Sunday, January 27, 2013

Aku lapar

Hidup, hidup, hidup. Kau dah cuba hidup jujur pun dapat musuh. Pelik kadang-kadang. Aku suka masuk dalam dunia orang lain. Faham apa yang dia faham. Pandang daripada sudut pandang dia. Tapi aku liat nak bagi orang masuk dalam dunia aku. Sebab, aku rasa, orang susah nak faham. Tipikal.

Kalau orang masuk dalam otak aku, pandang dari sudut pandang aku, serabut. Semua kena ikut aku. Self-centered? Maybe. Itulah cerita. Mula je bagi insight sikit pasal diri kau, mata terus menghukum. Dalam otak berkira-kira untuk label aku dalam kategori mana satu. Jangan tipu. Aku tau sebab aku pun macam tu.

Sebab tu kadang-kadang aku rasa, aku patut diam je. Buat kerja sendiri. Jangan kacau orang, orang pun tak payah kacau aku.

2 comments:

  1. Assalamualaikum cik Burung Hantu, apa kaitan lapar dengan memasuki dengan dunia orang? Mungkin dia tidak ada sifat empati, yang bermaksud tidak cuma memahami. Apa pun, duk berjaya. banyak ada sifat rendah diri. baru kita boleh merasai apa yang oleh lain rasa. maaf kalau ada kesilapan, cuma quick respons

    ReplyDelete
  2. Waalaikumslm, hahah. Tak ada kena mengena. Cuma saya tengah lapar masa tulis entri ni. Dan entah kenapa, bila buka blog ini mula rasa nak merapu. Entri tak berfaedah, abaikan. Dalam otak saya tak semua make sense. Bila ada yg bagus, saya letak dalam blog lain. :)

    ReplyDelete

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..