Wednesday, March 23, 2011

Sesungguhnya Islam itu lengkap lagi sempurna

Diambil daripada email seseorang. Maaf jika tidak meminta izin dahulu.

JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya...
dan Al-Quran sudah menjawabnya. ....

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'

- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?
QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'

- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
-Surah Al-Imran ayat 200

'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'

- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...

- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya.. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '

- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'

- Surah Yusuf ayat 12

Ibarat kata-kata seorang sahabat aku. La Tahzan. Allah berkata jangan bersedih.

Dan Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda,

"(setiap) orang akan diuji sesuai dengan (kuat/lemahnya) agama (iman)nya, kalau kuat agamanya maka besarlah ujiannya, kalau lemah agamanya maka dia akan diuji sesuai dengan (kelemahan) agamanya, dan akan terus-menerus ujian itu (Allah Ta’ala) timpakan kepada seorang hamba sampai (akhirnya) hamba tersebut berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak punya dosa (sedikitpun)”
(HR At Tirmidzi no. 2398, Ibnu Majah no. 4023, Ibnu Hibban 7/160, Al Hakim 1/99 dan lain-lain, dishahihkan oleh At Tirmidzi, Ibnu Hibban, Al Hakim, Adz Dzahabi dan Syaikh Al Albani dalam Silsilatul Ahaadits Ash Shahihah, no. 143)

Dan dalam pada itu, renungkan nasihat ini yang walaupun lihatnya seperti ringaks dan biasa. Ia telah mampu buat aku menitiskan air mata.

Quote:
"Kenapa awak tak bersyukur? Allah dah jaga awak cukup sempurna.. Baju awak pakai, siapa bagi? Ilmu awak belajar, siapa ajar? Makanan awak makan dari kecil sampai besar, siapa kasi? Pernah tak, tak makan setiap hari? Kaki yang awak guna berjalan, siapa bagi? Dan yang paling penting, akal yang awak guna untuk fikir itu, siapa kurniakan? Janganlah putus asa. Allah sayang awak melebihi awak menyayangi diri awak sendiri."

Keputusan

Alhamdulillah. Allah sayang aku. Aku tahu itu.

Keputusan aku barangkali tak seberapa di mata orang lain, tapi, cukup baik di mata aku.

Tak ramai yang tahu apa jadi sewaktu peperiksaan tersebut. Aku juga tak mahu sebut selalu kerana bimbang mengundang rasa tak redha.

Tapi, hari ini, terbukti. Allah bersama aku bilamasa aku sabar. Dan aku gembira memberitahu manusia lain keputusan aku yang tak seberapa ini bukan kerana bangga. Tetapi kerana aku mahu cerita, boleh terlihat kebesaran Allah di situ. Subhanallah. MasyaAllah... Sungguh. Aku dapat lihat betapa keputusan itu seperti diatur untuk menjadikan ia terbaik untuk aku. Agar tidak timbul rasa riak dan ujub. Dan tidak pula rasa marah dengan takdir.

Dengan keputusan serupa ini, Allah berjaya membuat aku sekali lagi, mengakui kebesarannya. Sesungguhnya Dia Maha mengetahui. Allahuakbar.

Terima kasih Allah. Terima kasih. Alhamdulillah. Segala puji bagi Engkau.

Tuesday, March 22, 2011

Cuak

Keputusan SPM belum sampai. Rumah dan sekolah sangat dekat maka aku tak mahu pergi awal-awal. Masih berkira-kira sama ada aku patut pergi dengan umi atau tak. Bimbang aku tak bersedia untuk melihat wajahnya nanti.

Sabar wahai aku. Sabar dan redha. Itu sahaja kuncinya. Dan tawakallah dengan sebenar-benar tawakal. Allah hanya akan beri yang terbaik untuk kau. Apa yang kau peroleh, itulah yang terbaik. InsyaAllah, ada yang lebih baik akan menyusul. Buangkan rasa bimbang kau.

Allah sayang kau lebih daripada kau sayang diri kau sendiri. Dia akan beri kau yang terbaik. Kalau bukan hari ini, barangkali pada waktu kau perlu melanjutkan pelajaran ke Universiti kelak.

Percayalah wahai aku. Allah telah mengatur semuanya.

Baru

Kanak-kanak...Mereka ada cara sendiri untuk buat kita maafkan kenakalan mereka.

Cukup dengan memanggil kita dengan suara yang comel macam kucing dan mata sebulatnya. Aduh~ cair.

Kerja pertama aku, gajinya tak seberapa. Tapi aku rasa, pengalaman ini tak mungkin dapat dibayar dengan apa-apa pun.

Senyuman mereka, boleh membuat kau lupa apa yang dibuatnya 5 minit yang lepas. Sungguh...

Saturday, March 19, 2011

Ayah aku bukan seorang graduan yang keluar saja keputusan SPM, dapat tawaran ke Universiti dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan sebagainya. Ayah aku, dia ambil sijil. Kemudian diploma. Dan dia bekerja sambil belajar. Masa aku kecil-kecil dulu, ayah aku masuk ke Universiti untuk mendapatkan Ijazah. Maka, hidup kami memang tak mewah. Kami jarang berpeluang jumpa ayah. Rumah yang kami diami itu pun syarikat pekerjaan ayah aku yang beri. Alhamdulillah~ Kami ada bumbung untuk berteduh.

Masa berlalu. Tahun demi tahun. Ayah sudah naik pangkat. Dia dipindahkan ke cawangan di petaling jaya. Pada umur aku menganjak 6 tahun, ayah bawa kami pindah ke kawasan tempat tinggal yang lebih dekat dengan tempat kerja ayah. Masa itu sudah lebih berduit barangkali. Kami sudah mampu bayar sewa sendiri. Malah, rumahnya dua tingkat. Kalau dulu cuma satu. Tapi aku ingat lagi, tandasnya buruk sedikit. Tapi kami tak kisah sebab budak-budak mana fikir tentang semua itu. Pernah sekali aku terjumpa cacing pada lantai tandas. Geli tapi mandi juga. Di rumah itu, aku membesar sehingga darjah 3. Aku masih ingat ayah selalu bawa surat yang mengandungi berita gembira mengatakan bahawa dia telah dinaikkan pangkat. Hidup kami bertambah selesa.

Umur aku menganjak 11 tahun, kami pindah ke suatu kawasan perumahan yang lebih dekat lagi dengan pejabat ayah di petaling jaya. Kalau masa aku 5 tahun dulu ayah hanya kerja sebagai pembantu teknik, sekarang, ayah sudah ada pejabat sendiri. Di sini hidup kami bertambah selesa. Tahun demi tahun berlalu, pangkat ayah juga semakin meninggi. Dek kerana asthma, doktor tidak membenarkan ayah bawa motor pergti dan balik daripada kerja. Sejuk. Kalau ayah balik sewaktu hujan, tangan ayah mesti sejuk macam ais bila aku pegang dan salam. Maka ayah beli sebuah kereta saga 2nd hand yang tak seberapa. Sehingga aku tingkatan 5, gaji ayah saban tahun semakin tinggi.

Dah menganjak ke tingkatan 5, kami pindah lagi. Kali ini ke Seremban. Di sini dapat rumah lot tepi. Ada tanah. Harganya hampir sama dengan rumah tengah di Kuala Lumpur, jadi, aku rasa ianya berbaloi. Kalau diikutkan kronologi hidup aku, kita dapat nampak yang ayah aku bermula daripada bawah. Daripada kerja sebagai pembantu teknik sampai dapat jadi pengurus. Orang-orang yang kenal aku sekarang mungkin rasakan aku jenis bandar. Dan semua nampak kami seperti orang yang berduit.

Jujur aku katakan, kami bukan ada rumah banglo atau kereta Ferrari 2 biji. Tapi, untuk usaha ayah aku yang begitu keras, ku menulis entri ini sebagai satu tanda hormat. Kerana aku dapat lihat bagaimana jauh jurang hidup kami yang dulu dengan sekarang.

Masya Allah.

Melalui ayah aku, Allah mengajar aku sesuatu. Dan Alhamdulillah, Allah bantu keluarga kami agar mampu hidup selesa.


Kau Prihatin?

Jujur aku katakan di sini, aku bukan jenis yang membaca surat khabar. Tapi ada masa aku terlihat juga muka depannya dan mendapat informasi daripada sekilas pandang.

Di blog, aku tiba-tiba terbaca satu artikel yang Encik Syawal iklankan. Iaitu ini. Aku baca sehingga ayat terakhir dan bila hampir kepada penghujungnya, aku tertangkap ayat ini,

"...apakah kamu merasa aman akan azab Allah..."

Memang sudah banyak kali aku terbaca ayat itu. Dan setiap kali aku diselimuti perasaan yang sama. Persoalan yang sama. Dan aku akan berulang-ulang bertanya soalan itu kepada diri sendiri. Apakah aku merasa aman daripada azab Allah?


Peluk

Senang saja nak tahu seseorang itu sayang kucing atau tidak. Lihat bajunya. Ada tak bulu kucing.

Kalau ada lebih daripada sehelai dua, sah lah itu. ;)