Friday, April 19, 2013

Jika

Jika itu... Suatu perkataan yang menunjukkan kebarangkalian.

Jika dibandingkan aku dengan yang lain. Hanya sebesar biji tahi cicak aku ini. Jika dibanding aku dengan pokok pun. Hanya sebesar kucing sahaja aku ini. Jika dibanding bijaksana aku dengan si rambut kerinting Einstein, hanya sebesar atom sahaja aku ini. Tidak besar. Tidak gagah. Tidak.

Aku bukan Fynn Jamal. Bukan suaminya. Bukan Wani Ardy. Bukan Kamal Abu Bakar. Bukan

Aku bukan Dol Said. Bukan Maharaja Lela. Bukan Rentap. Bukan Sharif Masahor. Bukan.

Aku bukan Si pemuisi hebat. Aku bukan Si pahlawan gagah. Aku bukan Si pemikir bijak. Bukan.

Aku hanya aku. Yang mana wajahnya terdampar di tepi-tepi jalan. Bersepah-sepah. Semua orang pun dikatakan serupa dengan aku.

Aku hanya Si manusia yang masih lagi terkapai-kapai mencuba membezakan mana hitam dan mana yang putih dalam dunia kelabu ini. Masih, aku asyik tersalah pilih.

Ada yang pernah aku bacakan. "Setiap hari kita berperang dengan jiwa. Kadangkala kita menang, kadangkala kita kalah".

Dan petikan kata-kata En. Wilde. "Every saint has a past, And every sinner has a future"

Dan seperti aku katakan. Aku, hanyalah aku. Bukan dia, atau dia, atau dia. Aku adalah aku.

Jika dibandingkan pula aku dengan kuasa Allah S.W.T, tidak sebesar noktah pun aku ini.

Subhanallah.

Ingat wahai aku. Janji Allah itu benar.

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..