Saturday, March 12, 2011

Alladin dan Lampu Ajaib

Tajuk entri macam tajuk buku cerita kanak-kanak kan? Aku pasti ramai yang tahu mengenai cerita Alladin di mana bila digosok lampu ajaibnya, akan keluar satu makhluk yang mampu memakbulkan 3 permintaannya.

Aku tak teruja.

Dan aku tak harap diketemukan dengan lampu ajaib sebegitu rupa. Kenapa? Sebab aku ada medium dan cara lebih berkesan dan efektif daripada lampu ajaib itu.

Lampu ajaib Alladin boleh dicuri dan macam-macam hal lain boleh berlaku hingga membantutkan 3 permintaanya.

Dan lagi, 3 sahaja. Hanya 3 permintaan yang boleh diminta.

Apa barang 3 je.

Aku tak teruja. Sungguh tidak. Kenapa? Kerana... aku ada Allah. Tuhan yang MAHA berkuasa ke atas segala sesuatu. Dan Dia menjanjikan sesuatu yang berbunyi seperti ini,

Bersabda Rosulullah SAW :
“ Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat ( waktu. ). Seandainya seorang Muslim meminta suatu kebaikan didunia maupun diakhirat kepada Allah SWT, niscaya Allah SWT akan memberinya. Dan itu berlaku setiap malam.” ( HR Muslim )

Nabi SAW bersabda lagi :
“Pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun ( ke langit dunia ) ketika tinggal sepertiga malam yang akhir. Ia berfirman : “ Barang siapa yang menyeru-Ku, akan Aku perkenankan seruannya. Barang siapa yang meminta kepada-Ku, Aku perkenankan permintaanya. Dan barang siapa meminta ampunan kepada-Ku, Aku ampuni dia.” ( HR Bukhari dan Muslim )

Subhanallah...


Mudah bukan? Kau tak perlu merisikokan nyawa kau untuk mencari harta karun bagi mendapatkan 3 permintaan. Allah menjanjikan seberapa banyak pun yang kau minta. Apa yang kita perlu lakukan, hanyalah meminta pada 1/3 malam iaitu daripada pukul 3-5 pagi. Sebaik-baiknya kau mintakan dengan doa dalam tahajud. InsyaAllah, akan dimakbulkan.


Dan janji siapa yang lebih wajar kau percaya jika bukan janji pencipta kita sendiri? Allah maha berkuasa terhadap segala sesuatu. Dia mengetahui apa yang di belakang dan di depan kamu. Dan yang paling penting, Dia sayang kepada kita lebih daripada sayangnya kita terhadap diri sendiri.


Maka, perlukah lampu ajaib yang hanya boleh memakbulkan 3 permintaan sedangkan kita punya Allah yang mampu memakbulkan setiap satu daripada permintaan kita? Seribu pun seribulah. InsyaAllah, kiranya Allah kata jadi maka jadilah. Malah, tiada apa yang boleh menghalang ketentuan itu kiranya telah Allah sebutkan.


Kita ada lampu ajaib sendiri, tapi kita tak sedar. Sejadah kau itu. Itulah kau punya 'magic carpet'. Subhanallah... Tidakkah kita mahu untuk permintaan kita di makbulkan?? Maka aku seru kalian. Tak usahlah berharap kau akan ketemu lampu ajaib kerana kau punya sesuatu yang lebih hebat daripada itu - kau ada sepasang tangan. Dua tapak tangan yang bila ditadah doanya, insyaAllah akan makbul. InsyaAllah...


Islam itu indah. Sangat indah... Cuma kadangkala, kita yang buta untuk melihat keindahannya.

2 comments:

  1. Ada perasan tak bahawa cerita Aladin sebenarnya agenda musuh Islam untuk menracuni pemikiran kanak-kanak bahawa Islam itu Agama peperangan, banyak sihir, dan kolot. Sebagai contoh watak Jin sbagai ketua sihir, askar yang berserban sbgai orang jahat dlm crta itu.

    ReplyDelete
  2. Ada... saya tahu. Tapi apa yang saya ketengahkan di sini bukan itu.

    Kita ketepikan yang lagi satu itu dulu. Nanti buat entri baru ke.. ;)

    ReplyDelete

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..