Monday, January 24, 2011

Kerja

Aku rasa aku suka hidup sebagai pelajar.

Kau tak perlu tunggu untuk hari cuti. Kau boleh relaks bila-bila kau suka. Ahah.

Kalau kerja, setiap hari kerja. Benda yang sama. Tak pernah habis.

Dan cuti kau, seminggu sekali saja.

Balik rumah, orang lain seolah-olah tak wujud lagi dalam dunia kau. Yang ada cuma KAU dan KATIL.

Seolah-olah mati.

16 comments:

  1. awal2 kerja memang kau dan katil
    tapi bile dah lama2, badan pun da boleh accept suasana kerja tu..

    so, memang takde ah kau dan katil.
    yang ada kau, opismate, mamak, lepak2, kerja pagi..heheh:)

    ReplyDelete
  2. haha.

    kerja awk lagi senang mungkin.

    saya tengok orang di hospital semua bertungkus lumus.

    ayah saya pula, balik tak tegur orang sangat.

    dia nak rehat je. :D

    ReplyDelete
  3. hidup sebagai pelajar juga akan bikin kau sakit kepala . lambakkan tugasan dan tekanan belajar . AHH . sama saja kerja atau belajar .

    kerja dapat duit . ada gaji . belajar habiskan duit . hha .

    ReplyDelete
  4. haha..kerja di hospital memang tungkus lumus..

    doktor kah??

    memang banyak keje, namun..masa mesti kene curi!

    ReplyDelete
  5. Muhd Aizie, saya tahu. Tapi jika dibandingkan tekanan kerja dengan tekanan belajar, saya lebih suka tekanan belajar.

    Sebab hakikatnya, kita BELAJAR. ;)

    Sebagai manusia yang tinggi rasa ingin tahunya, saya sangat gemar belajar perkara baru berbanding berkerja dengan rutin yang sama dan tekanan remeh kenaikan pangkat dan lain2.

    ReplyDelete
  6. Ayah saya bukan doktor. Dia kerja pejabat cik cindir rela.

    Saya kurang sedikit minat dalam aspek bersosial seperti cik.

    Bukan langsung tidak. Cuma tak seperti awak. ;)

    ReplyDelete
  7. hehe..owh..

    u have to know this..we will keep learning..until we die..

    kalau kamu rasa kerja itu bukan satu proses pembelajaran, maknanya hidup kamu memang akan bosan bila mula bekerja.

    kerana percayalah, sekolah hanya abis di sekolah..ilmu kamu di buku, tidak akan diaplikasikan di tempat kerja.

    cuma nilai manusia dan kemanusiaan sahaja.:)

    ah, nanti kalau kamu sudah mula bekerja,(saya maksudkan dengan sijil tinggi di tangan) kamu akan nampak apa yang saya cakapkan..:) bukan kerja sambilan di KFC sementara tunggu result SPM..bukan..:)

    oleh itu, selamat berjaya 'cik burung hantu.

    ReplyDelete
  8. saya tak berkerja sambilan. mak tak benarkan. ahah.

    bukan apa. Saya berkata saya LEBIH SUKA belajar daripada bekerja.

    Belajar lebihnya di tempat lain. Susah mahu cerita. Mahu kena buat entri baru nanti. Haha.

    Membaca membuat saya sedar banyak perkara manakala bekerja buat saya leka dan bosan. Tentu ada pembelajaran sewaktu bekerja. Tetapi, bukankah setiapa hari pun ada?

    Belajar lebih relaks kerana kalau saya tak baut kerja atau apa, hanya saya yang akan terganggu. Bukan orang lain.

    Kalau kerja, semua pun terlibat. Kita sudah pegang tanggungjawab. Bukan kehendak.

    Senang kata, belajar adalah kemahuan manakala kerja adalah tanggungjawab. Pada saya. Sila faham. ;)

    ReplyDelete
  9. faham:)

    dan saya, kerja adalah kehendak...dan tak sangka saya mampu pikul tanggungjawab sebesar ini...

    sampai bila..itu saja yang saya tidak pasti.

    ReplyDelete
  10. Encik hafis, ini blog saya. Suka sayalah nak letak pendapat macam mana pun. ;)

    ReplyDelete
  11. Hahah.

    Bukankah kita semua pun selalu fikir macam itu cik cindir rela?

    Tak tahu sampai bila boleh bertahan. Tapi untuk suatu sebab, kita tetap juga.

    Awk bertahan sampai kahwin sajalah. Lepas itu jadi suri rumah. :P

    ReplyDelete
  12. oh, tu devriez lire ma declaration avec votre grand esprit.

    ReplyDelete
  13. should read my statement with your great spirit?

    what does that mean exactly?

    kalau intonasi, saya rasa ia takkan merubah maksud kata2 awk. ;)

    ReplyDelete
  14. saya suka awak burung hantu!! <3

    owh, ade tetamu! :)

    ReplyDelete
  15. Hahah. Terima kasih cik cindir rela. Alahai~

    Ulas lah entri lain pula.

    Saya rasa entri ini cukup bosan.

    Ramai pula yang berminat. haha.

    ReplyDelete

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..