Berapa lama kena tinggal blog ni?
Fuh fuh. Nyah kau habuk!
Tahun ni aku Grad insyaAllah.
Perghh...bila baca, rasa macam baru semalam aku cakap aku dapat masuk Uni.
Banyak sangat entri, aku belum khatam lagi. Tapi, mak aih, mentah dia. Suci dia. Terasa dekat anak tekak.
Lain betul aku 5 tahun lepas.
Banyak sangat dah jadi. Tak tahu nak kata macam mana.
Tapi...
Tapi...
Apa yang aku dapat belajar semenjak menjadi dewasa ni. Eceh.
Mulut kau, takkan selantang masa kau muda.
Masa kau muda, kau nak curah semua, nak bagitahu dunia, nak kalau boleh semua orang tahu apa yang kau fikir dan yang kau rasa pada satu-satu waktu tu. Tapi bila dah besar, (baru 22. puii) kau akan menjadi lebih berahsia.
Kalau dulu aku banyak rahsia, sekarang? Kau bayangkan jela kebarangkalian rahsia-rahsia aku.
Kalau dulu aku banyak blog, sekarang? Haa...tak terjangkau dek akalmu. hahah.
Minggu Final. Aku pun tak betul sangat. Lagilah pulak lepas pukul 12.
Dekat sini, tempat untuk bebas kan?
Aku public kan semua entri.
Aku ulang lagi.
SEMUA.
Yang draft, yang tak sempat habis, yang ulang, yang tersave banyak2.
S.E.M.U.A.
Bacalah. Hiburkan hati kejap. Dah habis, kita boleh teruskan hidup.
Ok?
Saturday, January 2, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..