Friday, April 1, 2011

Rahsia

Aku bukan jenis manusia yang simpan rahsia. Aku tak pandai. Tak pernah pandai. Dan setiap bahagian daripada diri aku ada aku coretkan dalam penulisan. Aku akan selit di mana-mana. Kertas, blog, tisu, kaca, plastik. Barangkali ramai yang tak sedar. Mereka tak cari dan mereka tak nampak.

Kalau digabungkan semuanya, baru nampak siapa sebenarnya aku. Jenis yang bagaimana. Selalu berfikir tentang apa. Dan suka bercakap tentang apa.

Blog ini, kalau diikutkan, hampir sama entrinya. Topiknya. Tapi aku belum jumpa orang yang sedar. Atau barangkali tak mahu tampil ke hadapan.

Aku bukan jenis manusia yang simpan rahsia. Maka, jangan beritahu aku apa-apa yang tak patut disebut-sebut. Kerana aku tak mampu bezakan mana satu yang boleh cerita dan mana satu yang tidak boleh. Tambahan pula, aku tak pandai menipu. Jadi, kalau terlepas cakap, memang tak dapat aku sorok lagi.

Maaf ya. Kepada sesiapa yang telah aku bongkar ceritanya. Sesiapa yang sengaja atau tidak, telah aku berbual perkara yang tidak disukainya di belakang mereka(mengumpat). Maaf... Harap tak ambil hati. Aku sudah mahu bertaubat. Dan minta aku, semoga Allah menjaga aku daripada dosa itu. InsyaAllah. Kerana hanya kepada Allah aku sembah, dan hanya kepada DIAlah aku memohon pertolongan.

No comments:

Post a Comment

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..