Saturday, March 5, 2011

Baitul Firdaus

Bagi yang dah bekerja atau berduit, aku mohon. Kiranya mahukan pahala, kau bantulah mereka yang memerlukan ini. Sungguh.. Aku cukup terharu. Tapi apakan daya? Aku cuma pelajar yang makan pakaiku juga masih ditanggung mak dan ayah.

Kau tak perlu beri sampai ribu-ribu atau juta-juta. Cukup sekadar menaja Rm200 sebulan. Aku pasti mereka sudah cukup gembira.

InsyaAllah, ikhlas pemberian itu akan menjadi batu loncatan membantu kau di akhirat kelak.

Fikirkanlah. Hanya sedikit yang kita beri, mampu mengukir senyuman di wajah ramai manusia lain. Apakah kita tidak mahu jadi punca kegembiraan manusia lain?

Cuba bayangkan, katakanlah kau menaja sekampit beras setiap bulan. Berapa harga sekampit beras? Lebih kurang RM30. Dan berapa ramai yang dapat makan daripada sekampit beras ini? Ramai kan? Malah, untuk berhari-hari.

Rumah baitul firdaus ini bukan sahaja menempatkan anak-anak yatim yang tak pernah dapat kasih sayang ibu bapa, yang mak mereka tak sempat nak pukul bila mereka nakal. Yang ayah mereka tak sempat nak tengok keputusan ujian mereka yang memberangsangkan. Yang ibu bapa mereka tak sempat nak peluk cium mereka pada hari raya. Tapi rumah ini juga menempatkan fakir-fakir miskin dan ibu-ibu tunggal yang tak punya kemampuan.

Maka aku seru kalian. Siapa yang mampu. Bantulah mereka. InsyaAllah, kebaikan ini akan dibalas dengan pahala yang dapat membantu kalian di akhirat kelak.

Sesungguhnya, selagi derma itu bermanfaat ke atas orang yang kau dermakan sesuatu itu, selagi itu pahala akan mengalir dalam tabung kamu. Tidakkah kita mahu?


8 comments:

  1. boleh. kalau awak masuk kategori itulah. ;)

    ReplyDelete
  2. tapi nak guna duit utk tujuan lain. bkn seprti yg dinyatakan di ats... boleh gak ka?, hahaha

    ReplyDelete
  3. ahah. dahulukan mereka yang memerlukan lah.

    ReplyDelete
  4. kalau nak kawen baitul firdaus leh bagi bantuan tak.? hahaha

    ReplyDelete
  5. hahaha. cari kerja sendiri la. takkanlah semua nak harap kat orang. kalau tak ada kemampuan, tak usah lah kahwin. Melainkan dah terdesak lah.

    Ini pusat bantuan untuk beri makan, tempat berteduh dan didikan agama semua. Encik syawal pergi web dia ya?

    ReplyDelete
  6. haha, pandainyer.. saja test ja.. hahaha, dh tgk web dia mengenai perlindungan utk saudara islam, bagus kalau ada baitul mal ini dpt membantu org di dalam kesusahan.. haha

    ReplyDelete
  7. :)

    dermalah bila encik syawal dah kerja nanti ya?

    ReplyDelete

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..