Thursday, August 20, 2009

Aku mengharapkan

Hari esok, mulanya bulan yang dinanti. Syaitan-syaitan pula tidak jemu-jemu membisikkan kata-kata nasihat jahat buat bekalan sebulan sepanjang ketiadaannya. Bagi yang ingin berubah, bulan ini merupakan medium terbaik untuk itu. Bagi yang kurang suka beribadah, bulan ini terasa begitu payah untuk dilalui. Bagi anak-anak kecil pula, semuanya mengeluh kecil kerana sedar akan hakikat akan disuruh berpuasa.

Bercakap tentang anak-anak kecil, masing-masing punya cerita waktu zaman comel-comel, nakal-nakal dulu. Sewaktu berbual dengan rakanku ketika ketiadaan guru di sekolah. Termuntahlah kisah-kisah zaman itu. Berderai ketawa kami.

Waktu itu, hampir semua orang pernah curi-curi makan, curi-curi minum, puasa setengah hari dan sebagainya. (ah, yang menidakkan tu jangan nak mengada. Aku tahu mesti ada. Kurang-kurang pun merengek mahu berbuka) Peyh...

Kisah aku, tak banyak. Cumanya, aku pernah curi-curi makan biskut yang aku pura-pura beri kepada adik kecilku. Hee~

Apa-apapun, harapan aku, puasa kali ini akan membantu aku untuk menjadi insan yang lebih baik. Untuk sujud di sejadah lebih lama. Untuk berdoa lebih banyak. Untuk beribadah dengan istiqamah. Untuk berzikir lebih kerap... Dan untuk mensucikan hati dan pemikiran aku sepenuhnya... InsyaAllah~

Macam lagu nasyid yang dalam drama Diari Ramadhan Rafiq tu:

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna

agar dapat kulalui dengan sempurna
selangkah
demi selangkah
setahun sudahpun berlalu
masa yang pantas berlalu
hingga tak terasapun
berada dibulan ramadhan~

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..