Saturday, August 29, 2009

Apa macam? Ada Brann??

Jalan-jalan blog orang, nak juga aku cuba-cuba pakai gambar-gambar mini makhluk-makhluk comel itu.

Argh...masalah-masalah. Aku terlalu membazir waktu pada cuti ini. Habis semua kerja terbengkalai(padahal, sibuk kutuk arkitek yang suka tinggalkan projek-projek terbengkalai. Ambil kau! Kena batang hidung sendiri)

Huuu~

Cuti pun hampir habis. Aku...terpaksa terima akibat kelakuanku yang tak bertanggungjawab ini. Alahai...

Nak buat macam mana. Berani buat, berani tanggung la!

Tuesday, August 25, 2009

Puasa oooh puasa

Dalam bulan-bulan puasa ni. Yelah~ Semua orang nak merungut lapar. Jadi aku tiba-tiba terfikir sesuatu. Pernah tak korang fikir? Kenapa kita nak buat pengumuman kat semua orang bahawa kita sedang lapar? Kita ucap banyak-banyak kali dah macam berzikir aku tengok.

Adakah dengan sebut perkataan lapar itu perut kita akan berhenti berbunyi? Apa kita akan kenyang dengan meludahkan rasa lapar itu melalui pengucapan? Cuba fikir~

Sama juga macam rasa sakit. Kita tak boleh tahan naaaaak juga sebut "Aduh", "sakit", dan banyak lagi. Dan dalam kes-kes istimewa, mencarut.

Apa kita boleh rasa lega dengan mengaduh? Luka kita akan sembuh dengan mencarut? Oooh~ tidak-tidak sama sekali.

Justeru, apa yang harus kita lakukan? Bagi mengelak rasa sakit mendorong kita untuk mencarut? Apabila rasa lapar menyuruh kita untuk merungut?

Jawapan kepada soalan ini, kita hendaklah memuji Allah S.W.T. Kerana sesungguhnya, tiada apa yang berlaku tanpa izinNya. Dan hanya Dia berkuasa terhadap setiap sesuatu.

Kita mohonlah. Semoga sakit kita akan reda. Semoga puasa kita akan terjaga. Tak adalah sampai habis pahala puasa kita sebab sibuk merungut lapar. Iyalah~ kita puasa memang untuk rasa lapar. Supaya kita dapat menghayati kesengsaraan orang-orang yang tidak berkemampuan...

Akhir kata, SELAMAT BERPUASA. Assalamualaikum.

Friday, August 21, 2009

Sementara masih sempat, mari bertaubat


PENJENAYAH di penjara memiliki gelaran paling buruk yang diberi oleh masyarakat kerana membenci perbuatan mereka. Si pencuri, perompak, perogol dan pembunuh. Walaupun bertaubat atau tamat tempoh tahanan, jarang masyarakat boleh menerima bekas banduan ini. Kalau pun boleh, pasti mereka akan sentiasa berwaspada dan curiga. Betapa hebatnya kebencian kepada perbuatan jenayah.


Dapatkah bayangkan keadaan manusia ketika berada di mahkamah Allah nanti?
Pada hari penghisaban, apakah akan terasa malu seperti si penjenayah yang malu apabila kesalahannya menjadi bahan laporan dalam akhbar? Bolehkah muka ini ditutup?
Bolehkah mengupah peguam paling hebat untuk menghadapi segala pertuduhan ke atas diri sendiri? Mungkinkah semua orang boleh dibeli dengan wang dan pengaruh? Adakah ada jalan untuk melarikan diri?


Kita manusia yang kerdil, tetapi mengapa berlagak seperti Tuhan Pemilik segalanya? Manusia bertingkah seperti syaitan, padahal dia berada dalam genggaman Tuhannya. Ketika dia merampas hak orang lain, segala rekod perbuatannya itu disimpan kukuh sebagai bukti.
Mengapakah Allah SWT tidak menurunkan bala-Nya terus menerus pada saat seseorang itu melakukan dosa? Jawapannya adalah firman Allah bermaksud: “Berapa banyak penduduk negeri yang telah Aku beri tempoh, sedangkan mereka berbuat zalim, kemudian Aku seksa mereka dan kepada-Ku mereka kembali.” (Surah al-Hajj, ayat 48)


Biarlah pelaku dosa itu diberi tempoh selagi hayatnya di atas bumi ini belum berakhir. Allah Maha Penerima Taubat. Tetapi, sayang sekali, mereka suka menunda taubat, menganggap peluang itu untuk berpuas-puas terlebih dulu dan bertaubat kemudian.
Semakin dihulur setiap peluang, maka semakin buta matanya, pekak telinganya, keras hatinya dan hebat bergaya mengalahkan syaitan.


Diteguk segala kemanisan syahwat duniawi sehingga lupa kepanasan buah zaqqum tanaman neraka yang akan diletakkan di dalam kerongkongnya nanti.
Hatinya puas menikmati kesenangan yang memuncak pada hujung keghairahan. Tetapi, dia lupa di dasar lubang jahanam yang gelap itu nanti terpaksa melalui aksi pembakaran manusia, penyeksaan dan pembunuhan yang tidak pernah berhujung dengan kematian.


Jurang neraka terlalu curam, setiap penderhaka akan merasai seksa dihumbankan ke dalamnya. Pernahkah kita membayangkan jatuh dari ketinggian sejauh 70 tahun perjalanan baru sampai ke dasar lantainya? Jika kejadian itu di dunia ini, bagaimana pula keadaan orang yang jatuh ke dasar jurang neraka itu nanti?


Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suara benda yang jatuh. Lalu Baginda bertanya: “Tahukah kamu semua suara apakah itu?” Kami menjawab: “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda yang maksudnya: “Itu adalah suara batu yang dilemparkan ke dalam neraka jahanam sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya.” Hadis riwayat Imam Muslim


Sesungguhnya mereka yang berada dalam neraka itu hidup dan merasai setiap kesakitan itu sedikit demi sedikit. Diganti setiap kulit yang hangus dengan kulit yang baru. Sehari di sana sama seperti seribu tahun di dunia ini.


Mengapakah mereka memilih kesenangan haram yang sebentar saja di dunia ini? Pada hal mereka pandai mengira, tahu membezakan makna sengsara dan bahagia, berakal tajam dalam menganalisis segala sesuatu. Allah mengingatkan kita bahawa azab dan sengsara yang akan diderita itu bukan sebentar. Firman-Nya bermaksud; “Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu seperti seribu tahun daripada apa yang kamu hitung.” (Surah al-Hajj, ayat 47)


Bagaimanakah suara tangisan ahli neraka? Pernahkah anda mendengar tangisan orang yang dipisahkan daripada keluarganya? Tangisan orang yang menderita sakit dan terpaksa disuntikkan ubat penahan sakit? Tangisan orang yang kematian anak yang disayang? Tangisan orang yang gagal dalam kerjaya? Tangisan perempuan yang disakiti suaminya? Tangisan orang kaya yang muflis? Tangisan ibu dan bapa yang disakiti anaknya?
Semua jenis tangisan di atas dunia ini tidak sehebat tangisan ahli neraka. Tangisan yang mengalirkan penyesalan tidak berhujung. Tiada harapan dan peluang.
Mereka merayu kepada Tuhan: “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (kembalikanlah kami ke dunia) maka jika kami kembali kepada kekufuran, sesungguhnya kami adalah orang yang zalim.” (Surah al-Mukminun, ayat 107)
Allah menjawab rayuan mereka itu dengan firman-Nya bermaksud: “Tinggallah kamu dengan hina di dalamnya dan janganlah kalian bercakap dengan Aku.” (Surah al-Mukminun, ayat 108)
Oleh itu, jika anda menangis di dunia ini, pastikan tangisan itu adalah tangisan penyesalan dan taubat kepada Allah .


Barang siapa yang banyak menangis di sini, nescaya tiada air mata lagi yang akan jatuh menitis di Padang Mahsyar nanti.

Balasan Allah sangat adil. Saksi yang dipanggil adalah anggota badan kita sendiri. Menunduklah wajah yang dulunya terngadah sombong, kecutlah hati yang dulunya bongkak dan bengkak serta menggigil sekujur badan bagai hendak melepaskan kulit.
Lalu kita bertanya, layakkah aku mendapat perlindungan Allah ?


Jawapannya payung Allah itu hanya untuk tujuh golongan saja.


Pemimpin yang adil.


Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya.


Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan Masjid.


Dua orang yang saling mencintai kerana Allah , keduanya berkumpul & berpisah kerana Allah .
Seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan cantik & berkedudukan untuk berzina tetapi dia berkata, “Aku takut kepada Allah ”.


Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.


Seseorang yang mengingat Allah di waktu sunyi sehingga bercucuran air matanya.

Thursday, August 20, 2009

Aku mengharapkan

Hari esok, mulanya bulan yang dinanti. Syaitan-syaitan pula tidak jemu-jemu membisikkan kata-kata nasihat jahat buat bekalan sebulan sepanjang ketiadaannya. Bagi yang ingin berubah, bulan ini merupakan medium terbaik untuk itu. Bagi yang kurang suka beribadah, bulan ini terasa begitu payah untuk dilalui. Bagi anak-anak kecil pula, semuanya mengeluh kecil kerana sedar akan hakikat akan disuruh berpuasa.

Bercakap tentang anak-anak kecil, masing-masing punya cerita waktu zaman comel-comel, nakal-nakal dulu. Sewaktu berbual dengan rakanku ketika ketiadaan guru di sekolah. Termuntahlah kisah-kisah zaman itu. Berderai ketawa kami.

Waktu itu, hampir semua orang pernah curi-curi makan, curi-curi minum, puasa setengah hari dan sebagainya. (ah, yang menidakkan tu jangan nak mengada. Aku tahu mesti ada. Kurang-kurang pun merengek mahu berbuka) Peyh...

Kisah aku, tak banyak. Cumanya, aku pernah curi-curi makan biskut yang aku pura-pura beri kepada adik kecilku. Hee~

Apa-apapun, harapan aku, puasa kali ini akan membantu aku untuk menjadi insan yang lebih baik. Untuk sujud di sejadah lebih lama. Untuk berdoa lebih banyak. Untuk beribadah dengan istiqamah. Untuk berzikir lebih kerap... Dan untuk mensucikan hati dan pemikiran aku sepenuhnya... InsyaAllah~

Macam lagu nasyid yang dalam drama Diari Ramadhan Rafiq tu:

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna

agar dapat kulalui dengan sempurna
selangkah
demi selangkah
setahun sudahpun berlalu
masa yang pantas berlalu
hingga tak terasapun
berada dibulan ramadhan~

Monday, August 17, 2009

Trend Paling Hangat Masa Kini

Klise tajuk masa kini, tajuk yang sering saja mendapat tempat di muka-muka depan akhbar utama. Tajuk yang sering mendapat tempat di blog-blog siber.

Virus Selsema Babi atau lebih sopan lagi Influenza H1N1.

Pandang kiri, pandang kanan, ada saja yang menyarungkan itu yang kita panggil topeng muka bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus tersebut. Dengan jumlah kematian mencecah 62 orang, sesiapapun berhak untuk bimbang.

Topeng-topeng muka yang sedang laris di pasaran ini juga terdiri daripada pelbagai warna dan rupa. Biru dan hijau tipikal, merah jambu, dan ada juga yang punya corak-corak kartun, untuk menarik minat kanak-kanak barangkali.

Ia sudah menjadi semacam suatu trend. Lebih hebat lagi, ia bukan saja diikuti oleh para remaja tetapi juga golongan dewasa dan warga emas sedunia.

Di kompleks membeli belah, kedai-kedai biasa, sekolah, dan di taman permainan biasa.

Tidak kurang juga gambar-gambar utama di laman-laman web seperti Myspace, friendster, Facebook, Tagged dan banyak lagi. Gah rasanya apabila topeng muka tersarung di wajah.

Walaubagaimanapun, benarkah kita boleh mengelak dijangkiti virus tersebut dengan hanya memakai topeng muka yang semacam bergaya dewasa ini?

Jika anda katakan ya, ternyata anda silap sama sekali.

Wabak Selsema Babi atau H1N1 ini merebak bukan sahaja melalui udara, malah melalui sentuhan. Justeru, tangan anda yang barangkali tersentuh apa-apa barangan yang tercemar dengan virus terbabit hendaklah dicuci dengan segera. Memandangkan kita tidak dapat melihat virus berbahaya ini, kita mesti dan patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan membasuh tangan kita sekerap mungkin. Tidak lupa juga kepada sabun antibakteria. (Ala, macam dalam iklan televisyen itu)

Cuci tangan juga tidak memadai. Seperti penyakit-penyakit lain juga, kesihatan kita hendaklah dijaga sebaik-baiknya. Vitamin C yang kita suka sangat kunyah waktu kecil-kecil dulu juga amat berguna pada waktu-waktu seperti ini.

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti:
1.Batuk-batuk
2.Selsema
3.Sakit-sakit sendi
4.Sakit dada atau kesukaran untuk bernafas (tanda paling utama)
5.Demam

Dan semua yang anda alami sewaktu demam biasa, hendaklah anda segera ke klinik berdekatan dan mendapatkan nasihat pakar. Janganlah sengaja mencari nahas ingin ke sekolah juga. Waktu yang sungguh tidak sesuai untuk terasa rajin.

Tuntasnya, bertimbang rasalah dengan orang sekeliling anda. Sarungkanlah topeng muka yang bergaya itu. Siapa tahu? Mungkin saja anda yang membawa penyakit itu ke sana dan ke mari. Dan mungkin saja, anda akan menarik minat mata-mata liar untuk menatap wajah bertopeng anda yang seakan misteri dan 'cool' itu.

Akhir kata, Mari kita sama-sama memelihara kesihatan kita dan berdoa agar semua ini berakhir dengan segera.

Sunday, August 16, 2009

Dah kata fesyen~

Fesyen-fesyen zaman sekarang ini(konon aku duduk zaman dulu la) macam-macam jenis. Yang londeh, yang singkat, yang menggelebeh, yang ketat. Tak payah cakap, sendiri tahu...

Marcapada ini(cewahh~),banyak sangat orang yang mahu ikut trend terkini. Apa kejadahnya?? Bila ikut fesyen itu tak adalah banyak sangat salahnya(kalau anda lelaki!) sebabnya, kebanyakan fesyen sekarang ni, seolah-olah menutup aurat tapi hakikatnya tidak.

Tak percaya? Lihat semula baju-baju dalam almari tu. Cuba pakai. Cuba sarung. Anda rasa ia melekat pada tubuh? Ia tak tergantung begitu sahaja bukan? Tentu sekali ia melekap dan singkat barangkali. Lagi satu, aku dah kerap sangat tengok, disebabkan mereka naaaaaak sangat baju yang berlengan pendek tu, mereka pilih untuk pakai itu yang kita panggil Camisole dan handsocks. Masalahnya di sini satu saja. Camisole dan handsocks anda tu melekat pada lengan menampakkan bentuk sebenar-benar lengan anda yang sebatang itu~ Jadinya, serupa seperti anda cat lengan anda dengan warna. Alahai~

Lebih teruk, yang biar saja kulit mereka kelihatan dengan baju berlengan pendek. Macam mana lah~

Tak kurang juga yang pakai tudung, selimpang pada bahu terus. Nampaklah harta berharga anda itu untuk tatapan umum. Tak rasa aneh? Yang pakai tudung indon pun ada juga. Kalau tudung indon yang labug-labuh itu, aku tak kisah sangat. Tapi, yang pendek-pendek setakat tutup leher saja ni. Parah-parah... Lebih-lebih lagi yang harta berharga tu teramatlah jelas kelihatan. Untunglah mata-mata nakal yang melihat. (Untung ke hapa, dosa lagi adalah) Adus~

Paling memeranjatkan aku, baru-baru ini(itu pasallah aku tulis catatan kali ini) waktu jalan-jalan dalam laman 'ruangan aku'(itu yang kamu orang panggil myspace), aku terlihat gambar seorang kawan lama. Aku kenal dia, dia sama-sama dulu sepak-sepak , tumbuk-tumbuk dengan aku(taekwondo lah~)

Dia pakai......Skirt pendek. Nyaris ternganga jugalah mulut aku depan skrin. Dah lah tu, bangga pula letak gambar jadi gambar utama. MasyaAllah~

Aku punyalah malu nak mengaku kawan. Lantas, aku terus buang dia daripada ruang kawan aku. Iyalah, dia melayu. Islam lagi... Aku jadi sedih bila tengok dia tanpa segan silu bergaya di tangga shopping kompleks yang agak ternama tu. Kalau aku berani, dah aku baling-baling selipar sambil Boooo pada dia. (KALAU aku berani) Jahat pula rasanya. Huuu~

Hari itu, ada satu majlis di sekolah aku, ramai juga lah perempuan-perempuan yang tak segan silu bagi cuti pada tudung mereka. Al-maklumlah~ Special event~

Aku sedang lepak dengan kawan-kawan aku, tiba-tiba terkesima mendengar ulasan pedas seorang kawan sekelas aku, LELAKI yang sepatutnya pendiam. Katanya, "...Diorang perasan diorang cantik bila buka tudung..." Ades~ Pedas tuuuu...

Ha, jadi aku nak kau orang fikir sendiri. Cantik ke bila buka tudung? Kenapa bila dah pakai nak buka-buka pula? Ulasan itu datang daripada mulut seorang lelaki ya? Bukan mulut aku. Itu pandangan ikhlas dia. Jadi, anda tak rasa merah muka bila ada seorang lelaki cakap macam tu? Cuba dia cakap terus pada muka anda? Terus tak tahu mana nak letak muka nanti.

Lepas dah malu tu, mulalah, mencarut-carut dalam laman-laman web. Marah-marah, maki-maki lelaki yang terlebih berani tu. Alahai~

Yang lelaki pula, jangan nak senyum-senyum. Sendiri pun kena ingat. Seluar yang pendek-pendek yang amat itu, tolong pakai di dalam saja ya? Tak pun, bakar. Jangan lupa pada seluar pendek bermuda yang tengah HOT sekarang ni. Wujudkanlah sedikit rasa malu. Kalau anda TERsilap duduk, nampaklah benda-benda yang tak wajar dilihat. Anda mahu? Fikirlah. Aurat anda itu sedikiiiit amat. Tutuplah sebaik-baiknya. Bukannya susah...

Aku yang sendiri cakap ni, sedar. Aurat aku pun tak tutup sesempurna mana. Tapi, ini kan blog aku. Aku nak tulis apa, aku punya pasallah! Lagipun, aku saja nak muntahkan pendapat. Aku tak minta kau orang baca. Tapi kau orang sendiri yang pilih untuk baca. Jadi,

LU FIKIR LAH SENDIRI! Assalamualaikum (tiru Nabil Raja Lawak pula, Alahai~)

Cemburu amat

Sedia maklum kepada semua orang. Asrama hanya untuk individu-individu yang berkelayakan dan ada rezeki sahaja. Bagi pihak aku pula, dah tak ada rezeki, nak buat macam mana. Huuu~

Untuk memasuki asrama,kita perlu melalui peperiksaannya, skor dalam peperiksaan itu dan juga peperiksaan besar seperti PMR dan UPSR. Malang bagi aku, biarpun berbekalkan keputusan yang baik di tangan, mungkin saja aku gagal untuk skor dalam peperiksaan yang dibuat asrama tersebut. Tuntasnya, takdir aku, tersekat di sini sampai habis persekolahan.

Walaupun begitu, aku redha. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini(dan aku masih mencari hikmahnya) Semoga aku dapat keputusan cemerlang dalam SPM kelak.

Apa-apapun, sekali sekala sewaktu berjalan-jalan di dalam laman web pelajar asrama, aku melihat satu demi satu foto mereka bersama-sama, terdetik juga rasa cemburu yang aaaaaamat sangat. Alahai~

Asrama seperti perkhemahan yang lama(tapi taklah duduk dalam khemah). Aku, seorang yang sukakan perkhemahan, pasrah dengan takdir aku. Moga-moga aku dapatlah tangani perasaan cemburu ini...

(hakikatnya, aku masih sedang cuba memujuk diri untuk redha...Aduh~)