ibadah khusus boleh menjadi jalur pengembangan maksud ibadah yang lebih luas. Ketundukan kepada pedoman Allah iaitu bersifat jujur kerana-Nya, ikhlas kerana-Nya, amanah kerana-Nya, adil kerana-Nya, tulus dan telus kerana-Nya membimbing manusia melihat seluruh pekerti dalam hidupnya terkandung sifat-sifat rohaniah yang tinggi. Bercakap benar dan tidak berdusta adalah gambaran sifat rohaniah yang tinggi. Memimpin dengan amanah dan jujur adalah gambaran sifat orang-orang yang beriman. Takut akan azab Allah dan insaf keTuhanan yang tinggi God-conciousness adalah gambaran orang-orang yang berjiwa muttaqin. Kualiti ini apabila menjadi amalan remaja ia akan berhikmah atau berpulang kembali kepada dirinya atau kepada orang lain.

Seseorang remaja yang jujur dan amanah, bila sifat itu diamalkan dalam hidupnya, tidak saja kebaikan itu dirasakannya tetapi kebaikan itu juga dirasakan oleh orang lain. Seseorang remaja yang cintakan ilmu, kebaikan ilmu itu tidak saja memberikan suluh kepada jalan hidupnya tetapi akan menerangi orang lain. Seseorang remaja, sabar dalam menghadapi ragam hidup, kesabarannya itu akan menyebabkannya terelak daripada kegelojohan kerana kesabaran adalah mutiara kebijaksanaan.

Mengapa remaja melakukan dosa? Pertama, remaja mungkin tidak memiliki kesedaran rohaniah yang meyakini bahawa Allah itu Maha Perkasa dan Maha Mengetahui. Konsep berTuhan hanya sekadar percaya. Percaya yang tidak ditunjangi oleh ilmu boleh berubah-ubah kadang-kadang berada dalam kesamaran. Kesamaran boleh menyebabkan remaja ragu-ragu. Ragu-ragu dalam keyakinan dan pendirian boleh menyebabkan perlanggaran. Perlanggaran dalam amal dan perbuatan boleh menyebabkan dosa.

Kedua, remaja tidak dititipkan ilmu-ilmu yang berguna dan bermanfaat dan tidak mempunyai kesempatan yang berkesan untuk melalui proses didik dan hadir dalam persekitaran yang membantu ke arah pembentukan akhlak yang baik. Akibatnya remaja tidak memiliki perasaan peka nilai. Ia menyebabkan remaja tidak menjadikan nilai-nilai murni sebagai jalan hidup keremajaan sebaliknya menjadikan naluri dan nafsu sebagai jalur memenuhi niat dan hajat.

Ketiga, ramai remaja yang tidak memiliki qudwah atau contoh yang baik dan cemerlang dalam hidup. Ia menyebabkan remaja kekosongan dalam mencari contoh yang fitrah untuk diteladani dan diikuti. Atas dorongan naluri dan nafsu-nafsi remaja boleh terdorong untuk membina idola dan diva yang akhirnya menjerumuskan remaja kepada ‘pemujaan’ terhadap selebriti seperti artis, pelakon dan juga personaliti-personaliti lain.

Keempat, sesetengah remaja tidak ada rasa berdosa terhadap apa dan terhadap sesiapa pun. Dorongan naluri dijadikan pedoman dan gesaan nafsu dijadikan turutan. Akhirnya dosa-dosa kecil berlaku secara berterusan dan dosa besar semacam suatu kebiasaan.

Dalam Islam ruang untuk bertaubat dan mohon keampunan sentiasa terbuka. Sebab itu para remaja yang insaf tentang hubungannya dengan Allah akan sentiasa melakukan istighfar bila berlaku sesuatu kesilapan, merenung ke dalam diri, mencari sebab-musabab kejadian dan berazam tidak mengulangi lagi.

Kesilapan yang dilakukan oleh remaja tidak bermakna itulah akhirnya hidup. Dalam sejarah sahabat-sahabat Nabi baik di Mekah mahupun di Madinah, ramai yang melakukan pelbagai dosa kecil dan besar tetapi apabila keinsafan timbul, hidayah diberikan dan kembali kepada diri yang fitrah bertukar menjadi pejuang-pejuang di barisan depan Islam. Saidina Omar, sebagai contoh, pada zaman jahiliahnya melakukan pembunuhan anak perempuan tetapi bila mendengar ayat-ayat Allah digemakan, timbul keinsafan yang amat mendalam untuk kembali kepada fitrah. Dan apabila menerima akidah tauhid, beliau menjadi benteng utama perjuangan Islam yang amat digeruni oleh musuh.

Di Malaysia, remaja Melayu dibesarkan dalam keluarga orang-orang Islam. Paling tidak secara keturunan mereka adalah orang-orang Islam. Harus ada didikan di peringkat keluarga, sekolah dan masyarakat tentang kesedaran rasa bersalah dan rasa berdosa di kalangan mereka. Kesedaran ini amat penting wujud dalam diri remaja supaya ada perisai dalam diri remaja untuk mengenal dan membentengi diri supaya mengetahui yang salah itu salah dan yang benar itu tetap benar.

Remaja Islam harus insaf bahawa kumpulan mereka ini sedang dijadikan sasaran oleh musuh-musuh umat khususnya para pendakwah yang menguasai media cetak dan elektronik, melabur dengan kos yang tinggi terhadap acara-acara yang bersifat festival dan hiburan yang berterusan dengan harapan apabila para remajanya asyik dengan hiburan dan festival yang melampau ia akan memesongkan perhatian remaja untuk cemerlang dalam bidang ilmu dan pendidikan. Bila hiburan, muzik, festival dan bahan-bahan lucah dalam internet menjadi ketagihan, para remaja mula alpa tentang tanggungjawab kepada Allah dan akhirnya mudah terjebak dalam perangkap dosa yang kadang-kadang menyebabkan remaja hilang jalan kembali.

Oleh itu kembali kepada Allah ialah dengan melakukan taubat. Melakukan taubat mesti ada keikhlasan dan kejujuran pada diri. Keikhlasan yang diikuti untuk tidak mengulanginya lagi bakal memimpin remaja ke jalan yang direda. Dosa remaja dengan dengan remaja lain atau sesama manusia harus diselesaikan sesama manusia dan dosa remaja terhadap Allah harus langsung dengan-Nya.

Remaja yang melakukan taubat dan berazam untuk melakukan kebaikan dan amal yang bermanfaat dalam hidup, ibarat seorang anak yang lahir semula. Sebagai anak yang baru lahir, para remaja hendaklah mendedahkan diri dalam suasana dan persekitaran yang baik supaya kebaikan persekitaran boleh membantu remaja yang kekal dalam kebaikan. Sekiranya berlaku dosa kecil kembali mohon keampunan kepada Allah dan apabila amalan yang baik sebati pada diri remaja, ia akan memberikan rasa kekebalan remaja untuk menghadapi cabaran yang lebih besar. Bertaubatlah sebelum terlambat kerana Allah s.w.t. Maha penerima taubat dari hamba-Nya.

* PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Barisan

Kakak aku beritahu, sesuatu yang dibacanya.

Katanya,

"Di akhirat nanti, setelah dihitung dosa pahala manusia setiap satunya, mereka yang dapat ke syurga akan dibariskan di hadapan mereka yang ditempatkan di neraka. Masing-masing akan menenung wajah masing-masing. Kemudian, kiranya orang yang berbaris di neraka itu terpandang seseorang yang pernah dia buat baik kepadanya dalam barisan ahli syurga itu, dan dia katakan,

'Engkau! Aku pernah beri makan kepada engkau sewaktu kau susah dahulu. Kau ingat?'

Dan berkata ahli syurga itu,

'Ya, ya! Aku ingat'

Maka ditariklah manusia yang dibarisan ahli neraka itu masuk bersamanya dalam barisan ahli syurga."

Subhanallah... Tidakkah kita mahu jadi sebegitu? Diselamatkan daripada azab api neraka dengan kebaikan yang kita pernah lakukan. Maka, lakukanlah kebaikan sebanyak-banyaknya. Berbuat baiklah kepada semua manusia di sekeliling kita. Siapa tahu? Kelak mereka yang akan menyelamatkan kita daripada azab api neraka. InsyaAllah~

Eeeeh??

Jangan buat aku nampak macam tak siuman dan menyedihkan.

Undilah! Bukan lama pun. Kau tekan saja. Tak susah pun.

Malas?

Serius???????????

Haih~

Siapa je yang baca pun blog aku ini?

Ahah.

Aku dah rasa macam orang bodoh.

Wednesday, March 2, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah~

Aku lupa nak tanya nama pegawai JPJ tadi.

Sungguh. Dia baik. Ditunjuk bila masa aku ragu-ragu.

Terima Kasih Ya Allah. Kau makbulkan doa kami(aku dan orang-orang yang mendoakan aku)

Syukur. Alhamdulillah...

Lepas esok aku simpan

Ujian lesen kereta.

Siapa sayang aku tolong doakan ya?

Sungguh. Aku perlu doa yang banyak.

Dan semoga aku redha kiranya aku gagal.

Kerana jika lulus yang terbaik untuk aku, maka aku pasti Allah akan bagi itu.

Dan jika tidak lulus yang terbaik untuk aku, maka itulah yang akan aku peroleh.

Kerana,

Sekiranya Allah makbulkan doa kita, bermakna Dia sayangkan kita.

Sekiranya Allah lambat makbulkan doa kita, bermakna Dia sedang menguji kita.

Dan sekiranya Allah tak makbulkan doa kita, bermakna Dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.

InsyaAllah.

P/s: Ya Allah, aku mohon doa kepada engkau supaya aku LULUS ujian JPJ esok. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang berkuasa ke atas segala sesuatu. Jika Kau kata jadi, maka jadilah.

Bismillahitawakkaltualallah