(kerana itu perlunya penulisan. manusia itu selalu lupa)
Dan sekarang, aku masih ada sekelumit rasa itu.
Aku selalu menjulang diri sebagai manusia yang sukar difahami. Bukan kerana mahu rasa berbeza. Tapi, aku sendiri pun tak pasti sama ada aku kenal siapa sebenarnya aku.
Aneh? Ahah. Memang aneh.
Baru sebentar tadi aku membaca coret puisi aku yang lama. Dan aku cukup terpukul dengan sikap optimis budak hingusan itu.
Cita-citanya melangit.
Semangatnya tak pernah putus.
Sentiasa percaya bahawa adanya jalan keluar untuk setiap kebuntuan.
Dan aku yang sudah mahu meningkat umurnya bermimpi.
Ah, aku mahu kembali begini. Sungguh.
*aku *jeles dengan penulisan *kau
ReplyDeletewatak *kau hingusan..mungkin.
namun *bahasa *kau buat *aku mahu tahu..
siapa *kau..?
haha.
ReplyDeletenanti ada rezeki akan terbongkar juga.
sepandai-pandai tupai melompat, akan jatuh ke tanah akhirnya.
terima kasih. tapi penulisan saya tak hebat pun.
p/s: kenapa dengan semua bintang 2?
sebab selalu nya *saya *awak
ReplyDeletetak sopan *aku *kau kalau tak kenal..hahah:)
Jadi, apa fungsi bintang itu?
ReplyDeletehaha
nanti saya dah beli webcam, saya bagi cik lihat sendiri wajah saya ya? ;)