60 minit pun berlalu. Laju... Dan aku yang masih berguling-guling di atas tilam memutarkan mindaku sepantas halilintar. Bingung, ke mana perginya emas-emas itu. Apa yang telah aku lakukan dengannya?
Buang-buang. Dan emas-emas itu masih lagi berlari. Dengan kaki yang berdetik-detik sepanjang perjalanannya. Aku yang sakit kepala. Barangkali kerana cuaca. Masih lagi berguling-guling atas tilam itu. Fikir, kenapa aku guling-guling atas tilam ini? Panas tubuhku masih belum pergi.
Tiba-tiba hati merindui untuk memberi pengumuman pada dunia rasaku ini. Kalaulah boleh terus tercatat apa yang aku terfikir terus di dalam blog ini. Tapi malang. Realiti tak begitu. Dan jari ini tetap perlu digerakkan. Menaip setiap butir perkataan.
Satu sen terakhir aku pun dibuang hanya untuk memberitahu teman baik, keadaan kesihatan aku. Dan walau telah diumumkan pada dunia rasa ini. Ia masih ada. Tetap teman aku sambil tenung emas-emas yang berlari itu...
Sunday, October 11, 2009
4 comments:
Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice one. ;)
ReplyDeleteterima kasih. =)
ReplyDeletecairkan saja emas-emas itu, sadurkan pada apa sahaja, pisang salai pun pasti bernilai.
ReplyDeletelelongkan tilam buat membeli kafan, pasti terasa empuknya tilam
1sen berharga bukan kerana dunia
panadol terlalu cemburu kepada sakit
=)
ReplyDeletedan sy masih mencuba
kerana untuk melawan goda berguling di atas tilam
lbih sukar di buat drpd dkata...