Friday, April 1, 2011

Kerap aku sebutkan kepada orang di sekelilingku.

Aku simpati dengan mereka yang tak punya agama. Sungguh.

Kerana mereka tak punya solusi untuk masalah yang luar daripada kuasa mereka.

Atheis dan Muhlid, tidak boleh tawakal kepada Allah.

Dan mereka akan bimbang selalu.

Kerana mereka tak boleh macam kita - orang Islam - yang bilamasa bimbang dan takut boleh tenang hanya dengan meminta, "Ya Allah, bantu dan lindungilah aku". Hati akan kembali tenang bila memikirkan yang Allah akan menjaga kita daripada kejahatan dan keburukan.

Dan mereka tak boleh tenang dan bangun semula dengan serta merta seperti kita. Kerana mereka tidak punya agama. Mereka tidak percaya kepada Allah yang berjanji kepada kita bahawa Dia tak akan memberi dugaan yang melebihi kemampuan kita. Malah disebutkan Dia, Fainna maal usri usra, inna maal usri usra (ada kesenangan dalam setiap kesusahan, adanya kesenangan dalam setiap kesusahan).

Aku cukup simpati.


No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..