Sunday, January 27, 2013

Aku lapar

Hidup, hidup, hidup. Kau dah cuba hidup jujur pun dapat musuh. Pelik kadang-kadang. Aku suka masuk dalam dunia orang lain. Faham apa yang dia faham. Pandang daripada sudut pandang dia. Tapi aku liat nak bagi orang masuk dalam dunia aku. Sebab, aku rasa, orang susah nak faham. Tipikal.

Kalau orang masuk dalam otak aku, pandang dari sudut pandang aku, serabut. Semua kena ikut aku. Self-centered? Maybe. Itulah cerita. Mula je bagi insight sikit pasal diri kau, mata terus menghukum. Dalam otak berkira-kira untuk label aku dalam kategori mana satu. Jangan tipu. Aku tau sebab aku pun macam tu.

Sebab tu kadang-kadang aku rasa, aku patut diam je. Buat kerja sendiri. Jangan kacau orang, orang pun tak payah kacau aku.

Serabut

Aku ada kenalan yang ada hasrat nak berkahwin, tapi tak ada calon. Sibuk merungut kata orang sekarang hanya pandang rupa. Aku simpati tapi untuk bantu mereka, aku rasa susah. Bukan sebab rupa tak lawa atau tak kacak. Masalahnya, aku rasa, kalau aku carikan pun, manusia itu mungkin masih tak mahu juga dek perangai mereka yang aku rasa tak cantik.

Wajah yang cantik atau kacak bukan pengukur. Kalau kau memang baik, aku sendiri akan tolong dengan bersungguh-sungguh untuk carikan calon untuk kau. Tapi, sedih bila fikir, kalau aku carikan orang, rasa macam aku campak dia masuk kandang harimau. Sebab kau nak yang hebat-hebat, tapi kau fikir dulu, ukur dulu baju di badan sendiri.

Bukan aku nak cakap kau tak hebat. Tapi hebat kau membebel, merungut, semua tentang hidup kau rasa teruk. Kau fikir betul-betul, jahat tak aku kalau aku pasangkan perangai ni dengan yang baik-baik. Tak pasal-pasal diorang kena menderita. Haih...

Balik

Ada masa aku rasa lebih baik aku menyesal, daripada terus buta daripada ketakutan aku untuk melangkah ke dunia kesilapan. Aku tahu benda itu salah, ada keinginan sungguh-sungguh nak buat, tapi aku tahu juga, kalau kau buat benda salah, kau pasti akan menyesal kemudian hari bila kau dah tergolek dan semua orang sekeliling kau cakap, padan muka.

Aku rimas dengan cakap-cakap orang. Kata ini, kata itu, beritahu aku apa yang aku patut dan tak patut buat walaupun pada mata aku nampak tak ada masalah pun apa yang aku suka buat. Aku tak mahu lukakan hati siapa-siapa. Sebab itu aku buat apa yang aku selalu buat. Aku jauhkan diri, aku ambil setiap peluang yang aku dapat untuk berada di samping orang lain dan bukan keluarga aku. Hanya bila aku rasa perlu atau barangkali rindu, aku akan ambil masa untuk pulang.

Aku bukan macam kamu-kamu. Cakap aku pedas. Kadang-kadang aku tak sedar yang aku dah sakitkan hati mak aku. Jadi solusi aku, elakkan bercakap. Dan bukan senang untuk elakkan bercakap, sebab banyak kali sudah aku rasa mahu tampal pita pelekat pada mulut aku sebab tak mampu kawal ia. Jadi apa yang aku buat, elakkan berjumpa. Sesuatu yang mudah untuk aku kawal.

Nampak macam jahat, aku tahu. Tapi aku rasa lagi jahat bila-bila mak aku pendam rasa dan betul-betul terluka dengan apa yang aku kata. Dan aku rasa lagi bangang bila aku sakitkan hati mak aku semata-mata sebab aku liat bangun. Dan lagi, aku tak nak sakitkan hati mak aku bila aku yang sakit hati dengan dia. Sebab biasanya, bila aku tengah sakit hati, punca perasaan itu akan kena padahnya. Aku tak mahu untuk tak mampu kawal diri.

Setiap kali aku balik, aku akan pastikan aku cuba yang terbaik untuk berbuat hanya yang manis-manis untuk mak aku. Kalau boleh aku nak bersihkan satu rumah untuk dia, tapi, cakap tak semudah melaksana. Dalam aspek yang aku mampu, aku akan buat. Hanya itu cara aku untuk bayar balik masa-masa yang aku lari daripada dia.