Tuesday, October 27, 2009

Seni carutan

Carutan ialah suatu perbuatan atau perkataan yang kita gunakan bagi menggambarkan sebuah perasaan yang melampau. :)

Monday, October 26, 2009

Ya aku setuju itu. Kau?

Aku mahu satu tempat, aku boleh caci maki siapa-siapa aku suka.
Boleh perasan aku bagus sangat kononnya.

Ah, *tooooot* (censored)
Rasa macam nak carut aja.

Oops...maaf. Tak boleh itu. Sebab mulut ini bukan aku yang punya.

Nanti Dia cabut biar aku tak boleh bersuara lagi. Tak ke merana?
Kalau Dia patah jari aku takberi aku tulis lagi. Tak ke derita?

Hoi, jaga carut-carut mulut. Jangan terlebih-lebih.
Kalau jadi dua yang di atas itu. Mahu?

Aku tak suka kawan aku baca blog.
Sebab itu aku lahirkan yang ini.

*senyum
*sinis

Monday, October 19, 2009

Segera maju

Dan aku masih menapak pada petak yang sama. Tak maju. Tak juga mundur. Oh, tidak. Barangkali aku mundur. Jika semua di sekelilingku berjalan. Dan apabila situasi ini terjadi. Aku semakin mundur. Aku tak mahu...

Kerana hidup ini hanya sekali. Kalau aku mundur balik pada petak satu. Maka sia-sialah perjalananku selama ini.

Hanya keletihan yang tersisa.

Dan sebenarnya

Semua manusia hipokrit.

Sunday, October 18, 2009

Istilah baru

Masa itu nyawa.

Kerana ia tak terbeli oleh wang.

Tidak seperti emas...

Istilah ini, hasil pemikiran Zul Fikri. =)

Saturday, October 17, 2009

Sayang emas. Maafkan aku.

Emas! Tunggu aku! Aku tak mahu kamu-kamu tinggal aku lagi. Detik-detik kakimu aku rindu. Amat-amat rindu. Jangan tinggal aku lagi. Aku tak mahu sendiri.

Friday, October 16, 2009

Batalkan saja

Kenapa aku suka mulakan ayat aku dengan 'dan'.

Dan aku pun terfikir untuk membatalkan akaun laman web sosial aku. (sedikit ilmu untuk ditelan anda-anda : akaun berasal daripada perkataan suatu bahasa yang sudah aku lupakan bermaksud CERITA)

Laman web sosial. Yang jelas sekali penuh dengan wajah-wajah hipokrit. Wajah-wajah yang gah dengan foto utama mereka. Senyum-senyum yang benar tidak ikhlas, hanya untuk tampak kan kecomelan, kekacakan, dan keayuan wajah mereka.

Dan bimbang aku dalam hati, "Emas-emas yang sudah lari membuat aku semakin lemah dan terpengaruh dengan golongan ini, Aku tak mahu berakhir menjadi seperti mereka-mereka itu.

Aku fikirkan cara terbaik untuk lari daripada pengaruh-pengaruh itu.

Batal. Ya, batalkan saja akaun aku di situ. Dan sememangnya sejak aku mula kenali blogger, ia sudah jadi kegemaran aku.

Biarlah orang ambil tahu tentang aku melalui blogger saja. Tak boleh begitu?

Ah...merapu...

Sunday, October 11, 2009

Masa itu emas. Aku tak sayang emas...

60 minit pun berlalu. Laju... Dan aku yang masih berguling-guling di atas tilam memutarkan mindaku sepantas halilintar. Bingung, ke mana perginya emas-emas itu. Apa yang telah aku lakukan dengannya?

Buang-buang. Dan emas-emas itu masih lagi berlari. Dengan kaki yang berdetik-detik sepanjang perjalanannya. Aku yang sakit kepala. Barangkali kerana cuaca. Masih lagi berguling-guling atas tilam itu. Fikir, kenapa aku guling-guling atas tilam ini? Panas tubuhku masih belum pergi.

Tiba-tiba hati merindui untuk memberi pengumuman pada dunia rasaku ini. Kalaulah boleh terus tercatat apa yang aku terfikir terus di dalam blog ini. Tapi malang. Realiti tak begitu. Dan jari ini tetap perlu digerakkan. Menaip setiap butir perkataan.

Satu sen terakhir aku pun dibuang hanya untuk memberitahu teman baik, keadaan kesihatan aku. Dan walau telah diumumkan pada dunia rasa ini. Ia masih ada. Tetap teman aku sambil tenung emas-emas yang berlari itu...

Friday, October 9, 2009

Dan bila tajuknya begitu menarik perhatian

Maka terpedayalah aku. Setelah internet yang berjalan dengan nada lagu Negaraku ini aku risikokan untuk membaca blog yang lihatnya seperti begitu menarik.

Hampa...

Dan isi laman itu tidak sehebat tajuknya. Aku tertanya-tanya bagaimana terjadinya itu.

Pisang Salai

Kutuk aku. Tapi aku tak pandai makan ini. Bukannya tangan tak reti menyuap ke mulut. Mulut tak tahu mengunyah menggigit. Tapi sungguh. Aku tak suka makan ini. Dan pada hari ini, baru pertama kali aku rasainya. Konon aku terlalu bandar. Pisang salai itu apa rupa dan rasanya pun tak tahu. Oh...malu~

Sensasi asap yang halus merayap dalam segenap ruang mulut ini. Ke tekak, hidung, dan ada yang berjaya sampai ke kepala. Membuat aku sedikit tidak selesa di situ. Dan bau asap itu juga tidak membantu melega rasa tekak aku yang bagai mahu mengeluarkan bahan asing itu. Namun ku tahan juga. Aku telan juga. Kerana tak sampai hati untuk mensia-siakan Cikgu yang penat membawa pisang salai itu melancong sampai ke sini.

Akhirnya, telah aku punya pengalaman baru. Tapi, aku juga dapat tahu. Sedangkan pisang salai pun aku tak suka. Tak dapat aku bayangkan sensasi merokok. Urgh~ Tak suka, tak suka, tak suka.

Amaran daripada jabatan kesihatan
JAUHI ROKOK. ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Nasihat daripada aku
MAKANLAH PISANG SALAI JIKA ANDA SUKA MEROKOK. PASTI NAK LAGI.

sekian

Thursday, October 8, 2009

Entah

Aku juga marah dengan diri aku. Suka benar akan kemenangan. Dan bila yang ego itu tumpas, lebih memuaskan. Ah, bagai mainan anak-anak kecil. Bila mahu matang?

Sudah, aku tak mahu peduli kamu. Dan semalam, bukan sengaja aku untuk berhenti di situ. Cumanya, elektronik ini yang rosak. Barangkali, tak mahu kita memanjangkan lagi situasi yang tak akan ke mana itu.

Ya, aku sering tertarik untuk mengenali orang yang sinis seperti kamu. Tapi, sedar aku hari ini. Kamu pun seperti yang lainnya juga. Cuma manusia yang petah berbicara. Tiada lainnya...

Monday, October 5, 2009

Kau persetankan dunia ini

Perut aku mulai rasa kurang selesa. Sambil telinga memperdengarkan kebenaran yang tak mampu aku ubah. Rasuah... Satu perkataan yang merosak. Amat merosakkan. Tapi siapa aku untuk mencegah? Aku hanya mampu menahan mual di perut tatkala yang lebih tua membincangkan keadaan pemimpinan. Dan segala yang buat telinga aku menjadi sakit untuk mendengar. Dan lelaki-lelaki yang telah mempersetankan dunia ini.

Dalam rahsia mereka berbuat perkara yang benar kontra dengan apa yang mereka perjuangkan. Bodohlah mereka andai berfikir perbuatan itu tak kelihatan. Sedangkan Dia Maha Mengetahui. Dan mulut-mulut jalanan juga berbicara. Dan mata-mata tepian juga melihat. Mana lagi boleh mereka sorok?

Ijazah dan sijil menjadi bukti kebijaksanaan lelaki-lelaki itu. Tapi hakikatnya, mereka lebih bodoh. Dan gulungan kertas itu, tidak lain melainkan kertas semata...

Sunday, October 4, 2009

Pada suatu malam hari....

Tak perlu cerita asal usul budak ini. Tak perlu cerita mengapa aku begitu meluat budak ini. Mari kita terus kepada menyalahkan ibunya.

Kisah sang ibu:

Dia, begitu tegas kepada anaknya yang pertama. Begitu bangga dengan kelulusannya. Begitu... Begitulah pandangan aku terhadapnya.

Anaknya yang pertama, ibunya buat anaknya kelihatan seperti bijak benar. Akhirnya, keputusan peperiksaan tak semegah. Malu si ibu. Namun, dia baik. Sopan santun. Aku tak punya masalah dengan dia ini. Ikut perangai ayahnya barangkali. Kerana dia selalunya dengan si ayah.

Anaknya yang kedua, selalunya dia dengan si ibu. Gemar coklat. Kini dia sudah berisi. Sombong pula, tak cuba bermesra dengan kami. Dia juga tak tahu apa itu adab. Tak tahu malu. Sungguh, belum pernah aku jumpa orang seperti dia. Lagaknya tidak seperti pandai pun. Dan memang begitu juga realitinya... (jahat betul aku)

Anaknya yang ketiga, Inilah dia tujuan sebenar aku mengarang entri ini. Dia, budak hingusan lagi. Tapi lagaknya seperti bos. Mengada-ngada. Sangat suka memberi arahan. Semuanya juga mesti ikut cara dia. Dia ini tak tahu malu. Barangkali kerana terlalu dimanja, anak terakhirlah katanya... Dia kurangajar. Tak seperti anak pertama. Anak kedua juga tidak sekurangajar dia. Aku tak suka budak ini. Langsung tak punya adab. Cerita kelakarnya adalah, ibunya tak kisah anaknya sedemikian. Dibiarkan saja. Dan tidak suka pula bila orang lain membantah kata anaknya yang memang kurangajar itu. Katanya, kanak-kanak itu masih mentah.

Kasihan...

Aku tak suka budak kurangajar. Harap dia berubah bila besar...

Mari, jangan mari...

Aku gemar tinggalkan tapak kaki di tempat orang. Aku panggil itu hobi. Mungkin juga kebiasaan. Aku mahu kamu jejak aku. Dan barangkali, aku dapat kenal orang baru. Latar belakang yang benar kontra dengan diri aku. Kemudian, tambah pengalaman...

Aku gemar tulis puisi, baca puisi. Dan ada waktu di mana aku mula menulis dengan rancaknya. Ayat hiperbolanya. Dan tiba-tiba, tersekat. Aku tak mampu menamatkannya.

Dan ada waktu, aku fikir, aku mahu kahwin dengan siapa yang dapat memberi penamatan cantik kepada puisi itu. Penamatan yang benar-benar sejiwa dengan aku..

Aku masih mencari..