Monday, November 30, 2009

Aku tak tahu mahu respon apa

Hey, pagi tadi rumah aku nyaris terbakar. Hebat kan? (apa sajalah yang hebat dengan nyawa yang hampir melayang?)

Oh ya, dan aku tak tahu mahu respon apa kerana kakak aku sudah selamat nyawa kami berdua. Jadi, aku teruskan hidup dengan tidur. Tak patut ke?

Sunday, November 22, 2009

Ah, mual~

Perut aku mual lihat orang yang senyum-senyum hadap manusia yang mereka benar meluat. Kemudian belakang, depan manusia lain, cicip-cicip betapa menyampahnya rasa mereka untuk paksa senyum itu.

Hey, kalau tak mahu senyum, tak perlu. Itu pilihan sendiri. Jangan cakap-cakap belakang bila tiada mata-mata yang lihat. Pengecut itu.

Apa yang kau tak suka, cakap terus pada orang itu. Kerana aku mual dengar cakap kamu. Maaf, aku sudah jemu pinjamkan telinga. Usah tambahkan catat pada buku bahu kiri aku.

Lain hari, ada yang aku laku tidak kena pada mata kamu. Cakap terus pada muka aku, jangan pura-pura dengan muka ketat itu. Terlalu jelas kau meluat sama aku.

Terima kasih, jangan datang lagi.

Friday, November 20, 2009

Peraduan

Peraduan aku buat, tiada hadiah menanti. Hanya salutasi dan senyum kagum dari aku.

Masih ingat lagi? Apa yang aku kata dalam entri 'Mari jangan mari'?

Bukan...bukan aku mahu cari teman hidup sejati. Aku cuma tertanya-tanya andai ada yang sejiwa dengan aku. Justeru, aku mahu kalian tamatkan puisi ini...

Dan rasa ini pun tetap,
Dan hati ini pun masih,
Aku tahu,
Kau pun tahu,
Tak perlu sebut,
Kita sama-sama tahu,
Baik, sila sambung. Lebih panjang lebih baik. Pendek pun tak mengapa, asalkan sejiwa.

Tuesday, November 17, 2009

Itu kerana ketegangan atmosfera

Ketegangan atmosfera peperiksaan memberi kita beraneka perasaan. Salah satunya merupakan rasa 'PERLU untuk meniru'.

Mengapa sebenarnya kita meniru?? Mengapa kita rasakan hal itu PERLU apabila ruang jawapan kita kosong dan orang lain berisi? Apakah kita lain daripada mereka, tidak punya minda untuk berfikir?

Hakikatnya, itu semua hasil kejahilan dan kemalasan kita sendiri.

Jika sebelum menjalani peperiksaan, kita ambil sambil lewa, belajar pun ala-ala saja, mengapa sekarang bila kertas sudah di depan mata, kita ambil serius pula?

Konon seperti mati apabila gagal.

Ada apa sangatlah dengan kegagalan itu sehingga kita lebih rela banggakan kelulusan yang tipu daripada kegagalan yang benar?

Ada apa yang boleh dibanggakan pada kelulusan yang palsu itu? Markah yang lebih tinggi itu? Apa tidak rasakah walau sekelumit rasa malu dalam diri kerana kejayaan itu sebenarnya bukan milik kita?

Apakah tidak rasa bodoh untuk membangga-bangga dan merasa lega dengan keputusan yang sememangnya kepalsuan yang nyata?

Ah, nak buat macam mana kalau orang dah tak tahu malu.

Tapi benar, ketegangan atmosfera periksa membuat kita timbul macam-macam rasa. Aku juga punya rasa MAHU toleh lihat kertas pelajar sebelah. Tapi, aku ingat itu. Tak mahu aku jadi Pak Kaduk yang menyorak atas kejayaan orang lain yang disangka kejayaan dirinya.

Politik

Tak, bukan aku mahu buat pernyataan politik di sini. Langsung tidak.

Cumanya, aku mahu beritahu, aku cukup tak suka baca tentang politik. Buat aku bimbang akidah aku goyah. Kerana minda yang degil ini suka berfikir. Dan bila berfikir tentang apa yang aku baca, tentu saja ada makhluk hodoh yang akan membisikkan kata-kata sesat buat godaan aku. Mahu bawa aku sekali dengannya masuk gaung 'Jahannam'. Justeru, andai terjumpa laman serupa itu, aku tutup saja. Fikir aku lagi, bagaimanalah nanti bila umur aku capai takat boleh mengundi.

Friday, November 13, 2009

Keluh... Senyum semula.

rupanya, yang telah aku tinggalkan, begitu payah untuk aku ikut kembali. 2 minggu ketiadaanku. Perkembangan entri yang beratur panjang. Tak dapat aku ikut semula. Jadi aku putuskan. Tinggalkan saja.