Thursday, September 16, 2010

Tiada ternama

Aku bukan orang kenamaan.

Megahnya tiada.

Hanya kata-kata kosong yang ibaratnya tin.

Terpelanting kala ditendang.

Wednesday, September 1, 2010

Hubungan berpasangan

Aku akan elakkan menulis tajuk sebelum entri. Kerana normalnya, tajuk akan menjadi tidak seiring isi.

Bukan kerana jiwang aku menulis ini. Ok, mugkin ada sedikit.

Sudah, mari mula.

Kenapa budak-budak muda tanpa mengira berapa umurnya(asalkan rasa dirinya muda), gemar bercinta tanpa hala tuju yang jelas?

Bila ditanya, "Apa kau yakin kau mahu dia dan hanya dia sebagai suami/isterimu kelak?"

Jawapannya hanya dengan gerak bahu. "Entah", kata mereka.

Jika kita lihat ini, ramai antara kamu-kamu bercinta hanya untuk bersuka. Kerana manusia memang punya rasa ingin disayangi, diambil berat, dihargai dan bermacam lain.

Maka kekosongan yang dirasa itu diisi dengan hubungan yang tidak halal. Keluar berdua, berpegangan tangan, berjalan seiringan hingga berlaga bahu dengan bahu, bertepuk tampar dengan berlapik kononnya, dan saling merasakan gemuruh tatkala ingin bertemu. Walhal, masing-masing tahu bahawa tiada hasratpun untuk hidup bersama-sama. Hanya 'test-drive'...

Dan aku selalu juga berhasrat bertanya kepada siapa-siapa yang ingin menjadikan aku pasangan 'test-drive'nya. "Apa kau ingin menjadikan aku pasangan hidup kamu?".

Dan aku pasti, jawapannya adalah, "Errrr...", "Hanya Tuhan yang menentukan" dan bermacam lagi alasan.

Jadi kenapa mahukan aku pada awalnya? Apa yang akan kau dapatpun? Apa kau dapat belikan aku hadiah? Kau dapat berjalan seiring dengan aku? Kau dapat berbual manja sama aku? Kau dapat isytihar pada dunia aku milik kau? Apa?? Apa sebenarnya yang akan kau peroleh?

Sesungguhnya tiada apa yang elok dapat diperoleh daripada suatu hubungan seperti itu. Lebih-lebih lagi yang tidak halal. Kerana rasa kimia dalam badan tatkala kau dengar namamu dipanggil sayang itu hanya rasa yang kekal untuk 5 saat cuma. Dan rasa kimia yang kau rasa bilamasa bersentuhan kulit mahupun tidak itu hanya memberi kau murka-Nya sahaja.

Jadi beritahu aku, berbaloikah kau bazirkan waktu dan maruah kau hanya untuk di 'test-drive'?

Dan dengar ini wahai kaum hawa. Jika lelaki itu benar ikhlas mahu memperisterikan kamu, sudah tentu dia menggagahkan diri melangkah ke rumah kamu, meminta untuk diikat tali pertunangan.

Dan jikalau dia benar-benar sayangkan kamu sepenuh hati, maka tidak akan diusik kamu walaupun sedikit kerana enggan orang yang disayanginya dimurkai oleh Tuhan.

Justeru, tanya diri kamu. Apa dia yang berdiri di sebelah kamu. Yang setiap pagi petang siang dan malam memberi pesanan ringkas kepadamu. Yang tekun memberi hadiah setiap kali tiba harijadi kamu itu benar-benar ikhlas, atau cuma 'test-drive'?

Sesungguhnya, lelaki memang suka 'test-drive' kereta. Tapi jarang-jarang membeli kereta yang di'test-drive' itu. Hanya mahu merasa.

Tepuk dada, tanya selera.

Assalamualaikum.