Friday, November 5, 2010

Al-kisah

Diambil daripada buku 'Bila ALLAH menduga kita'

Terdapat seorang pemuda yang mencari seorang ustaz, guru agama, atau sesiapapun yang mampu menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya, pemuda tersebut bertemu dengan seorang yang bijak lalu dia pun bertanya,

Siapa tuan? Bolehkah tuan menjawab 3 pertanyaan saya?

Saya hamba Allah dan dengan izin-NYA saya akan berusaha menjawab persoalan tuan.

Tuan yakin? Bahkan professor dan banyak orang cerdik pandai tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Saya akan cuba mengikut kemampuan saya.

Saya punya 3 pertanyaan,

1. Jika Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya.

2. Apa yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke dalam neraka yang juga diperbuat daripada api? Tentunya ia tidak menyakitkan bagi syaitan kerana kedua-duanya memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba si bijak menampar pipi anak muda itu dengan keras. Pemuda itu tentu saja terkejut yang amat sangat.

Kenapa anda marah pada saya?

Saya tidak marah, tamparan itu adalah untuk menjawab ketiga-tiga soalan tuan.

Saya kurang faham.

Bagaimana rasanya tamparan saya?

Tentunya sakit.

Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Tentu saja.

Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu.

Saya tidak boleh.

Itulah jawapan saya atas persoalan pertama tuan. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujud-NYA.
Sekarang,
Apakah malam tadi tuan bermimpi akan menerima tamparan daripada saya hari ini?

Tidak.

Itulah yang dinamakan takdir.

Dan daripada apa tangan saya diciptakan yang saya gunakan untuk menampat tuan tadi?

Daripada kulit.

Dan daripada apa pipi tuan diciptakan?

Daripada kulit juga.

Bagaimana rasanya tamparan saya?

Sakit.

Walaupun neraka dan syaitan sama-sama diperbuat daripada api, neraka tetap menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan.

6 comments:

  1. saya dengar cerita ni sejak saya tingkatan 1.

    ReplyDelete
  2. Baguslah. ^^

    Dah tengok baju di blog ekspresi nyata?

    ReplyDelete
  3. terima kasih wahai cik aisyah. doakan saya keputusan yang cemerlang ya? :)

    ReplyDelete

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..