Wednesday, August 22, 2012

Kahwin

Kahwin bukan perkara main-main. Bukan bila kau rasa, "Oh, aku suka dia." atau "Oh,dia ada ciri-ciri suami/isteri mithali" dan "Oh,wajah dia sangat menyejukkan jiwa".

Kahwin bukan satu status yang kau letak di Facebook. Kejap 'in a relationship' 5 minit kemudian, 'it's complicated'.

Kahwin bukan bila kau rasa nak bayi sendiri. Pegang-pegang anak sedara comel. Main-main sekejap. Dan kemudiannya sms, "Sayang, kita kahwin nak?".

Kahwin ni bukan perkara main-main.

Dah terlalu banyak perkahwinan yang ada di sekeliling aku, hampir roboh. Ada yang dah roboh. Dan yang masih kekal, nampak tak bahagia. Kenapa?

Aku, bila sebut tentang kahwin, mengaku bahawa aku masih belum sedia. Nak uruskan diri sendiri pun masih tak betul, inikan lagi sebuah keluarga.

Bila kahwin, pasangan yang kau cari mesti diambil kira bahawa DIA akan menjadi ibu/bapa kepada anak-anak kau. Ajar mereka solat. Ajar mengaji. Ajar kenal Tuhan. Ajar ABC. Ajar macam-macam lagi. Kiranya dia sendiri tak ada ilmu yang sedemikian, macam mana kau fikir dia akan jadi teman sejati kau?

Bila kahwin, bukan keserasian sama ada dia boleh pujuk kau masa merajuk yang perlu diambil kira tapi sama ada dia akan bawa kau ke Syurga atau sebaliknya. Macam mana kau nak bercinta dengan dia dunia akhirat kalau solat pun dia tak pernah peduli.

Kahwin bukan perkara main-main. Jangan pernah ingat ia macam waktu kau bercinta-cinta boleh 'clash' lepas tu sambung balik. Bila dah tak serasi, cari orang lain. Bila merajuk, tak balas sms dan panggilan telefon. Kahwin itu realiti.

Marriage is not simply a state of being nor is it merely a status. It is a full on commitment. If you were to get away from it, there will be consequences.