Saturday, April 9, 2011

Air mata




Tempoh hari, aku baca buku tentang Palestin. Mavi Marmara yang diserang. Sebelum diperkenalkan dengan buku itu, aku tak tahu satu apa pun. Semua khabar ibarat angin. Lalu dan memberi kesan untuk sesaat dua sahaja.

Tapi semalam, mengamati sebutir demi sebutir kata-kata dalam buku itu, aku jadi malu. Baca-baca, menangis. Selang 3-4 muka surat, menangis.

Ahah.

Tak ada orang di rumah jadi aku tak malu lah.

Tapi jujur cakap, aku memang pemalu sikit. Nak menangis depan manusia, seorang pun aku tak mahu. Aku tahan sampai betul-betul tak boleh tahan. (Kalau depan kucing tak apa)

Dan aku sedar satu benda semalam. Aku...suka menangis. Bukan nak kata selalu. Tapi aku suka. Kenapa? Sebab bila air mata aku jatuh baru aku perasan, yang hati aku masih lembut. Masih berperasaan dan masih boleh merasa. Lagi, bila menangis, perasaan yang dirasa waktu itu... istimewa.

Pelik? Mungkin.

Akhir kata, carilah bukunya. Kau mesti tersentuh. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..