You're killing me. Seriously.
Monday, February 28, 2011
Hati dan Perasaan
Umi cakap, aku takut bagi hati pada orang. Ahah. Manakan tidak? Orang yang terdekat dengan aku, semuanya kecewa tak bersudah.
Aku mudah jatuh hati pada orang sebenarnya. Kagum. Minat. Suka. Tapi semuanya akan berhenti sehingga tahap 'suka'. Aku tak pernah berani pergi lebih jauh.
Kenapa?
Kerana aku selalu risaukan banyak hal. Sampaikan aku akan begitu cepat meninggalkan perasaan itu apabila berlakunya sesuatu yang tidak kena di mata aku.
Tapi jujur aku katakan, dalam apa yang telah aku perhatikan sama ada melalui pengalaman sendiri mahupun orang lain, cinta nafsu itu tak kekal. Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan lebih jelas lagi. Sudah aku jelaskan dalam entri hubungan berpasangan.
Pernah ada manusia katakan kepada aku. "Enjoy it while it lasts". Hahah. Aku cukup terkejut dengan ayat itu. Dan mahu saja aku hamburkan pada muka dia bahawa aku tak mahu bazirkan waktu dan maruah aku hanya untuk dicuba-cuba dan di'enjoy' sementara ada.
Sunday, February 27, 2011
Keberanian tulen
Aku rasa, untuk berubah, kau bukan saja perlukan kesedaran.
Tapi hal yang paling penting yang mesti kau ada ialah,
KEBERANIAN.
Kita selalu sedar, perbuatan kita salah. Dan perhatikan di sini aku sebut 'KITA'.
Sedar perbuatan kita salah tetapi,
adakah kita cukup keberanian untuk berubah? Untuk meninggalkan sesuatu yang sudah terbiasa kita lakukan?
Contoh 1,
"Cik X tak pakai tudung, kemudian suatu hari, dia sedar sungguh-sungguh bahawa menutup aurat itu wajib dan dia MESTI berubah dan mula memakai tudung. Tetapi persoalannnya di sini, kiranya dia sungguh-sungguh sedar dan sedih akan kesalahannya pun, apakah dia cukup BERANI untuk mula memakai tudung? Untuk menelan mata-mata yang memandang skeptik? Untuk menahan panas telinga yang barangkali dikutuk mulut-mulut manusia sekelilingnya?"
Contoh 2,
"Encik Y tak pernah solat. Tak pernah ke surau. Selama balighnya dia tak pernah kenal pun apa itu sejadah. Tetapi suatu hari, dia tersedar dengan sungguh-sungguh. Allah menyuluh hatinya dengan hidayah petunjuk dan dia pun merasakan keinginan yang cukup besar untuk bertaubat serta menunaikan kewajipannya sebagai umat Islam. Tetapi persoalannya, adakah dia cukup BERANI untuk ke masjid dan meminta diajar cara bersolat dengan betul? Untuk mengambil wuduk bersebelahan imam dan barangkali dipandang aneh oleh mata-mata sekitarnya? Untuk berhadapan dengan mulut-mulut yang tertanya-tanya APA yang merasuk kau sehingga tiba-tiba kau hendak berubah?"
Hakikatnya, kesedaran itu perlu. Malah, jika diminta-minta selalu dan diusahakan, insyaAllah, akan diberi petunjuk dan kesedaran itu. Tetapi hanya satu persoalannya.
Adakah kita cukup BERANI mengambil langkah pertama seterusnya mengekalkan gaya hidup baru itu??
Sesungguhnya, kadangkala telah disuluhkan jalan yang benar untuk kita. Hanya tinggal untuk kita memilih, mengambil langkah pertama, dan tegar dengan keputusan itu.
Cinta sebenar
Ya Azzizul Jabbarul Mutakabbir
Ya Azzizul Jabbarul Mutakabbir
Baiklah...entri ini sebenarnya entri khas untuk seseorang yang aku tak pasti jika hatinya masih peduli untuk baca blog aku mahupun tidak. Semoga dia membacanya kerana aku sungguh-sungguh tak akan mampu biarkan satu haripun berlalu tanpa merasakan risau akan dia. Ya, awak. Awak yang ada perkataan 'GAIN' tercoret di bahu kiri.
Baik, mari mula.
Kita selalu fikir dan diingatkan tentang azab kubur, azab neraka, azab orang-orang yang melakukan kemungkaran. Seperti yang aku perkatakan, dalam hati semua ada Islam. Maka, bohong jika rasa takut tidak menyusul sesudah mendengar yang sedemikian. Tetapi, perasan atau tidak, bimbang itu tidak kekal. Semua ini kerana Syaitan membisikkan gula-gula kata bahawa umur kau masih panjang, bahawa hidup kau masih lama dan jauh. Justeru, hatipun mudah mengabaikan peringatan-peringatan yang telah diberi kepada kita. Walhal jika dikira, terlalu sekejap masa berlalu. Dan hari ini pun telah menjadi esok. Dan 2 bulan telah pun berlari meninggalkan kita dengan sebegitu pantas.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari, aku dinasihati dengan kata-kata yang begitu lembut sehinggakan aku merasakan malu serta sebak menghayati bait-bait hurufnya. Kata-katanya ringkas tapi cukup bermakna dan benar keseluruhannya.
Allah sayangkan kamu lebih daripada sayang kamu akan diri sendiri.
Fikirkanlah. Sesungguhnya kuasa Allah tak akan berkurang kiranya kau enggan menunaikan ibadat kepada-NYA. Sesungguhnya, jika mahu maka boleh diberinya kita sakit yang tak tertanggung oleh diri kita. Sesungguhnya, kiranya mahu, boleh dibuangnya kita kaki dan tangan yang ada. Tapi tidak, Allah sayangkan kita. Diberinya pancaindera sempurna. Diujinya kita dengan pening dan sakit secara berkala. Dimurahkan rezeki agar boleh kita mengisi perut setiap hari. Pakaian pun boleh ditukar ganti. Ibu bapa pun dipanjangkan umurnya lagi. Maka betapa hinanya kita di sisi-NYA? Sedangkan apa yang Allah minta sebagai balasnya, hanya mengaku DIA sebagai Allah dan 5 waktu penuh solat sehari-hari. Maka kenapalah kita tidak bersyukur?
Kita gagal untuk sedar. Allah MAMPU menarik semuanya daripada kita baik secara tiba-tiba mahupun perlahan-lahan. Tetapi tidak diariknya. Mengapa? Kerana sungguh. Percayalah. Allah SAYANGKAN kita lebih daripada sayangnya kita kepada diri sendiri. Sedangkan untuk membelikan hadiah untuk diri sendiri pun masih kita berkira-kira. Tetapi Allah... MasyaAllah... Dia memberi dan memberi dan memberi dan hanya sedikit yang diminta daripada kita.
Dan Allah juga berfirman,
"Allah tidak memberati seseorang melebihi yang terdaya olehnya"
-surah Al-Baqarah, ayat 286-
Pernah Umi berkata kepada aku, jika Allah mengenakan cas wang untuk setiap nafas yang kita tarik ini, bagaimana agaknya? Kiranya begitu, kau berani untuk menghela dan menghembus nafasmu? Kiranya begitu, apa kau rasa kau masih mahu hidup lagi? Sesungguhnya telah Allah permudahkan banyak hal untuk kita. Bilamasa panas, diberiNYA kita tempat untuk berteduh. Bilamasa sakit, diberiNYA kita ubat untuk membantu sembuh. Malah, tanpa izinNYA tak akan kita sembuh. Dan bilamasa kita sedih, diberiNYA hal-hal yang boleh membuat kita kembali gembira. Subhanallah... Maka kenapalah tidak kita bersyukur?
Sesungguhnya terlalu benar kenyataan itu. Allah menyayangi kita. Sangat. Terlalu. Sungguh-sungguh. Tak akan ada lagi manusia yang mampu menyayangi kita melebihi daripada sayangnya Allah kepada kita. Diberinya kita peluang kedua, ketiga sehingga yang ke seratus pun. Dan semuanya langsung tak akan mempengaruhi berapa besarnya kuasa DIA. Dan tidak pula mendatangkan kebaikan yang lebih kepada-NYA melainkan hanya syurga yang dijanjikan untuk kita. Lihatlah. Untuk semua kebaikan yang KITA lakukan. Dan dengan mematuhi suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA, natijahnya adalah kembali kepada kita. SYURGA ganjarannya.
Kalau kau mencuri, apa kuasa Allah akan berkurang?
Tidak...
Kalau kau merokok, apa hebat Allah akan pudar?
Tidak...
Malah, kiranya kau murtad sekalipun, Allah dan kuasa-NYA tak akan tergerak. Langsung.
Dan jika kau menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa, menunaikan zakat dan haji, ia tak akan langsung menambah atau mengurangkan kuasa Tuhan yang maha pengasih itu. Tetapi ganjaran yang dijanjikan, berbalik kepada diri ENGKAU sendiri. Syurga. Rezeki. Hati yang tenang.
Sungguh. Terlalu benar. Allah menyayangi kita lebih daripada sayangnya kita terhadap diri sendiri. Maka tidakkah kita merasakan walau sekelumit malu?
Astaghfirullahalaziim Allazilaailaahaillahuwalhaiyulqayyum wa atubuilaik....
Astaghfirullahalaziim Allazilaailaahaillahuwalhaiyulqayyum wa atubuilaik....
Astaghfirullahalaziim Allazilaailaahaillahuwalhaiyulqayyum wa atubuilaik....
Saya menulis ini bukan untuk marah awak. Sungguh, bukan niat saya macam itu. Saya menulis juga sebagai peringatan kepada diri sendiri. Allah sayangkan kita. Setiap satunya. Jangan sekali-kali putus asa daripada rahmat Allah. DIA maha pengasih. Dan DIA maha pengampun.
Ada Naga Biru pernah beritahu saya, mahu kerja di pelantar minyak. Saya harap, naga itu kejar impian dia. Semua orang boleh bermimpi, tapi untuk menjadikan mimpi itu kenyataan, hanya orang tertentu saja boleh melakukannya. Saya harap, awak akan jadi antara orang tertentu itu. :)
Thursday, February 24, 2011
Bongkar rahsia
Aku ingat nak buat poll. Sama ada aku patut bagitahu saja siapa aku pada semua.
Tapi aku tak reti nak buat bendalah itu semua.
Jadi kau rasa patut ke?
Kalau aku...
Aku tak tahu nak rasa apa.
Cepat sangat keliru dengan apa yang aku fikir.
Kejap nak ini, kejap lagi nak itu.
Dah, dah.
Kauorang fikir lah untuk aku ya?
Filem
Kalau boleh sebenarnya, aku tak mahu tulis bila masa tak ada ilmu untuk dikongsi.
Tapi entah kenapa. Tak tahan.
Ahah.
Pernah aku cakap dengan kakak sewaktu menonton sebuah cerita berbahasa inggeris di televisyen.
"Kenapa cerita ini pelik rasa macam lain sikit ya?"
*diam
"Sebab tak ada babak cium"
*senyum
Kita semua tahu. Serius mana pun satu cerita berbahasa inggeris itu, babak tak elok mesti ada diselitkan di mana-mana. Macam tak sah kalau tak ada. Mungkin itu yang difikirkan sebagai pelaris cerita wayang.
Naik angin
Kau pernah tak marah sehingga perkataan naik angin benar-benar menjunjung maksudnya?
Orang kata, marah itu daripada api.
Tapi entah kenapa, pernah aku menahan marah, dan dalam dada aku terasa dingin.
Dan waktu itu aku fikir. Barangkali kerana inilah wujudnya peribahasa naik angin.
Subscribe to:
Posts (Atom)