Sunday, August 16, 2009

Dah kata fesyen~

Fesyen-fesyen zaman sekarang ini(konon aku duduk zaman dulu la) macam-macam jenis. Yang londeh, yang singkat, yang menggelebeh, yang ketat. Tak payah cakap, sendiri tahu...

Marcapada ini(cewahh~),banyak sangat orang yang mahu ikut trend terkini. Apa kejadahnya?? Bila ikut fesyen itu tak adalah banyak sangat salahnya(kalau anda lelaki!) sebabnya, kebanyakan fesyen sekarang ni, seolah-olah menutup aurat tapi hakikatnya tidak.

Tak percaya? Lihat semula baju-baju dalam almari tu. Cuba pakai. Cuba sarung. Anda rasa ia melekat pada tubuh? Ia tak tergantung begitu sahaja bukan? Tentu sekali ia melekap dan singkat barangkali. Lagi satu, aku dah kerap sangat tengok, disebabkan mereka naaaaaak sangat baju yang berlengan pendek tu, mereka pilih untuk pakai itu yang kita panggil Camisole dan handsocks. Masalahnya di sini satu saja. Camisole dan handsocks anda tu melekat pada lengan menampakkan bentuk sebenar-benar lengan anda yang sebatang itu~ Jadinya, serupa seperti anda cat lengan anda dengan warna. Alahai~

Lebih teruk, yang biar saja kulit mereka kelihatan dengan baju berlengan pendek. Macam mana lah~

Tak kurang juga yang pakai tudung, selimpang pada bahu terus. Nampaklah harta berharga anda itu untuk tatapan umum. Tak rasa aneh? Yang pakai tudung indon pun ada juga. Kalau tudung indon yang labug-labuh itu, aku tak kisah sangat. Tapi, yang pendek-pendek setakat tutup leher saja ni. Parah-parah... Lebih-lebih lagi yang harta berharga tu teramatlah jelas kelihatan. Untunglah mata-mata nakal yang melihat. (Untung ke hapa, dosa lagi adalah) Adus~

Paling memeranjatkan aku, baru-baru ini(itu pasallah aku tulis catatan kali ini) waktu jalan-jalan dalam laman 'ruangan aku'(itu yang kamu orang panggil myspace), aku terlihat gambar seorang kawan lama. Aku kenal dia, dia sama-sama dulu sepak-sepak , tumbuk-tumbuk dengan aku(taekwondo lah~)

Dia pakai......Skirt pendek. Nyaris ternganga jugalah mulut aku depan skrin. Dah lah tu, bangga pula letak gambar jadi gambar utama. MasyaAllah~

Aku punyalah malu nak mengaku kawan. Lantas, aku terus buang dia daripada ruang kawan aku. Iyalah, dia melayu. Islam lagi... Aku jadi sedih bila tengok dia tanpa segan silu bergaya di tangga shopping kompleks yang agak ternama tu. Kalau aku berani, dah aku baling-baling selipar sambil Boooo pada dia. (KALAU aku berani) Jahat pula rasanya. Huuu~

Hari itu, ada satu majlis di sekolah aku, ramai juga lah perempuan-perempuan yang tak segan silu bagi cuti pada tudung mereka. Al-maklumlah~ Special event~

Aku sedang lepak dengan kawan-kawan aku, tiba-tiba terkesima mendengar ulasan pedas seorang kawan sekelas aku, LELAKI yang sepatutnya pendiam. Katanya, "...Diorang perasan diorang cantik bila buka tudung..." Ades~ Pedas tuuuu...

Ha, jadi aku nak kau orang fikir sendiri. Cantik ke bila buka tudung? Kenapa bila dah pakai nak buka-buka pula? Ulasan itu datang daripada mulut seorang lelaki ya? Bukan mulut aku. Itu pandangan ikhlas dia. Jadi, anda tak rasa merah muka bila ada seorang lelaki cakap macam tu? Cuba dia cakap terus pada muka anda? Terus tak tahu mana nak letak muka nanti.

Lepas dah malu tu, mulalah, mencarut-carut dalam laman-laman web. Marah-marah, maki-maki lelaki yang terlebih berani tu. Alahai~

Yang lelaki pula, jangan nak senyum-senyum. Sendiri pun kena ingat. Seluar yang pendek-pendek yang amat itu, tolong pakai di dalam saja ya? Tak pun, bakar. Jangan lupa pada seluar pendek bermuda yang tengah HOT sekarang ni. Wujudkanlah sedikit rasa malu. Kalau anda TERsilap duduk, nampaklah benda-benda yang tak wajar dilihat. Anda mahu? Fikirlah. Aurat anda itu sedikiiiit amat. Tutuplah sebaik-baiknya. Bukannya susah...

Aku yang sendiri cakap ni, sedar. Aurat aku pun tak tutup sesempurna mana. Tapi, ini kan blog aku. Aku nak tulis apa, aku punya pasallah! Lagipun, aku saja nak muntahkan pendapat. Aku tak minta kau orang baca. Tapi kau orang sendiri yang pilih untuk baca. Jadi,

LU FIKIR LAH SENDIRI! Assalamualaikum (tiru Nabil Raja Lawak pula, Alahai~)

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..