Friday, April 19, 2013

Emosi

Semua orang punya emosi. Marah. Sedih. Gembira. Terpulang kepada cara dibesarkan. Dan ciri-ciri personaliti orang tersebut. Juga ego.

Lain orang, lain caranya. Mengawal emosi ini. Ada yang egonya mencanak. Enggan menangis. Ditahan-tahan bilamasa terusik emosinya. Ada yang hatinya lembut. Mudah terasa. Mudah tesentuh. Air masin yang keluar daripada bola matanya mudah benar jatuh bagai hujan. Luruh bagai daun kering.

Marah. Bukan senjata. Tapi kelemahan. Hati yang marah mudah dikuasai bisik-bisik syaitan. Kerana itu orang-orang yang sabar kuat. Hebat. Dipandang tinggi.

Bukan mudah untuk sabar.

Bukan mudah untuk sabar.

Terutama bila kita yang berada di pihak yang berhak untuk marah. Hati diapi-api oleh bisik makhluk hodoh yang sentiasa tekun memujuk kita menemaninya ke gaung Jahannam. Dan marah itu makanan termanis para syaitan.

Aku mengaku hati aku mudah tersentuh. Rongga mata lekas banjir. Tapi selalu ditahan-tahan. Jangan biar jatuh. Meski sudah terlalu banjir, aku paksakan supaya jangan jatuh. Ya, barangkali egoku tinggi. Tak suka dilihat menangis... Lebih suka untuk banjir di hadapan diri sendiri. Lebih selesa.

Dan benar. Marahku mudah dicetus. Hati remaja pula, tak cukup gagah menepis api-api goda makhluk hodoh itu.. Dan untuk itu, aku kesal.

Tapi kini, aku mahu... Benar mahu...berubah. Kerana Tuhan tidak pernah sukakan manusia yang gagal untuk sabar. Walaubagaimanapun, Dia Maha Pengampun. Dia pemberi peluang kedua, ketiga, keempat bahkan keseratus yang teragung.

Maka, aku mahu sahut harap Dia. Untuk belajar menjadi sabar. Untuk belajar menjadi sabar. Untuk belajar menjadi sabar. InsyaAllah.

Dan aku mahu belajar, untuk rendah ego aku. Untuk tidak malu...untuk menangis.

Kerana,


"crying doesn't indicates that you're weak.
since birth,
it indicates that you're alive."


No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..