Sunday, October 4, 2009

Mari, jangan mari...

Aku gemar tinggalkan tapak kaki di tempat orang. Aku panggil itu hobi. Mungkin juga kebiasaan. Aku mahu kamu jejak aku. Dan barangkali, aku dapat kenal orang baru. Latar belakang yang benar kontra dengan diri aku. Kemudian, tambah pengalaman...

Aku gemar tulis puisi, baca puisi. Dan ada waktu di mana aku mula menulis dengan rancaknya. Ayat hiperbolanya. Dan tiba-tiba, tersekat. Aku tak mampu menamatkannya.

Dan ada waktu, aku fikir, aku mahu kahwin dengan siapa yang dapat memberi penamatan cantik kepada puisi itu. Penamatan yang benar-benar sejiwa dengan aku..

Aku masih mencari..

6 comments:

  1. mulut manis..kata2 manis..sedikit jiwang..namun ad style..adakah anda tahu kata2 anda ini bisa mencairkan hampir 1000hati gadis??

    ReplyDelete
  2. saya tak tahu.

    jiwang kah ayat ku ini? haha

    ReplyDelete
  3. owh....sekiranya lebih seribu pembaca anda adalah perempuan...heheh

    bukan jiwang...sedikit jiwang...puitis lebih tepat mungkin...

    dan ade style( adakah telah ulang sebanyak dua kali?)

    ReplyDelete
  4. ya, dua kali.

    terima kasih ya cik cindir-rela.

    malu saya jadinya.

    alahai~ bagaimana kebarangkalian seribu pembaca menjadi perempuan?
    sedangkan satu pengikutpun tiada. tapi mungkin juga, saya lebih senang begitu. =)

    ReplyDelete
  5. saya bukanlah pengikut kamu..
    tp mungkin lebih hina..
    i'm ur silent reader..
    mngikuti perkembangan tanpa sebarang ulasan..
    tidak kisah bukan?

    ReplyDelete
  6. =)

    tak kisah.

    tapi gembira kerana ada yang sudi membaca senyap2.

    mcm cool sikit. tak begitu?

    haha.

    ReplyDelete

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..