Friday, October 9, 2009

Pisang Salai

Kutuk aku. Tapi aku tak pandai makan ini. Bukannya tangan tak reti menyuap ke mulut. Mulut tak tahu mengunyah menggigit. Tapi sungguh. Aku tak suka makan ini. Dan pada hari ini, baru pertama kali aku rasainya. Konon aku terlalu bandar. Pisang salai itu apa rupa dan rasanya pun tak tahu. Oh...malu~

Sensasi asap yang halus merayap dalam segenap ruang mulut ini. Ke tekak, hidung, dan ada yang berjaya sampai ke kepala. Membuat aku sedikit tidak selesa di situ. Dan bau asap itu juga tidak membantu melega rasa tekak aku yang bagai mahu mengeluarkan bahan asing itu. Namun ku tahan juga. Aku telan juga. Kerana tak sampai hati untuk mensia-siakan Cikgu yang penat membawa pisang salai itu melancong sampai ke sini.

Akhirnya, telah aku punya pengalaman baru. Tapi, aku juga dapat tahu. Sedangkan pisang salai pun aku tak suka. Tak dapat aku bayangkan sensasi merokok. Urgh~ Tak suka, tak suka, tak suka.

Amaran daripada jabatan kesihatan
JAUHI ROKOK. ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Nasihat daripada aku
MAKANLAH PISANG SALAI JIKA ANDA SUKA MEROKOK. PASTI NAK LAGI.

sekian

4 comments:

  1. daun tembakau dengan daun pisang? jauh beza..

    sensasi merokok? tak terfikir..

    ReplyDelete
  2. bukan daun pisang en. arif.

    pisang salai yang
    barangkali pernah singgah ke mulut encik.
    rasanya lain.

    tp pisang salai yg saya makan tadi.
    rasanya hampir kpd rokok. cumanya, asapnya tidak setebal asap tembakau yang boleh dilihat mata kasar.

    kalau belum cuba, silakan.

    ReplyDelete
  3. oh.. bukan dalam lipatan daun pisang ke pisang tersebut?

    saya tak makan pisang..

    ReplyDelete
  4. kalau awak makan tembakau,

    pisang salai ini patut menjadi pengganti ketagihan itu.

    sama.

    p/s:saya tak makan tembakau

    ReplyDelete

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..