Friday, November 20, 2009

Peraduan

Peraduan aku buat, tiada hadiah menanti. Hanya salutasi dan senyum kagum dari aku.

Masih ingat lagi? Apa yang aku kata dalam entri 'Mari jangan mari'?

Bukan...bukan aku mahu cari teman hidup sejati. Aku cuma tertanya-tanya andai ada yang sejiwa dengan aku. Justeru, aku mahu kalian tamatkan puisi ini...

Dan rasa ini pun tetap,
Dan hati ini pun masih,
Aku tahu,
Kau pun tahu,
Tak perlu sebut,
Kita sama-sama tahu,
Baik, sila sambung. Lebih panjang lebih baik. Pendek pun tak mengapa, asalkan sejiwa.

3 comments:

  1. dan rasa ini pun sungguh
    dan jiwa ini pun tahu

    kau tahu
    dan aku pun tahu

    tak perlu sebut;
    bahwa kita takkan menyatu

    ReplyDelete
  2. Dan rasa ini pun tetap,
    Dan hati ini pun masih,
    Aku tahu,
    Kau pun tahu,
    Tak perlu sebut,
    Kita sama-sama tahu,

    Rasa hati menusuk diri,
    Rasa tahu menolak diri,
    saban hari bertemu dijalanan,
    entah bila rasa hati dan ingin tahu mahu bertamu,
    menjamah secubit manisan dariku,
    biar mereka tahu yang aku tahu,
    manisan itu manis.

    ReplyDelete
  3. @park chick: manis. heheh. terima kasih.

    @aishah: mcm kisah awak. terima kasih. :)

    ReplyDelete

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..