Jalan-jalan blog orang, nak juga aku cuba-cuba pakai gambar-gambar mini makhluk-makhluk comel itu.
Argh...masalah-masalah. Aku terlalu membazir waktu pada cuti ini. Habis semua kerja terbengkalai(padahal, sibuk kutuk arkitek yang suka tinggalkan projek-projek terbengkalai. Ambil kau! Kena batang hidung sendiri)
Huuu~
Cuti pun hampir habis. Aku...terpaksa terima akibat kelakuanku yang tak bertanggungjawab ini. Alahai...
Nak buat macam mana. Berani buat, berani tanggung la!
Dalam bulan-bulan puasa ni. Yelah~ Semua orang nak merungut lapar. Jadi aku tiba-tiba terfikir sesuatu. Pernah tak korang fikir? Kenapa kita nak buat pengumuman kat semua orang bahawa kita sedang lapar? Kita ucap banyak-banyak kali dah macam berzikir aku tengok.
Adakah dengan sebut perkataan lapar itu perut kita akan berhenti berbunyi? Apa kita akan kenyang dengan meludahkan rasa lapar itu melalui pengucapan? Cuba fikir~
Sama juga macam rasa sakit. Kita tak boleh tahan naaaaak juga sebut "Aduh", "sakit", dan banyak lagi. Dan dalam kes-kes istimewa, mencarut.
Apa kita boleh rasa lega dengan mengaduh? Luka kita akan sembuh dengan mencarut? Oooh~ tidak-tidak sama sekali.
Justeru, apa yang harus kita lakukan? Bagi mengelak rasa sakit mendorong kita untuk mencarut? Apabila rasa lapar menyuruh kita untuk merungut?
Jawapan kepada soalan ini, kita hendaklah memuji Allah S.W.T. Kerana sesungguhnya, tiada apa yang berlaku tanpa izinNya. Dan hanya Dia berkuasa terhadap setiap sesuatu.
Kita mohonlah. Semoga sakit kita akan reda. Semoga puasa kita akan terjaga. Tak adalah sampai habis pahala puasa kita sebab sibuk merungut lapar. Iyalah~ kita puasa memang untuk rasa lapar. Supaya kita dapat menghayati kesengsaraan orang-orang yang tidak berkemampuan...
PENJENAYAH di penjara memiliki gelaran paling buruk yang diberi oleh masyarakat kerana membenci perbuatan mereka. Si pencuri, perompak, perogol dan pembunuh. Walaupun bertaubat atau tamat tempoh tahanan, jarang masyarakat boleh menerima bekas banduan ini. Kalau pun boleh, pasti mereka akan sentiasa berwaspada dan curiga. Betapa hebatnya kebencian kepada perbuatan jenayah.
Dapatkah bayangkan keadaan manusia ketika berada di mahkamah Allah nanti? Pada hari penghisaban, apakah akan terasa malu seperti si penjenayah yang malu apabila kesalahannya menjadi bahan laporan dalam akhbar? Bolehkah muka ini ditutup? Bolehkah mengupah peguam paling hebat untuk menghadapi segala pertuduhan ke atas diri sendiri? Mungkinkah semua orang boleh dibeli dengan wang dan pengaruh? Adakah ada jalan untuk melarikan diri?
Kita manusia yang kerdil, tetapi mengapa berlagak seperti Tuhan Pemilik segalanya? Manusia bertingkah seperti syaitan, padahal dia berada dalam genggaman Tuhannya. Ketika dia merampas hak orang lain, segala rekod perbuatannya itu disimpan kukuh sebagai bukti. Mengapakah Allah SWT tidak menurunkan bala-Nya terus menerus pada saat seseorang itu melakukan dosa? Jawapannya adalah firman Allah bermaksud: “Berapa banyak penduduk negeri yang telah Aku beri tempoh, sedangkan mereka berbuat zalim, kemudian Aku seksa mereka dan kepada-Ku mereka kembali.” (Surah al-Hajj, ayat 48)
Biarlah pelaku dosa itu diberi tempoh selagi hayatnya di atas bumi ini belum berakhir. Allah Maha Penerima Taubat. Tetapi, sayang sekali, mereka suka menunda taubat, menganggap peluang itu untuk berpuas-puas terlebih dulu dan bertaubat kemudian. Semakin dihulur setiap peluang, maka semakin buta matanya, pekak telinganya, keras hatinya dan hebat bergaya mengalahkan syaitan.
Diteguk segala kemanisan syahwat duniawi sehingga lupa kepanasan buah zaqqum tanaman neraka yang akan diletakkan di dalam kerongkongnya nanti. Hatinya puas menikmati kesenangan yang memuncak pada hujung keghairahan. Tetapi, dia lupa di dasar lubang jahanam yang gelap itu nanti terpaksa melalui aksi pembakaran manusia, penyeksaan dan pembunuhan yang tidak pernah berhujung dengan kematian.
Jurang neraka terlalu curam, setiap penderhaka akan merasai seksa dihumbankan ke dalamnya. Pernahkah kita membayangkan jatuh dari ketinggian sejauh 70 tahun perjalanan baru sampai ke dasar lantainya? Jika kejadian itu di dunia ini, bagaimana pula keadaan orang yang jatuh ke dasar jurang neraka itu nanti?
Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suara benda yang jatuh. Lalu Baginda bertanya: “Tahukah kamu semua suara apakah itu?” Kami menjawab: “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda yang maksudnya: “Itu adalah suara batu yang dilemparkan ke dalam neraka jahanam sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya.” Hadis riwayat Imam Muslim
Sesungguhnya mereka yang berada dalam neraka itu hidup dan merasai setiap kesakitan itu sedikit demi sedikit. Diganti setiap kulit yang hangus dengan kulit yang baru. Sehari di sana sama seperti seribu tahun di dunia ini.
Mengapakah mereka memilih kesenangan haram yang sebentar saja di dunia ini? Pada hal mereka pandai mengira, tahu membezakan makna sengsara dan bahagia, berakal tajam dalam menganalisis segala sesuatu. Allah mengingatkan kita bahawa azab dan sengsara yang akan diderita itu bukan sebentar. Firman-Nya bermaksud; “Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu seperti seribu tahun daripada apa yang kamu hitung.” (Surah al-Hajj, ayat 47)
Bagaimanakah suara tangisan ahli neraka? Pernahkah anda mendengar tangisan orang yang dipisahkan daripada keluarganya? Tangisan orang yang menderita sakit dan terpaksa disuntikkan ubat penahan sakit? Tangisan orang yang kematian anak yang disayang? Tangisan orang yang gagal dalam kerjaya? Tangisan perempuan yang disakiti suaminya? Tangisan orang kaya yang muflis? Tangisan ibu dan bapa yang disakiti anaknya? Semua jenis tangisan di atas dunia ini tidak sehebat tangisan ahli neraka. Tangisan yang mengalirkan penyesalan tidak berhujung. Tiada harapan dan peluang. Mereka merayu kepada Tuhan: “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (kembalikanlah kami ke dunia) maka jika kami kembali kepada kekufuran, sesungguhnya kami adalah orang yang zalim.” (Surah al-Mukminun, ayat 107) Allah menjawab rayuan mereka itu dengan firman-Nya bermaksud: “Tinggallah kamu dengan hina di dalamnya dan janganlah kalian bercakap dengan Aku.” (Surah al-Mukminun, ayat 108) Oleh itu, jika anda menangis di dunia ini, pastikan tangisan itu adalah tangisan penyesalan dan taubat kepada Allah .
Barang siapa yang banyak menangis di sini, nescaya tiada air mata lagi yang akan jatuh menitis di Padang Mahsyar nanti.
Balasan Allah sangat adil. Saksi yang dipanggil adalah anggota badan kita sendiri. Menunduklah wajah yang dulunya terngadah sombong, kecutlah hati yang dulunya bongkak dan bengkak serta menggigil sekujur badan bagai hendak melepaskan kulit. Lalu kita bertanya, layakkah aku mendapat perlindungan Allah ?
Jawapannya payung Allah itu hanya untuk tujuh golongan saja.
Pemimpin yang adil.
Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya.
Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan Masjid.
Dua orang yang saling mencintai kerana Allah , keduanya berkumpul & berpisah kerana Allah . Seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan cantik & berkedudukan untuk berzina tetapi dia berkata, “Aku takut kepada Allah ”.
Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
Seseorang yang mengingat Allah di waktu sunyi sehingga bercucuran air matanya.
Hari esok, mulanya bulan yang dinanti. Syaitan-syaitan pula tidak jemu-jemu membisikkan kata-kata nasihat jahat buat bekalan sebulan sepanjang ketiadaannya. Bagi yang ingin berubah, bulan ini merupakan medium terbaik untuk itu. Bagi yang kurang suka beribadah, bulan ini terasa begitu payah untuk dilalui. Bagi anak-anak kecil pula, semuanya mengeluh kecil kerana sedar akan hakikat akan disuruh berpuasa.
Bercakap tentang anak-anak kecil, masing-masing punya cerita waktu zaman comel-comel, nakal-nakal dulu. Sewaktu berbual dengan rakanku ketika ketiadaan guru di sekolah. Termuntahlah kisah-kisah zaman itu. Berderai ketawa kami.
Waktu itu, hampir semua orang pernah curi-curi makan, curi-curi minum, puasa setengah hari dan sebagainya. (ah, yang menidakkan tu jangan nak mengada. Aku tahu mesti ada. Kurang-kurang pun merengek mahu berbuka) Peyh...
Kisah aku, tak banyak. Cumanya, aku pernah curi-curi makan biskut yang aku pura-pura beri kepada adik kecilku. Hee~
Apa-apapun, harapan aku, puasa kali ini akan membantu aku untuk menjadi insan yang lebih baik. Untuk sujud di sejadah lebih lama. Untuk berdoa lebih banyak. Untuk beribadah dengan istiqamah. Untuk berzikir lebih kerap... Dan untuk mensucikan hati dan pemikiran aku sepenuhnya... InsyaAllah~
Macam lagu nasyid yang dalam drama Diari Ramadhan Rafiq tu:
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan sempurna selangkah demi selangkah setahun sudahpun berlalu masa yang pantas berlalu hingga tak terasapun berada dibulan ramadhan~
Klise tajuk masa kini, tajuk yang sering saja mendapat tempat di muka-muka depan akhbar utama. Tajuk yang sering mendapat tempat di blog-blog siber.
Virus Selsema Babi atau lebih sopan lagi Influenza H1N1.
Pandang kiri, pandang kanan, ada saja yang menyarungkan itu yang kita panggil topeng muka bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus tersebut. Dengan jumlah kematian mencecah 62 orang, sesiapapun berhak untuk bimbang.
Topeng-topeng muka yang sedang laris di pasaran ini juga terdiri daripada pelbagai warna dan rupa. Biru dan hijau tipikal, merah jambu, dan ada juga yang punya corak-corak kartun, untuk menarik minat kanak-kanak barangkali.
Ia sudah menjadi semacam suatu trend. Lebih hebat lagi, ia bukan saja diikuti oleh para remaja tetapi juga golongan dewasa dan warga emas sedunia.
Di kompleks membeli belah, kedai-kedai biasa, sekolah, dan di taman permainan biasa.
Tidak kurang juga gambar-gambar utama di laman-laman web seperti Myspace, friendster, Facebook, Tagged dan banyak lagi. Gah rasanya apabila topeng muka tersarung di wajah.
Walaubagaimanapun, benarkah kita boleh mengelak dijangkiti virus tersebut dengan hanya memakai topeng muka yang semacam bergaya dewasa ini?
Jika anda katakan ya, ternyata anda silap sama sekali.
Wabak Selsema Babi atau H1N1 ini merebak bukan sahaja melalui udara, malah melalui sentuhan. Justeru, tangan anda yang barangkali tersentuh apa-apa barangan yang tercemar dengan virus terbabit hendaklah dicuci dengan segera. Memandangkan kita tidak dapat melihat virus berbahaya ini, kita mesti dan patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan membasuh tangan kita sekerap mungkin. Tidak lupa juga kepada sabun antibakteria. (Ala, macam dalam iklan televisyen itu)
Cuci tangan juga tidak memadai. Seperti penyakit-penyakit lain juga, kesihatan kita hendaklah dijaga sebaik-baiknya. Vitamin C yang kita suka sangat kunyah waktu kecil-kecil dulu juga amat berguna pada waktu-waktu seperti ini.
Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti:
1.Batuk-batuk 2.Selsema 3.Sakit-sakit sendi 4.Sakit dada atau kesukaran untuk bernafas (tanda paling utama) 5.Demam
Dan semua yang anda alami sewaktu demam biasa, hendaklah anda segera ke klinik berdekatan dan mendapatkan nasihat pakar. Janganlah sengaja mencari nahas ingin ke sekolah juga. Waktu yang sungguh tidak sesuai untuk terasa rajin.
Tuntasnya, bertimbang rasalah dengan orang sekeliling anda. Sarungkanlah topeng muka yang bergaya itu. Siapa tahu? Mungkin saja anda yang membawa penyakit itu ke sana dan ke mari. Dan mungkin saja, anda akan menarik minat mata-mata liar untuk menatap wajah bertopeng anda yang seakan misteri dan 'cool' itu.
Akhir kata, Mari kita sama-sama memelihara kesihatan kita dan berdoa agar semua ini berakhir dengan segera.
Fesyen-fesyen zaman sekarang ini(konon aku duduk zaman dulu la) macam-macam jenis. Yang londeh, yang singkat, yang menggelebeh, yang ketat. Tak payah cakap, sendiri tahu...
Marcapada ini(cewahh~),banyak sangat orang yang mahu ikut trend terkini. Apa kejadahnya?? Bila ikut fesyen itu tak adalah banyak sangat salahnya(kalau anda lelaki!) sebabnya, kebanyakan fesyen sekarang ni, seolah-olah menutup aurat tapi hakikatnya tidak.
Tak percaya? Lihat semula baju-baju dalam almari tu. Cuba pakai. Cuba sarung. Anda rasa ia melekat pada tubuh? Ia tak tergantung begitu sahaja bukan? Tentu sekali ia melekap dan singkat barangkali. Lagi satu, aku dah kerap sangat tengok, disebabkan mereka naaaaaak sangat baju yang berlengan pendek tu, mereka pilih untuk pakai itu yang kita panggil Camisole dan handsocks. Masalahnya di sini satu saja. Camisole dan handsocks anda tu melekat pada lengan menampakkan bentuk sebenar-benar lengan anda yang sebatang itu~ Jadinya, serupa seperti anda cat lengan anda dengan warna. Alahai~
Lebih teruk, yang biar saja kulit mereka kelihatan dengan baju berlengan pendek. Macam mana lah~
Tak kurang juga yang pakai tudung, selimpang pada bahu terus. Nampaklah harta berharga anda itu untuk tatapan umum. Tak rasa aneh? Yang pakai tudung indon pun ada juga. Kalau tudung indon yang labug-labuh itu, aku tak kisah sangat. Tapi, yang pendek-pendek setakat tutup leher saja ni. Parah-parah... Lebih-lebih lagi yang harta berharga tu teramatlah jelas kelihatan. Untunglah mata-mata nakal yang melihat. (Untung ke hapa, dosa lagi adalah) Adus~
Paling memeranjatkan aku, baru-baru ini(itu pasallah aku tulis catatan kali ini) waktu jalan-jalan dalam laman 'ruangan aku'(itu yang kamu orang panggil myspace), aku terlihat gambar seorang kawan lama. Aku kenal dia, dia sama-sama dulu sepak-sepak , tumbuk-tumbuk dengan aku(taekwondo lah~)
Dia pakai......Skirt pendek. Nyaris ternganga jugalah mulut aku depan skrin. Dah lah tu, bangga pula letak gambar jadi gambar utama. MasyaAllah~
Aku punyalah malu nak mengaku kawan. Lantas, aku terus buang dia daripada ruang kawan aku. Iyalah, dia melayu. Islam lagi... Aku jadi sedih bila tengok dia tanpa segan silu bergaya di tangga shopping kompleks yang agak ternama tu. Kalau aku berani, dah aku baling-baling selipar sambil Boooo pada dia. (KALAU aku berani) Jahat pula rasanya. Huuu~
Hari itu, ada satu majlis di sekolah aku, ramai juga lah perempuan-perempuan yang tak segan silu bagi cuti pada tudung mereka. Al-maklumlah~ Special event~
Aku sedang lepak dengan kawan-kawan aku, tiba-tiba terkesima mendengar ulasan pedas seorang kawan sekelas aku, LELAKI yang sepatutnya pendiam. Katanya, "...Diorang perasan diorang cantik bila buka tudung..." Ades~ Pedas tuuuu...
Ha, jadi aku nak kau orang fikir sendiri. Cantik ke bila buka tudung? Kenapa bila dah pakai nak buka-buka pula? Ulasan itu datang daripada mulut seorang lelaki ya? Bukan mulut aku. Itu pandangan ikhlas dia. Jadi, anda tak rasa merah muka bila ada seorang lelaki cakap macam tu? Cuba dia cakap terus pada muka anda? Terus tak tahu mana nak letak muka nanti.
Lepas dah malu tu, mulalah, mencarut-carut dalam laman-laman web. Marah-marah, maki-maki lelaki yang terlebih berani tu. Alahai~
Yang lelaki pula, jangan nak senyum-senyum. Sendiri pun kena ingat. Seluar yang pendek-pendek yang amat itu, tolong pakai di dalam saja ya? Tak pun, bakar. Jangan lupa pada seluar pendek bermuda yang tengah HOT sekarang ni. Wujudkanlah sedikit rasa malu. Kalau anda TERsilap duduk, nampaklah benda-benda yang tak wajar dilihat. Anda mahu? Fikirlah. Aurat anda itu sedikiiiit amat. Tutuplah sebaik-baiknya. Bukannya susah...
Aku yang sendiri cakap ni, sedar. Aurat aku pun tak tutup sesempurna mana. Tapi, ini kan blog aku. Aku nak tulis apa, aku punya pasallah! Lagipun, aku saja nak muntahkan pendapat. Aku tak minta kau orang baca. Tapi kau orang sendiri yang pilih untuk baca. Jadi,
LU FIKIR LAH SENDIRI! Assalamualaikum (tiru Nabil Raja Lawak pula, Alahai~)
Sedia maklum kepada semua orang. Asrama hanya untuk individu-individu yang berkelayakan dan ada rezeki sahaja. Bagi pihak aku pula, dah tak ada rezeki, nak buat macam mana. Huuu~
Untuk memasuki asrama,kita perlu melalui peperiksaannya, skor dalam peperiksaan itu dan juga peperiksaan besar seperti PMR dan UPSR. Malang bagi aku, biarpun berbekalkan keputusan yang baik di tangan, mungkin saja aku gagal untuk skor dalam peperiksaan yang dibuat asrama tersebut. Tuntasnya, takdir aku, tersekat di sini sampai habis persekolahan.
Walaupun begitu, aku redha. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini(dan aku masih mencari hikmahnya) Semoga aku dapat keputusan cemerlang dalam SPM kelak.
Apa-apapun, sekali sekala sewaktu berjalan-jalan di dalam laman web pelajar asrama, aku melihat satu demi satu foto mereka bersama-sama, terdetik juga rasa cemburu yang aaaaaamat sangat. Alahai~
Asrama seperti perkhemahan yang lama(tapi taklah duduk dalam khemah). Aku, seorang yang sukakan perkhemahan, pasrah dengan takdir aku. Moga-moga aku dapatlah tangani perasaan cemburu ini... (hakikatnya, aku masih sedang cuba memujuk diri untuk redha...Aduh~)
Seperti yang semua tahu. Makhluk berwarna coklat yang digeruni ramai. Asal nampak je bertempiaran lari! Baik perempuan mahupun lelaki. Makhluk comel, kenit, menakutkan yang mampu menaikkan bulu roma sesiapa yang melihatnya yang diberi nama LIPAS.
Hakikatnya, aku mahu menceritakan perihal fobia aku terhadap makhluk tuhan ini.
Mula cerita dengan klise 'pada suatu hari'~ (semenjak dua menjak baca blog Ayyman Rahim ni, suka pula aku guna 'Klise'.)
Pada suatu hari, aku mahu ke tandas. Sudah berhasrat membuang hajat. Dengan impian ku yang tak seberapa ni, aku pun tolaklah pintu tandas...
Tiba-tiba~
Aku terlihat seekor makhluk coklat comel sedang begitu relaks terlentang di atas jubin biru tandasku. Dengan hati yang hampa dan impian yang punah, aku berlalu. Takut mahu ganggu makhluk itu bersantai.
Malam sedikit, aku kembali semula menjenguk makhluk itu. Nyata ia masih lagi bersantai di tempat yang sama. Lantas, dengan sebulat hati, aku membuat keputusan untuk membunuh makhluk itu.
Malang sekali...Ridsect dan Shieldtox di rumahku sudah kehabisan... Alahai~ Aku pun....Guna apa saja yang ada depan mata. Lalu, Aku dengan penuh semangat capai ubat gigi yang terdapat di atas meja. Ya, ubat gigi.
Dengan berbekalkan ubat gigi kayu sugi jenama Safi, aku pun piciiiiiit banyak-banyak di atas makhluk yang mengerikan itu. Menggelupur dia. Barangakali terperanjat dengan tindakan aku. (padan muka kau, siapa suruh punahkan impian aku tadi)
Dia jalan, aku picit ubat gigi tu, dia jalan lagi, aku letak lagi. Kadang-kadang tu, terlepas juga. Habis lantai tandas aku penuh dangan tompokan-tompokan ubat gigi.
Dia panjat dinding, aku campak highlighter. Uish...Kena pula! Dah jatuh tu, aku apa lagi. Piciiiit!!! Habis aku lumur dia dengan ubat gigi.(sebelum tu, aku ada sembur dia dengan sembur wangian Ambi Pure). Pergh...Mesti berangin satu badan dia! Muahaha...
Akhirnya, sebagai penutup kepada sengsara dia, aku siram dia sampai masuk lubang untuk ke loji.
Sadakallahulazimmm~
Inilah dia sedikit sebanyak kisah aku dengan salah seekor ahli rumah aku yang tak diundang tu. Untuk pengetahuan kau orang, aku cuuuuukup anti dengan Makhluk Coklat itu. Jadi... itu saja lah. Sekian~
Bila bercakap tentang ponteng, ada saja ulasan negatif yang akan keluar daripada mulut-mulut awam yang bijak berbicara. Rosakkan masa depanlah, habiskan duit mak bapak lah... Beraneka macam dah bagaikan kuih muih yang dijual di bazaar ramadhan!
Tapi, apabila muncul satu waktu, kita ponteng sebab TERbangun lewat? Macam mana pula agaknya ya?
Yang aku pasti, guru-guru sudah tentu cakap : Padan muka. Sendiri rugi.
Masalahnya, jam aku sudah bunyi! Aku je yang tidur mati. Haih~
Hari ini cuti ganti. Aku beriya-iya beritahu semua orang aku akan menghadirkan diri. Malang bagi aku, tak sedar sampai jam 9 pagi.
Ya! Atas permintaan Kak Lisa, Fasilitator untuk kumpulan aku, Aku tulis juga tentang kem.
Mulanya, kami bertolak daripada sekolah. Aku isi perut dulu dengan nasi lemak sekolah. Lapar! Disebabkan perut aku meragam, dan aku TERpaksalah pula nak melayan kerenahnya, aku tak terasa sangat bas kami sampai lewat 30minit.
Dalam bas kecoh. Dengan mulut En.Imran yang tak berhenti dan para rakan di belakang yang pok pek pok pek. Akhirnya, kami sampai juga.
Sampai-sampai, terus tangkap gambar. Kami jakun. Dah pula tu. Ada kolam renang di tengah-tengah hutan. Pelik tapi benar.
Bla bla bla... Dah masuk hari kedua
"saya sedia, saya sedia" bak kata span kuning di tv9. Aku tahu aktiviti hari ini lasak dan padat. Justeru, aku bersedia. Malang sekali bagi aku, ia tak selasak yang aku sangka. Cumanya, aku bersyukur tak ada lintah yang datang hinggap di ketiak aku seperti En.Wong Jien kita. Haha. Aku paling suka jatuh diri. Ia menguji kepercayaan kita terhadap ahli kumpulan yang lain. (Aku dahlah berat) Tapi kasihan kumpulan kami, ada seorang budak tu tak percaya kepada kami. Habis markah hilang. Tak apalah. Nak buat macam mana kan?
Selesai semuanya, kami dibenarkan mandi. Mana taknya. Dengan lumpur dan entah apa yang berlumuran di badan. Maunya tak mandi!
Malam itu, kami buat acara kembara minda dan kembara malam. Kembara minda sangat, sangat, sangatlah menyeronokkan. Mana tidak, kami dapat ikat Abang Syaheer yang kerek yang amat pagi itu pada tiang. Oh! Kepuasan. Kembara malam tidak berapa seronok kerana aku jarang-jarang diganggu. Usai kembara malam, kami disuruh berbaring di bawah cahaya bulan sementara menanti rakan-rakan yang lain. Romantis! Aku berbaring bersebelahan dengan En.Munir (hilang terus suasana romantik tadi). Kami bersembang. Akhirnya, guruh pun sudah mulai bernyanyi. Bimbangkan kilat, kami disuruh tidur di dewan. Aku dan beberapa rakanku tidak tidur, kami bersembang. Sehinggalah kami disuruh balik semula ke khemah.
Sembang, sembang, sembang, tertidur... Hari terakhir sudah...
Seronoknya~ Bangun pagi, solat, tak mandi, kami terus disuruh buat tarian yang aku paaaaaaling suka. POCO-POCO! Kami apa lagi, bila diminta naik atas pentas, laju! Selesai menari, penat, minum-minum, makan-makan(lupa pula, lauk dia memang SEDAP! Jilat-jilat jari aku dibuatnya. Kalau orang ejek, cakap, SUNNAH...haha) Aktiviti akhir kami, dapat mandi kolam renang!! Seronok sangat. Tapi, ramai pula yang memberi cuti sakit kepada tudung mereka. Tak terkata aku dibuatnya. Alahai...
Selesai mandi, sudah wangi-wangi, kami buat persembahan yang sememangnya hampeh. Hoo sana Haa sini. Semua ternganga je. Apa-apapun, semua seronok. Kami salam-salam, cium-cium, semua-semua lah. Ada yang menangis, ada yang minta nombor, e-mail dan myspace. Aku? satu pun aku tak buat. Tak apa, nanti cari saja di laman kawan.
Tak lupa pada Abah/Atok. Saaaaaayang sangat. Semoga kita jumpa lagi. Paling penting, aku nak juga jadi ahli ACR lepas habis SPM! ^^
1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bangun bila tak ada orang nampak..
2. Kalau terjatuh basikal: cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saja-saja buat lawak...
3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....
5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat- kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di belakang anda....
6. Kalau terjatuh di depan stesen bas: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau tak ada..baring terus sampai malam dan bila tak ada orang lagi kat syesen bas tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda malu seorang diri
Aku berjalan-jalan dalam 'myspace'ku sendiri. Melihat kawan-kawan yang tidak aku kenali. Orang-orang yang menambah aku menjadi kawan mereka tapi langsung tidak menegur. Akhirnya, aku buat keputusan untuk membuang mereka-mereka yang menyemakkan ruangan kawan-kawan aku.
Dia cakap, aku banyak lukakan hati dia. Aku agak terasa bila mendengar penyataan itu. Aku terdiam... Aku tak daya nak berkata apa-apa. Hati aku turut terluka. Banyak perkara yang membuat aku semakin sakit untuk terus berada di sini. Aku cuma harap yang aku akan jumpa penyelesaian untuk masalah ini...
Kalau kau mengalami kesukaran untuk membaca catatan kali ini, itu memang sengaja. Aku tak ingin kau baca pun. Saja mahu menulis.
Semua cerita,filem atau drama lebih mementingkan permulaan sesebuah perkenalan.Maksud aku,kita sudah distereotaipkan untuk lebih gemar dan ingin tahu mengenai bagaimana satu pasangan itu terhasil.Kita lebih suka ambik kisah mengenai bagaimana mereka berkenalan dan menjalinkan hubungan sehinggalah sampai ke satu tahap yang remaja gelarkan "declare" atau "bercouple" (itu zaman aku la,skrg ni aku tau la)
Secara nalurinya juga,kita lebih mementingkan build up kepada sesebuah cinta,bagaimana dua hati itu boleh bertemu dan menjalinkan hubungan kemudiannya mereka saling belajar cinta mencintai.
Itu adalah pengaruh filem dan drama yang kita tengok.Boleh dikatakan majoriti filem dan drama yang kita tonton tidak banyak yang menonjolkan hidup sesebuah pasangan selepas mereka berkahwin.Kebiasaannya sesebuah cerita cinta hanya lebih mementingkan :
1. Bagaimana mereka berkenalan 2. Bagaimana mereka berkawan 3. Bagaimana timbul rasa suka sama suka 4. Pertelingkahan yang berlaku (optional) 5. Bagaimana mereka sedar mereka dijadikan untuk satu sama lain 6. "I love you" diikuti dengan satu kucupan yang hangat/untuk Malaysia mereka gantikan dengan adegan majlis perkahwinan 7. The live happily forever ever after.... 8. Roll credit
Ini adalah tipikal sebuah cerita cinta dan aku berani kata semua cerita cinta menggunakan elemen yang sama kecuali beberapa filem seperti "Cold Mountain" (cinta isteri kepada suami yang hilang).Memang ketara pembikin filem Melayu juga gemar menggunakan elemen yang sama khasnya filem2 sampah arahan Razak Mohaideen yang menggunakan elemen yang sama tetapi diloyakan lagi dengan lakonan2 kayu pelakon dan skrip2 yang kebudak-budakan.Tutup otak,tutup akal,layan.Takde langsung unsur pembinaan akal dalam hiburan.
Aiseh,terpanjang lak cerita pasal filem.Aku nak bercerita pasal cinta sebenarnya.
Klise2 yang datang daripada filem2 ini,adakah mendatangkan kesan kepada kita? Aku ingin bertanya,kepada kaum lelaki,pernahkah anda berminat dengan seseorang awek dan anda sangat2 tergilakan2 awek itu.Mesti pernah kan?Dalam fikiran anda,awek itu adalah awek yang paling sempurna,paling lawa,paling seksi dan paling hot lah pada mata anda.Susah payah belikan bunga,berikan hadiah,bukakkan pintu,akhirnya anda berjaya mendapat awek hot itu sebagai gelfren anda.
Kemudian segala-galanya berubah...
........Tiba-tiba anda baru perasan ada ramai lagi gadis2 hot di sekeliling anda.Tiba-tiba anda perasan gelfren baru anda itu sebenarnya tidaklah sebest yang disangkakan anda.Barulah anda nampak baik buruk awek itu yang dianggp sempurna sebelum itu.Masa tu timbul rasa serba salah,nak break ke,nak carik lain,nak pasang dua,hahaha.Macam2 yang kaum lelaki akan fikir waktu itu.
Kenapa aku cerita pasal filem mula2 tadi?Kalau anda perasan,pengaruh media itu sangat berfungsi dalam mengawal bagaimana kita berfikir.Kita,masyarakat Melayu kini lebih gemar berfikir tentang "siapa tekel siapa?","Camne korang boleh couple?" atau "siapa couple dengan siapa?" sebab kita dah diasuh oleh filem dan drama untuk lebih excited mengenai benda2 tu.Kita sukakan build up dan kita sukakan happy ending tetapi kita tak pernah terfikir mengenai apa yang terjadi selepas happy ending itu.
Mungkin sebab itu banyak kes perceraiaan berlaku di dalam negara kita sebab kita terlalu taksub dengan "prolog" sesebuah cinta.Kita sukakan "build up" cinta itu kerana pada waktu itu semua benda indah.Kita juga mengimpikan "happy ending" dan epilog yang yang menggembirakan kita,penonton dan juga watak yang kita turuti.
Cerita seterusnya?Tiada siapa mahu pedulikan sebab isinya sudah jadi basi,tidak relevan,tidak menarik kerna ia berlaku selepas klimaks kisah itu.Siapa kisah mengenai kehidupan berumahtangga?Itu tidak menarik,itu tidak romantik lagi.Semua sudah ditutup dengan noktah bila mereka berkahwin sebab itu happy ending yang kita mahukan bukan?
Adakah pandangan kita semua silap selama ini?Tiada siapa yang ingin tahu mengenai apa yang terjadi selepas itukah?Tiada siapa peduli mereka bercerai atau berperang selepas perkahwinan?Yang penting,kisah cinta mereka berpasang-pasangan itu indah dan hebat belaka dengan penamat yang sempurna.
Mungkin itu sebab nya ramai pasangan yang baru berkahwin telah berpisah.Mereka terlalu gilakan prolog,build up dan happy ending,terlupa terus hidup yang bakal mereka tempuhi selepas penamat cerita itu,kerana mereka salah anggap,di situ penamatnya.
Paksa diri... Alahai...malasnya hendak ke sekolah. Biarpun sudah dua hari aku bercuti dek perkemahan di Bukit Cerakah. Badan sakit-sakit gara-gara aktiviti lasak dan kekurangan tidur.
Mahu cerita 100% kisahnya, susahlah. Paaaaaaanjang berjela. Tak akan muat satu laman ni. Haih...
Aku cuma gembira aku menyertai kem tersebut. Seronok. Ia meredakan sedikit sebanyak tekanan hidup aku.
Malah, aku punya gelaran baru. Ianya adalah....
Jeng, jeng, jeng
BUSUK~!
hahahaha. Singkatan baginya adalah SUK. Abang Syaheer punya kerja. Padahal dia yang busuk. Cehh...
Kebelakangan ini, epidermik H1N1 sentiasa mendapat tempat di muka depan akhbar-akhbar. Di sana sini ada saja manusia yang menyarungkan topeng muka kerana khuatir dijangkiti virus tersebut. Di hospital, sesak dengan pengunjung yang bimbang akan keadaan kesihatan mereka. Satu bersin yang keluar, habis! Nyah kamu semua, mati dua tiga hari lagi!
Semua orang melindungi mulut dan hidung apabila ada yang mengeluarkan batuk di dalam sebuah bilik yang sama.
Alahai...aku lihat topeng muka yang tersarung di wajah-wajah doktor-doktor. Wajah-wajah manusia di sekelilingku...
Ah..Aku juga mahu satu! Macam 'cool' sikit lah lagaknya.
Terkadang aku terfikir. Bukan sengaja fikir. Tak sengaja fikir.
Perempuan ini, mahal bukan? Lebih mahal daripada intan, emas dan berlian. (nak buat simile mesti nak pakai yang ini) Ceh...
Kenapa tak mahu jadikan diri lebih mahal daripada semua itu? Hanya boleh dibeli oleh orang yang mampu. Yang lain, yang tidak mampu hanya boleh meninjau daripada jauh. Malu hendak pergi lebih dekat.
Kenapa biar diri boleh diusik-usik sesuka hati? Disentuh, dipegang, diraba-raba? Oh, ini sudah melampau.
Mampu di sini bermaksud, mampu menjaga. Mampu membeli. Maaf, anda kaum lelaki tidak semestinya perlu banyak duit untuk mampu. Asalkan mencukupi, sudahlah. Barulah kamu boleh beli kaum perempuan yang mahalnya menjangkaui 5buah kedai emas.
Jika hendak membeli emas, kamu mahu yang sudah pudar warnanya akibat selalu diramas tangan manusia lain? Sudah tentu tidak. Justeru, tepuk dada, tanya selera.
Ini yang benar, tak perlu bidas. Fikir diam-diam sudah memadai.