Wednesday, March 9, 2011

Hakikat yang Pahit

Ada seorang kenalan perempuan aku ini, aku akan gelar dia dengan huruf X. X merupakan seorang wanita moden yang berpakaian agak sendat menampakkan lekuk tubuh perempuannya. Dia menyuakan masalahnya kepada aku berkenaan lelaki yang disukainya. Lelaki itu pada mulanya menunjukkan minat terhadap X ini. Meskipun rupanya tak semegah, lelaki itu berjaya menambat hati X dengan lembut tutur dan manis kata serta perbuatannya. Batas pergaulan mereka tidak dijaga. Hal ini berterusan sehingga sebulan dan hati X sudah benar-benar terpaut kepada lelaki berketurunan jawa itu. Malang bagi X, minat yang lelaki itu tunjukkan hanya sekadar untuk memuaskan nafsu lelakinya sahaja. Lelaki tersebut hanya mahu bergurau senda, berpegang-pegang dan barangkali menatap wajah comel X sahaja. X tidak tahu hal itu. Dia masih naif dan teguh dengan perasaannya terhadap lelaki itu. Suatu hari, disuakan kepadanya bahawa lelaki itu telah mempunyai teman wanita lain di kolej dan wanita itu comel bertudung dan bajunya juga longgar serta terjaga. X tak mahu percaya pada mulanya maka X membuat langkah berani untuk mengakui perasaannya pada lelaki itu dan bertanyakan status dirinya dalam hidup lelaki tersebut. Dalam ketawa, hati X terluka. Dia memberitahu kata-kata lelaki itu mengakui bahawa dia telah mempunyai teman wanita lain dan dia hanya menganggap X sebagai adik(alasan tipikal). Maka terhentilah di situ hubungan mereka yang ibarat 'teman tapi mesra' itu.

Daripada kisah benar ini, dapat kita lihat betapa niat seorang lelaki wajar diragui. Kerana dalam setiap diri manusia punya nafsu. Maka tidak hairan jika lelaki akan memandang wanita tidak bertudung sebelum yang bertudung. Atau perempuan yang seksi dan berpakaian menampakkan bentuk tubuh berbanding yang berjubah. Manusia mempunyai nafsu.

Tetapi, berdasarkan cerita ini kita juga dapat lihat, bahawa apabila mencari calon isteri, lelaki akan beralih pandangan dan mencari wanita-wanita yang sopan pakaian serta akhlaknya. Macam juga dalam cerita khurafat. Lelaki itu tak mahu memperisterikan perempuan yang kaki disko, berpakaian sendat dan tidak elok akhlaknya meskipun sebelum itu DIA yang beriya mahukan perempuan sebegitu sebagai teman wanita.

Maka aku kategorikan di sini, ada dua jenis wanita di MATA LELAKI. Jenis yang boleh dijadikan isteri(B.D.I). Dan wanita yang boleh dijadikan teman wanita(B.D.T.W). Kedua-dua jenis ini KEBANYAKAN masa tak akan tercampur. Lelaki itu akan hanya memilih wanita yang B.D.T.W bilamasa dia mahu berhibur dan bersuka-suka keluar berdua dan berpegangan tangan. Dia tak akan mahu memilih perempuan yang B.D.I untuk melakukan kerja-kerja berunsur kemaksiatan ini kerana jelas sekali wanita tersebut tak akan mahu dan akan memprotes sekerasnya. Tetapi, bilamasa lelaki tersebut mahu berkahwin, dia akan terus berubah arah dan memilih serta mencari perempuan yang B.D.I. Kenapa? Kerana wanita sebegini yang sesuai dan boleh dibawa jumpa ibu bapa. Malah mereka tahu bahawa wanita sebegini boleh menjadi isteri dan ibu yang baik.

Jadi ingin aku ambil kesempatan ini untuk bertanya kepada kaum hawa. Untuk apa sebenarnya kamu berhias dan berpakaian yang tidak mengikut syariat Islam itu? Dan tak perlu tipu diri sendiri. Hakikatnya, wanita berpakaian yang cantik-cantik dan berhias segala bagai dengan make-up di muka semuanya punya niat kecil atau besar untuk menarik perhatian lelaki. Ya. Jika hanya mahu kelihatan kemas dan cantik untuk diri sendiri atau tak mahu dipandang selekeh, perhiasan yang berlebihan amatlah tidak perlu. Malah, bertambah-tambah pula usaha mereka ke arah penampilan yang menarik perhatian dan hebat bilamasa ada temujanji dengan kaum adam. Wahai kaum hawa, kalau kau tak pakai gelang tangan, adakah kau akan nampak buruk dan selekeh? Kalau kau tak pakai make-up, adakah kau akan nampak buruk dan selekeh? Kalau kau tak pakai baju yang menampakkan bentuk tubuh kewanitaan kau, adakah kau akan nampak buruk dan selekeh? Malah, jika kau bertudung dan menutup rambutmu, adakah kau akan nampak buruk dan selekeh? Tidak, tidak dan tidak sama sekali. Jadi KENAPA sebenarnya kau buat semua itu? Jawapannya sangat jelas hanya kepada perempuan yang berani untuk mengakuinya. Hati anda sedang membisikkan jawapan itu. Tapi ego dan nafsu banyak mencantas kebenaran yang hakikat.

Maka kenapa kau bazirkan waktu, tenaga, usaha dan maruah kau hanya untuk menjadi wanita kelas kedua? Yang hanya dimahu bilamasa mahu bersuka? Seperti X, kau akan kecewa tak bersudah. Aku juga kasihan padanya. Tapi, memang begini lelaki. Mereka hanya mahu wanita 'moden' ini pada masa mahu bersuka. Dan bila masa tiba waktu untuk mencari teman hidup, akan bermain dalam fikiran mereka, berapa tidak sesuai untuk dijadikan isteri seorang wanita yang suka akan baju berjenama. Wanita yang suka berhias berlebihan. Wanita yang suka bercakap dengan nada yang sebegitu manja ia dapat menggetarkan iman di dada. Kerana wanita yang sebegini memerlukan bak kata orang putih, 'high maintenance'. Maka, bagi seorang bujang yang baru mahu memulakan hidup berkeluarga dengan poket yang nipis serta hati yang masih ada Islam dan punya impian kecil untuk ke syurga, mereka tak akan berani menanggung risiko mengahwini wanita 'moden' ini.

Aku tulis panjang lebar. Jadi kemungkinan besar orang tak akan dapat apa yang aku nak sampaikan sebenarnya. Aku nak beritahu, dan seru para lelaki dan perempuan di luar sana. Baik perempuan mahupun lelaki, kedua-duanya akan cari suami dan isteri yang beriman. Serius. Kita nak yang satu pakej lengkap. Hati semua orang yang masih ada Islam ini akan secara tak langsung memujuk diri kita mencari suami dan isteri yang boleh bimbing kita ke jalan yang benar. Sebab sedikit atau banyak, percayalah. Tengok dalam hati kita, semua orang pasang impian ke syurga. Maka marilah kita sama-sama betulkan diri sendiri dan menegur orang lain secara berkala dan berhikmah. InsyaAllah... Bahagia.

6 comments:

  1. Terima kasih. Pengakuan kebenaran daripada seorang adam. Apa lagi yang diperlukan untuk membuka mata cik hawa untuk menerima hakikat?

    ReplyDelete
  2. Lelaki mempunyai 9 akal dan satu nafsu manakala perempuan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. Bagi ana, dua-dua pihak salah. Sekiranya si hawa tidak berpakaian yang ketat, maka si lelaki tak mungkin akan bernafsu kerana fikiran mereka yg mengawal untuk menglihatnya. Berkaitan adam yang memilih hawa bertudung litup tetapi pada masa yg sama juga meminati hawa yang seksi. Sedarlah bahawa adam ada 9 akal, oleh itu akal tersebut akan mempergaruhi nafsu dan terjadi la kejadian sprti memilih wanita sopan utk mudah dibwa bjmpa orang tua. Hal ini kerana ada akan mncari 1001 jalan untuk memuaskan nafsunya. Manakala, hawa pula membiarkan nafsu menguasai akal dimana terjadinya kes wanita berpakaian seksi semata-mata utk menarik perhatian lelaki berhidung belang. Sebb itulah wanita dikatakan cetek akal kerana membiarkan nafsu menguasai mereka.
    Wallahualam

    ReplyDelete
  3. encik syawal barangkali tak membaca dengan betul entri saya. Ulasan encik rasanya sudah disebuttkan di atas. Manusia mempunyai nafsu.

    Ya. Jelas sekali hakikat itu. Tapi bukankah kita sendiri sebagai manusia yang perlu MENGAWAL nafsu itu?

    Entri ini membicarakan tentang betapa sia-sianya perhiasan kaum hawa bilamasa ditunjukkan kepada lelaki yang bukan suaminya. Dan betapa kaum hawa perlu berhati-hati dalam meneka keikhlasan para adam.

    Tak semua lelaki macam encik syawal. Kebanyakan manusia susah untuk mengawal nafsu. Saya hanya mengingatkan tentang hukum yang mudah dalam ayat dan kata-kata yang panjang.

    Sebenarnya, hanya satu isi yang ada di sini. Jaga aurat dan soroklah perhiasan anda. :)

    ReplyDelete
  4. Minta maaf kerana mengulangi entri anda di sini.

    Syawal bukan nak tegaskan bahawa manusia ada nafsu, tetapi bagaimana peranan akal untuk mengawal nafsu.

    nafsu mempunyai banyak definisi sperti nafsu untuk makan, untuk belajar, utk bersukan dan sebagainya.akan tetapi, manusia telah salah faham dalam memahami konsep nafsu, disebabkan pemikiran mereka yg tidak mahu berfikir ataupun dangkal.



    Disini hendak menyatakan peranan akal amat penting dalam megawal nafsu tersebut, tetapi alangkah sedinya apabila msyarakat kita membiarkan nafsu menguasai diri.


    like comment :Jaga aurat dan soroklah perhiasan anda. :)

    ReplyDelete

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..