Sunday, September 6, 2009

Penggelodakkan kimia dalam tubuh

Aku tak tahu sama ada kau orang sedar ataupun tidak. Tapi, bila saja kita pandang orang yang kita suka. Berada dekat dengan orang yang kita suka. SMS dengan orang yang kita suka. Telefon dengan orang yang kita suka. Dan buat apa-apa pun dengan orang yang kita suka. Mesti ada satu rasa yang kau orang rasa dalam badan kau orang.

Rasa inilah yang buat kau orang rasa tak senang duduk. Rasa macam lain je bila dengan si dia dan sentiasa nak berada dekat dengan orang tu.

Rasa ini adalah sejenis hormon. Dikeluarkan badan kita apabila ada stimulasi-stimulasi tertentu.

Hormon ini boleh buat kita ketagih. Nak rasa lagi perasaan itu. Itu pasallah kita suka berdamping dengan orang-orang yang bagi kita keluarkan hormon ni. Tambah lagi dengan godaan setan yang memang nak kita mendekatkan diri lagi ke arah itu.

Aku tak ingat nama hormon ini. Tapi memang dialah yang bertanggungjawab dalam membuai perasaan kita bila tengah suka seseorang.

Jadi, hakikatnya, kita suka pada hormon tu. Bukan orang itu. Tarikan dengan orang yang kita suka tu sementara je. Bila badan kita dah tak keluarkan lagi hormon-hormon ni. Kita tiba-tiba akan rasa kosong. Macam dah tak suka pula pada orang tu. Padahal dah ikat talian 'couple'. Dan pasangan kau orang yang mungkin memang betul-betul syok dengan kau orang. Ditinggal begitu saja. Teruk kan?

Itulah namanya cinta nafsu.

Jadi, bila tiba suatu saat di mana kau orang akan rasa perasaan ini dengan seseorang. Tahulah bahawa, itu belum cinta sampai tiba saat kau orang akan rasakan sesuatu yang betul-betul lain.

Aku juga baru belajar daripada pertunjukan lisan di sekolah, bahawa, minat, suka, sayang dan cinta, adalah 4 perkara yang sangat berbeza.

Justeru, kenalilah perasaan anda sendiri. Tafsirlah guna akal. Jangan guna rasa.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..