Tuesday, November 17, 2009

Itu kerana ketegangan atmosfera

Ketegangan atmosfera peperiksaan memberi kita beraneka perasaan. Salah satunya merupakan rasa 'PERLU untuk meniru'.

Mengapa sebenarnya kita meniru?? Mengapa kita rasakan hal itu PERLU apabila ruang jawapan kita kosong dan orang lain berisi? Apakah kita lain daripada mereka, tidak punya minda untuk berfikir?

Hakikatnya, itu semua hasil kejahilan dan kemalasan kita sendiri.

Jika sebelum menjalani peperiksaan, kita ambil sambil lewa, belajar pun ala-ala saja, mengapa sekarang bila kertas sudah di depan mata, kita ambil serius pula?

Konon seperti mati apabila gagal.

Ada apa sangatlah dengan kegagalan itu sehingga kita lebih rela banggakan kelulusan yang tipu daripada kegagalan yang benar?

Ada apa yang boleh dibanggakan pada kelulusan yang palsu itu? Markah yang lebih tinggi itu? Apa tidak rasakah walau sekelumit rasa malu dalam diri kerana kejayaan itu sebenarnya bukan milik kita?

Apakah tidak rasa bodoh untuk membangga-bangga dan merasa lega dengan keputusan yang sememangnya kepalsuan yang nyata?

Ah, nak buat macam mana kalau orang dah tak tahu malu.

Tapi benar, ketegangan atmosfera periksa membuat kita timbul macam-macam rasa. Aku juga punya rasa MAHU toleh lihat kertas pelajar sebelah. Tapi, aku ingat itu. Tak mahu aku jadi Pak Kaduk yang menyorak atas kejayaan orang lain yang disangka kejayaan dirinya.

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..