Monday, March 19, 2012

Sayang

Kau pernah sayang orang? Orang yang selain daripada keluarga kau?

Aku pernah. Sebab aku mudah untuk sayang. Dan bila aku rasa sayang, aku sedar satu benda yang aku selalu sebut pada orang-orang yang aku sayang itu supaya diorang faham apa yang bergelodak dalam minda dan juga hati aku.

Kalau kita sayang seseorang, kita nak bawa dia pergi syurga, bukan neraka.

Aku rasa ada yang dah jemu dengar aku cakap pasal ini. Tapi aku cakap benda betul. Bila sayang, kau tak nak orang kau sayang jadi jahat. Kau tak nak diorang rosak. Kau tak diorang sakit. Dan paling penting, kau tak nak Allah benci pada orang yang kau sayang itu. Sebab kau tahu, memang padah kalau Allah dah tak nak layan satu-satu manusia itu.

Tapi aku cukup hairan, sebab ramai yang mengaku sayang, tapi ikut sedap nak buat apa. Tak fikir baik buruk untuk orang yang dia sayang. Kau tolong orang yang kau sayang larikan diri daripada rumah sebab mak ayah dia tak bagi dating dengan kau. Kau pinjamkan duit kau bagi orang yang kau sayang nak beli rokok. Kau selamba pegang-pegang orang yang kau sayang dari tangan ke lengan ke pinggang. Apakah?

Aku tak nampak sayang yang korang canangkan kalau kau buat benda-benda yang mudarat untuk orang yang kau sayang macam yang aku contohkan tadi.

Undang-undang aku senang. Kalau kau betul sayang, kawan ke, teman lelaki ke, teman wanita ke, mak ke, ayah ke, sepupu ke, sedara ke, nenek ke, cikgu ke apa pun. KALAU kau betul-betul sayang, kau akan nak bawa diorang pergi Syurga, bukan Neraka. Diorang tak solat? Kau tegur. Diorang mengumpat, kau tegur. Diorang pakai tak molek, kau tegur. Sebab kau nak masuk Syurga sama-sama dengan orang-orang yang kau sayang. Mana syok kau masuk syurga sorang-sorang sementara orang-orang yang kau sayang semua terpekik terlolong dalam neraka.

Memang kita tak dijamin masuk syurga macam para syuhada dan sahabat-sahabat nabi tapi tak salah kalau berangan kan? Yang kau dok pakai 'Law Of Attraction' untuk pencapaian dunia itu, takkanlah tak boleh pakai untuk bahagian akhirat? Doa... Doa itu penting. Doa itu kan senjata mukmin. Jadi kalau tak boleh buat apa sekalipun. Kau dah tegur diorang ketegak juga, kau doa banyak-banyak. InsyaAllah, 'Law Of Attraction' korang akan berhasil.

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..