Sunday, July 18, 2010

Burung Hantu Sebenar

Fakta:
Tahukah kamu-kamu semua?
Bahawa seekor burung hantu akan setia
dengan satu pasangan pada satu masa?
Kira macam 'soulmate'.
Tak seperti binatang lain.
Yang mana-mana pun boleh.
Sekaligus semua pun tak apa.
Burung hantu dikenali sebagai
haiwan yang bermonogami.
*Monogami adalah lawan poligami
Dan aku,
adalah burung hantu...
...yang belum jumpa lagi 'soulmate'nya.
:)

Tiada

Blog aku tak punya jawapan.

Hanya ada omelan dan persoalan.

Kalau kau mahu jawapan.

Pergi Google.

Saturday, July 17, 2010

Kita lalang

Ini hasil inspirasi daripada cik Q.

Kita ini memang lalang kan?

Banyak. Rapat.

Tumbuh di celahan hidupan lain.

Ada yang pendek. Yang panjang.

Dan sentiasanya, tanpa sedar.

Nasib kita bergantung pada angin.

Kekirinya kita membelok longlai.

Kekanannya kita menunduk gemalai.

Tapi, kita semua sama. Apa dapat kau beza?

Lalang di sini dan yang disebelah sana?

Hidup mati kita. Di atas tanah juga.

Dan matinya kita, menjadi baja.

Untuk tumbuhnya lalang yang baru.

Angin itu takdir. Kuasa Tuhan.

Hidupan lain itu binatang. Tumbuhan.

Dan seperti yang aku pernah kata,

pada aku, semua perkara memakai undang-undang yang sama.

Seperti partikel di tempat sempit.

Dan manusia, di bilik kecil.

Semua kan menolak-nolak.

Apa tak benar apa yang aku katakan?

Friday, July 16, 2010

Ala~ Tak mati pun.

Pengikut aku baru 5. Tapi aku masih hidup.

Berdiri. Tegak. Elok.

Ahah. Buat apa dambakan ramai-ramai pengikut?

Cukuplah bila semua yang singgah itu faham maksud kata-kata kau.

Tak guna juga,

andai kata punya 1000 pengikut.

Tapi apa yang kau cerita, dia tak faham.

Bila kau menulis, dia tak baca.

Dan bila kau tak ikut dia, terus dibuang pula.

Ahah.

Populariti itu hanya satu status yang direkaciptakan oleh orang yang kurang keyakinan diri.

Perlukan orang lain untuk buat dia rasa wujud.

Kasihan...

Fdzikir

Kerana aku ini Islam baka. Bukan beragama kerana aku benar-benar cinta dan faham ia. Jadi, terlalu selalu aku dapati diri aku tak mampu menghayati sepenuhnya satu-satu perkara yang dituntut itu.

Barangkali kamu-kamu juga begitu...

Ya, ramai yang mendapati susah untuk menjalankan tuntutan agama kerana mereka tidak diajar dengan tegas. Mungkin. Hanya kebarangkalian.

Dan ramai pula yang melakukannya, tapi tak sempurna. Dan sering sahaja jiwa mereka memberontak. Meminta jawapan atas persoalan kenapa harus dibuatnya itu, kenapa harus dibuatnya ini. Marah dan merasakan leceh. Tapi tetap juga punya rasa bimbang. Takut dengan janji Tuhan.

Seperti yang aku katakan.

Aku ini Islam baka. Meskipun aku cuba sedaya upaya aku untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Tetap, hati aku berkira-kira. Dan aku mengaku tak menghayati agama sepenuhnya.

Kerana aku ini Islam baka. Tak benar-benar cinta dan faham apa yang aku amalkan sehari-hari.

Barangkali kamu-kamu juga begitu.

Konklusinya, kau ciumkan dahi kau ke tanah. Dan fikir. Apa itu Islam sebenarnya? Keluarkan segala persoalan, segala kemusykilan. Dan kau rasakan kulit kau bersentuh dengan asal kau.

Pejamkan mata. Diam. Doa.

Kau bertawakal(berserah) dan katakan, Wahai Allah, Tuhan yang berkuasa ke atas setiap sesuatu. Kau tunjukkanlah aku jalan kebenaran.

Wednesday, July 7, 2010

Dan aku masih

Keterlanjuran dalam berkata,
Si anak muda
Namun tetap tersenyum mesra
Si guru yang terguris hatinya

Dalam lantang tekaknya menteriakkan kata,
Bunyian yang menggambar rasa,
Masih tetap harapnya
Masih ingin hatinya lihat si anak muda berjaya

.....................................
....................................
....................................

Sunday, July 4, 2010

Kerana

Kerana pendapat itu hak HAKIKI masing-masing.

Apa yang KAU fikir, tak semestinya betul.

Dan apa yang AKU fikir, tak semestinya salah.

Cuma kerana kau katakannya dalam ayat yang lebih puitisnya, kau menang. Begitu?

Dan benar, laman sesawang kita, hak kita.

Usah peduli apa yang kau coretkan pada laman kau.

Dan kau juga, jangan sekali persoalkan apa yang ada di laman aku.

Diam. Baca. Pergi.