Thursday, September 22, 2011

Buku


Bukan ulat buku tapi baru saja aku terbaca sebuah buku yang di dalamnya terdapat banyak kata-kata hikmah yang menyentuh hati aku.

Sungguh, ia buku yang dikarang oleh hamba Allah. Sebuah buku yang terbaik yang aku pernah baca setakat ini.

Bacalah, kau tak akan menyesal.

Tajuknya,

SYNERGI.

Quote:
"Mereka itu penjahat,
Kita ini malaikat.
Itu bukan untuk kau tentukan.
Mungkin saja berubah sebelum kiamat.
Maka pandanglah dengan iman,
Kau akan nampak ruang kesatuan"

Saturday, September 17, 2011

Da'wah Wa Tarbiyah

Pernahkah kau terfikir? Apa akan jadi kiranya orang-orang Islam zaman dahulu adalah serupa kita.

Malas menyebarkan Islam dan sibuk dengan keduniaan yang sia-sia. Lebih senang berchatting, tulis blog dan sabagainya. Atau dalam konteks mereka mungkin beli belah, tengok perempuan arab menari dan sebagainya.

Agaknya, Islamkah kita hari ini? Dan kau sanggupkah? kiranya kita ini lahir bukan sebagai Islam?

Masya Allah...

Jalan da'wah dan tarbiyah bukan mudah. Untuk menegur orang pun ada seninya inikan pula menarik orang masuk agama Allah dan mendidik akhlak yang baik dalam diri mereka agar iman dan didikan yang dibekalkan mampu memastikan Islam terus teguh malah semakin berkembang.

Jalan yang mereka pilih berat. Sakit. Susah.

Tapi Lillahitaala.

Mereka boleh.

Dan Lillahitaala.

Mereka teruskan tanpa jemu dan putus asa.

Sehinggakan kita hari ini. Alhamdulillah.

Malaysia yang walaupun jauh beribu batu daripada Tanah Arab, dapat menikmati nikmat Islam dan Iman...

SubhanaAllah...

Besarnya pengorbanan mereka.

Maka bangunlah wahai pemuda pemudi Islam.

Mari kita ikut jejak langkah mereka.

Kerana jika bukan kita yang mempertahankan Islam di bumi ini, siapa lagi?

Tuesday, September 13, 2011

Tazkirah ringkas

Hidup ini ada satu pembahagi. Dua bahagian.

Seronok dunia vs seronok syurga.

Derita dunia vs derita neraka.

Cakap memang senang. Buatnya payah.

Tapi aku di sini hari ini. Sekali lagi mengingatkan aku dan kamu-kamu.

Dunia dan akhirat besar jurangnya.

Nisbahnya melebihi 1:100000000000000.

Aku mahu... syurga. Sungguh aku katakan.

Iman ada naik turunnya.

Aku kesali banyak perkara. Tapi hakikatnya, kita mesti terus maju. Dan perbaiki diri dan amalan yang bakal dibawa.

Tolong ingatkan aku ya?

Dan doakan dengan sungguh-sungguh doa.

Moga-moga, aku dapat berubah menjadi seorang hamba.

Hamba Allah yang taat sepenuhnya.

InsyaAllah...

Aaaaamiiin ya Rabbi.