Friday, April 1, 2011

Tersirat

Bilamasa seseorang beritahu kau, secara langsung atau tidak dia sukakan kau. Apa kau patut percaya, atau tidak?

Sampai bila-bila pun, kau tak akan mampu tahu benar-benar apa yang dia fikirkan tentang kau meskipun diberitahu. Kerana banyak perkara yang kita tahan daripada keluar walaupun asyik bermain saja ayat itu di fikiran. Dan mulut manusia mudah berbohong.

Kau tak akan tahu. Yang boleh kau lakukan, hanyalah percaya.

Kita tak semestinya akan jumpa dengan manusia yang serasi dengan kita pada bila-bila masa. Kebanyakannya, kita jumpa kerana dia datang pada waktu dan situasi yang sesuai.

Maka aku ingin katakan di sini. Untuk semua manusia yang pernah mendiami sebahagian daripada hati aku. Segalanya bukan kebetulan. Ia takdir.

Allah menyusun perjumpaan dan perkenalan itu, untuk kita belajar sesuatu darinya.

Jangan pernah menyesal itu semua. Ada hikmah di sebalik segalanya.

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..