Tuesday, January 25, 2011

Hingusan

Aku tak pernah mampu jadi yang lain daripada aku. Bukan perkara sebegini tak pernah berlaku. Cumanya, bilamasa ia terjadi, aku akan merasakan tak keruan dan hidup semacam tak tenteram setiap hari. Seperti ada yang kurang dalam diri.

Misalnya waktu zaman aku belum matang dahuulu. Aku celaru sentiasa. Semuanya tak pernah sempurna. Hingga tahun berikutnya, aku pilih untuk lari daripada semua yang bukan aku itu, baru tenang hadir.

Aku bukan manusia yang pandai bergaya. Dan aku tak akan pernah pandai. Dalam hal itu aku sangat pasti.

Kerana bukan sekali, tetapi sudah berkali-kali aku cuba mengenakan pakaian yang berbeza daripada biasa. Hasilnya, ketidakselesaan sepanjang aku melangkah.

Aku pernah cuba untuk suka apa yang rakan-rakan aku suka. Dan sekali lagi, usaha aku gagal.

Malah, laman web sosial juga aku cuba wujudkan. Kerana semua yang sebaya dengan aku pasti ada. Masih... hati aku tak mampu untuk terima.

Tetapi, anehnya, aku masih tak rasa aku kenal siapa aku.

2 comments:

  1. saya pun tak mengenali siapa saya..kadang2 bukan tak mengenali, cuma tidak ambil kisah...paham?

    contoh nya:
    kalau ade sesiapa yang tegur perangai kamu begitu begini dengan menyebut" aku dah agak da,...ko memang camni.."

    nanti pasti kamu akan tersenyum dan menyedari kamu memang begitu, cuma selama ini tidak ambil kisah..

    saya tak tahu kalau kamu kurang paham, namun dengan aktiviti sosial saya dan komentar orang asing dan saya kenal, saya makin mengenali diri saya dan sekarang sudah mampu menjawab" aah, tahu.aku memang camtu" bila orang menegor..haha..

    bial mereka tanye" mane kau tahu?" dan sayaa akan jawab" sudah 10 orang katakan benda yang sama sejak beberapa tahun yang lepas"

    sebab itu aktiviti sosial, bukan untuk keseronokan semata-mata, tapi proses mengenali diri sendiri..kamu takkan kenal diri kalau kamu tak bersosial:)

    ReplyDelete
  2. Bukan tak bersosial langsung. Cuma saya ini bukan jenisnya yang suka keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan.

    Saya suka keluar berdua dengan teman paling rapat.

    Atau lebih suka keluar dengan keluarga.

    Saya kurang suka keluar dengan manusia yang saya tak kenal atau tak rapat.

    Situasinya sangat tidak selesa.

    ReplyDelete

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..