Saturday, July 17, 2010

Kita lalang

Ini hasil inspirasi daripada cik Q.

Kita ini memang lalang kan?

Banyak. Rapat.

Tumbuh di celahan hidupan lain.

Ada yang pendek. Yang panjang.

Dan sentiasanya, tanpa sedar.

Nasib kita bergantung pada angin.

Kekirinya kita membelok longlai.

Kekanannya kita menunduk gemalai.

Tapi, kita semua sama. Apa dapat kau beza?

Lalang di sini dan yang disebelah sana?

Hidup mati kita. Di atas tanah juga.

Dan matinya kita, menjadi baja.

Untuk tumbuhnya lalang yang baru.

Angin itu takdir. Kuasa Tuhan.

Hidupan lain itu binatang. Tumbuhan.

Dan seperti yang aku pernah kata,

pada aku, semua perkara memakai undang-undang yang sama.

Seperti partikel di tempat sempit.

Dan manusia, di bilik kecil.

Semua kan menolak-nolak.

Apa tak benar apa yang aku katakan?

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..