Saturday, March 19, 2011

Ayah aku bukan seorang graduan yang keluar saja keputusan SPM, dapat tawaran ke Universiti dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan sebagainya. Ayah aku, dia ambil sijil. Kemudian diploma. Dan dia bekerja sambil belajar. Masa aku kecil-kecil dulu, ayah aku masuk ke Universiti untuk mendapatkan Ijazah. Maka, hidup kami memang tak mewah. Kami jarang berpeluang jumpa ayah. Rumah yang kami diami itu pun syarikat pekerjaan ayah aku yang beri. Alhamdulillah~ Kami ada bumbung untuk berteduh.

Masa berlalu. Tahun demi tahun. Ayah sudah naik pangkat. Dia dipindahkan ke cawangan di petaling jaya. Pada umur aku menganjak 6 tahun, ayah bawa kami pindah ke kawasan tempat tinggal yang lebih dekat dengan tempat kerja ayah. Masa itu sudah lebih berduit barangkali. Kami sudah mampu bayar sewa sendiri. Malah, rumahnya dua tingkat. Kalau dulu cuma satu. Tapi aku ingat lagi, tandasnya buruk sedikit. Tapi kami tak kisah sebab budak-budak mana fikir tentang semua itu. Pernah sekali aku terjumpa cacing pada lantai tandas. Geli tapi mandi juga. Di rumah itu, aku membesar sehingga darjah 3. Aku masih ingat ayah selalu bawa surat yang mengandungi berita gembira mengatakan bahawa dia telah dinaikkan pangkat. Hidup kami bertambah selesa.

Umur aku menganjak 11 tahun, kami pindah ke suatu kawasan perumahan yang lebih dekat lagi dengan pejabat ayah di petaling jaya. Kalau masa aku 5 tahun dulu ayah hanya kerja sebagai pembantu teknik, sekarang, ayah sudah ada pejabat sendiri. Di sini hidup kami bertambah selesa. Tahun demi tahun berlalu, pangkat ayah juga semakin meninggi. Dek kerana asthma, doktor tidak membenarkan ayah bawa motor pergti dan balik daripada kerja. Sejuk. Kalau ayah balik sewaktu hujan, tangan ayah mesti sejuk macam ais bila aku pegang dan salam. Maka ayah beli sebuah kereta saga 2nd hand yang tak seberapa. Sehingga aku tingkatan 5, gaji ayah saban tahun semakin tinggi.

Dah menganjak ke tingkatan 5, kami pindah lagi. Kali ini ke Seremban. Di sini dapat rumah lot tepi. Ada tanah. Harganya hampir sama dengan rumah tengah di Kuala Lumpur, jadi, aku rasa ianya berbaloi. Kalau diikutkan kronologi hidup aku, kita dapat nampak yang ayah aku bermula daripada bawah. Daripada kerja sebagai pembantu teknik sampai dapat jadi pengurus. Orang-orang yang kenal aku sekarang mungkin rasakan aku jenis bandar. Dan semua nampak kami seperti orang yang berduit.

Jujur aku katakan, kami bukan ada rumah banglo atau kereta Ferrari 2 biji. Tapi, untuk usaha ayah aku yang begitu keras, ku menulis entri ini sebagai satu tanda hormat. Kerana aku dapat lihat bagaimana jauh jurang hidup kami yang dulu dengan sekarang.

Masya Allah.

Melalui ayah aku, Allah mengajar aku sesuatu. Dan Alhamdulillah, Allah bantu keluarga kami agar mampu hidup selesa.


No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..