Friday, August 14, 2009

Perkhemahan Di Bukit Cerakah

Ya! Atas permintaan Kak Lisa, Fasilitator untuk kumpulan aku, Aku tulis juga tentang kem.

Mulanya, kami bertolak daripada sekolah. Aku isi perut dulu dengan nasi lemak sekolah. Lapar! Disebabkan perut aku meragam, dan aku TERpaksalah pula nak melayan kerenahnya, aku tak terasa sangat bas kami sampai lewat 30minit.

Dalam bas kecoh. Dengan mulut En.Imran yang tak berhenti dan para rakan di belakang yang pok pek pok pek. Akhirnya, kami sampai juga.

Sampai-sampai, terus tangkap gambar. Kami jakun. Dah pula tu. Ada kolam renang di tengah-tengah hutan. Pelik tapi benar.

Bla bla bla... Dah masuk hari kedua

"saya sedia, saya sedia" bak kata span kuning di tv9. Aku tahu aktiviti hari ini lasak dan padat. Justeru, aku bersedia. Malang sekali bagi aku, ia tak selasak yang aku sangka. Cumanya, aku bersyukur tak ada lintah yang datang hinggap di ketiak aku seperti En.Wong Jien kita. Haha. Aku paling suka jatuh diri. Ia menguji kepercayaan kita terhadap ahli kumpulan yang lain. (Aku dahlah berat) Tapi kasihan kumpulan kami, ada seorang budak tu tak percaya kepada kami. Habis markah hilang. Tak apalah. Nak buat macam mana kan?

Selesai semuanya, kami dibenarkan mandi. Mana taknya. Dengan lumpur dan entah apa yang berlumuran di badan. Maunya tak mandi!

Malam itu, kami buat acara kembara minda dan kembara malam. Kembara minda sangat, sangat, sangatlah menyeronokkan. Mana tidak, kami dapat ikat Abang Syaheer yang kerek yang amat pagi itu pada tiang. Oh! Kepuasan. Kembara malam tidak berapa seronok kerana aku jarang-jarang diganggu. Usai kembara malam, kami disuruh berbaring di bawah cahaya bulan sementara menanti rakan-rakan yang lain. Romantis! Aku berbaring bersebelahan dengan En.Munir (hilang terus suasana romantik tadi). Kami bersembang. Akhirnya, guruh pun sudah mulai bernyanyi. Bimbangkan kilat, kami disuruh tidur di dewan. Aku dan beberapa rakanku tidak tidur, kami bersembang. Sehinggalah kami disuruh balik semula ke khemah.

Sembang, sembang, sembang, tertidur... Hari terakhir sudah...

Seronoknya~ Bangun pagi, solat, tak mandi, kami terus disuruh buat tarian yang aku paaaaaaling suka. POCO-POCO! Kami apa lagi, bila diminta naik atas pentas, laju! Selesai menari, penat, minum-minum, makan-makan(lupa pula, lauk dia memang SEDAP! Jilat-jilat jari aku dibuatnya. Kalau orang ejek, cakap, SUNNAH...haha) Aktiviti akhir kami, dapat mandi kolam renang!! Seronok sangat. Tapi, ramai pula yang memberi cuti sakit kepada tudung mereka. Tak terkata aku dibuatnya. Alahai...

Selesai mandi, sudah wangi-wangi, kami buat persembahan yang sememangnya hampeh. Hoo sana Haa sini. Semua ternganga je. Apa-apapun, semua seronok. Kami salam-salam, cium-cium, semua-semua lah. Ada yang menangis, ada yang minta nombor, e-mail dan myspace. Aku? satu pun aku tak buat. Tak apa, nanti cari saja di laman kawan.

Tak lupa pada Abah/Atok. Saaaaaayang sangat. Semoga kita jumpa lagi. Paling penting, aku nak juga jadi ahli ACR lepas habis SPM! ^^

2 comments:

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..