Saturday, September 17, 2011

Da'wah Wa Tarbiyah

Pernahkah kau terfikir? Apa akan jadi kiranya orang-orang Islam zaman dahulu adalah serupa kita.

Malas menyebarkan Islam dan sibuk dengan keduniaan yang sia-sia. Lebih senang berchatting, tulis blog dan sabagainya. Atau dalam konteks mereka mungkin beli belah, tengok perempuan arab menari dan sebagainya.

Agaknya, Islamkah kita hari ini? Dan kau sanggupkah? kiranya kita ini lahir bukan sebagai Islam?

Masya Allah...

Jalan da'wah dan tarbiyah bukan mudah. Untuk menegur orang pun ada seninya inikan pula menarik orang masuk agama Allah dan mendidik akhlak yang baik dalam diri mereka agar iman dan didikan yang dibekalkan mampu memastikan Islam terus teguh malah semakin berkembang.

Jalan yang mereka pilih berat. Sakit. Susah.

Tapi Lillahitaala.

Mereka boleh.

Dan Lillahitaala.

Mereka teruskan tanpa jemu dan putus asa.

Sehinggakan kita hari ini. Alhamdulillah.

Malaysia yang walaupun jauh beribu batu daripada Tanah Arab, dapat menikmati nikmat Islam dan Iman...

SubhanaAllah...

Besarnya pengorbanan mereka.

Maka bangunlah wahai pemuda pemudi Islam.

Mari kita ikut jejak langkah mereka.

Kerana jika bukan kita yang mempertahankan Islam di bumi ini, siapa lagi?

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..