Barangkali kamu-kamu juga begitu...
Ya, ramai yang mendapati susah untuk menjalankan tuntutan agama kerana mereka tidak diajar dengan tegas. Mungkin. Hanya kebarangkalian.
Dan ramai pula yang melakukannya, tapi tak sempurna. Dan sering sahaja jiwa mereka memberontak. Meminta jawapan atas persoalan kenapa harus dibuatnya itu, kenapa harus dibuatnya ini. Marah dan merasakan leceh. Tapi tetap juga punya rasa bimbang. Takut dengan janji Tuhan.
Seperti yang aku katakan.
Aku ini Islam baka. Meskipun aku cuba sedaya upaya aku untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Tetap, hati aku berkira-kira. Dan aku mengaku tak menghayati agama sepenuhnya.
Kerana aku ini Islam baka. Tak benar-benar cinta dan faham apa yang aku amalkan sehari-hari.
Barangkali kamu-kamu juga begitu.
Konklusinya, kau ciumkan dahi kau ke tanah. Dan fikir. Apa itu Islam sebenarnya? Keluarkan segala persoalan, segala kemusykilan. Dan kau rasakan kulit kau bersentuh dengan asal kau.
Pejamkan mata. Diam. Doa.
Kau bertawakal(berserah) dan katakan, Wahai Allah, Tuhan yang berkuasa ke atas setiap sesuatu. Kau tunjukkanlah aku jalan kebenaran.
No comments:
Post a Comment
Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..