Sunday, January 27, 2013

Balik

Ada masa aku rasa lebih baik aku menyesal, daripada terus buta daripada ketakutan aku untuk melangkah ke dunia kesilapan. Aku tahu benda itu salah, ada keinginan sungguh-sungguh nak buat, tapi aku tahu juga, kalau kau buat benda salah, kau pasti akan menyesal kemudian hari bila kau dah tergolek dan semua orang sekeliling kau cakap, padan muka.

Aku rimas dengan cakap-cakap orang. Kata ini, kata itu, beritahu aku apa yang aku patut dan tak patut buat walaupun pada mata aku nampak tak ada masalah pun apa yang aku suka buat. Aku tak mahu lukakan hati siapa-siapa. Sebab itu aku buat apa yang aku selalu buat. Aku jauhkan diri, aku ambil setiap peluang yang aku dapat untuk berada di samping orang lain dan bukan keluarga aku. Hanya bila aku rasa perlu atau barangkali rindu, aku akan ambil masa untuk pulang.

Aku bukan macam kamu-kamu. Cakap aku pedas. Kadang-kadang aku tak sedar yang aku dah sakitkan hati mak aku. Jadi solusi aku, elakkan bercakap. Dan bukan senang untuk elakkan bercakap, sebab banyak kali sudah aku rasa mahu tampal pita pelekat pada mulut aku sebab tak mampu kawal ia. Jadi apa yang aku buat, elakkan berjumpa. Sesuatu yang mudah untuk aku kawal.

Nampak macam jahat, aku tahu. Tapi aku rasa lagi jahat bila-bila mak aku pendam rasa dan betul-betul terluka dengan apa yang aku kata. Dan aku rasa lagi bangang bila aku sakitkan hati mak aku semata-mata sebab aku liat bangun. Dan lagi, aku tak nak sakitkan hati mak aku bila aku yang sakit hati dengan dia. Sebab biasanya, bila aku tengah sakit hati, punca perasaan itu akan kena padahnya. Aku tak mahu untuk tak mampu kawal diri.

Setiap kali aku balik, aku akan pastikan aku cuba yang terbaik untuk berbuat hanya yang manis-manis untuk mak aku. Kalau boleh aku nak bersihkan satu rumah untuk dia, tapi, cakap tak semudah melaksana. Dalam aspek yang aku mampu, aku akan buat. Hanya itu cara aku untuk bayar balik masa-masa yang aku lari daripada dia.

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..